Thursday, July 12, 2012

Poligami: Bahagia Itu Milik Bersama







Tika di bumi Mekah/Madinah, beberapa jemaah umrah Malaysia/internasional merasakan kerapatan kami berdua sebagai madu (ukhti Aishah M Nasarruddin dan saya) adalah cerita pelik tapi benar. Ada yang memuji dan mengkagumi, ada yang sukar percaya melihat kami tinggal sebilik, ke sana ke mari bersama-sama. Ada beberapa siri 'interview' dan meminta tips. ( Apapun, Ya, saya percaya ramai lagi madu-madu yang berbaik di luar sana ).


Kisah kami sesungguhnya bukan seperti cerita 'Siti di alam Fantasi'. Kami bermadu dan kami adalah isteri-isteri di alam realiti. Kami berbaik. Kami gembira bersama. Dan kami juga bermujahadah. Kami juga perlu selalu bermuhasabah. Masa-masanya, konflik menjengah. Kadang kami menggembirakan suami. Kadang kami memeningkan suami :P

Usah mencari-cari kesempurnaan famili poligami untuk dikagumi. Usah mengintip-intip kesalahan dan kekurangan untuk menjadi hujah mengenepikan poligami. Kerana poligami atau monogami, setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Berusahalah bersungguh-sungguh memberi dan menjadi yang terbaik, ALLAH Maha Adil dalam pembalasan dan pemberian..

Untuk event international bernama umrah ini, sesungguhnya ia adalah ruang yang baik untuk berkongsi kebaikan dan kemanisan islam...Kami gembira kerana mereka gembira menemui kami yang hidup di alam poligami. Bertemu dan bersembang dengan beberapa Muslimat dari negara lain seperti Indonesia, Turki, Mesir, saya bersyukur pemergian saya ke Mekah bersama madu memberi pengalaman berharga untuk kami dan mereka yang bersama kami.

Wahai teman-teman ku semua...Kita sedang sama-sama belajar, kita saling mendoakan dan kita berubah untuk membina famili yang diredhai ALLAH ok :)


Seperti perkongsian suami kami Kapten Hafiz Firdaus Abdullah dalam status facebook nya:

"Ada yang anggap, hanya pasangan yang sempurna boleh hidup di alam poligami. Padahal kami yang hidup di alam poligami memiliki banyak kekurangan sama seperti di alam monogami. Kami gembira dan sedih, rindu dan meluat, ketawa dan gaduh, betul dan salah, faham dan salah faham, bersama dan berseorangan (need our own space), sihat dan sakit, lapang dan sempit (kewangan)....dan demikianlah seterusnya. Oleh itu kesempurnaan bukanlah syarat poligami."

Selagi ada langit dan bumi, kasih sayang tak pernah habis. Begitu juga konflik dan pergaduhan. Kita boleh memilih dan berubah. Memilik untuk jadi baik, dan berubah kepada yang lebih baik. Ya, ia tidak mudah untuk sebahagian pembaca yang melalui alam poligami, yang suami menikah lagi secara terang atau sembunyi. Ingatlah bahawa bermadu bukan persaingan, ia adalah perkongsian dalam perjalanan hamba menuju tujuan utama, ALLAH yang Maha Sempurna.

Kita sayangkan suami, kita mahu kasih sayang suami ekslusif untuk kita. Namun setelah seorang madu, atau dua orang, atau tiga orang ALLAH hadirkan dalam hidup kita - pujuklah hati untuk menerimanya. Jika kita tak mampu menjadi rapat dengan madu, paling kurang berlapang dada. Kasih sayang suami amat luas untuk kita, dengan izin ALLAH. Mohonlah perlindunganNYA dari cemburu, terluka, kecewa, marah, tak puas hati yang menjelma di jiwa oleh godaan syaitan terkutuk. Mintalah petunjuk ALLAH dalam kita menghadapi konflik yang berat antara suami dan madu.

Bahagia itu milik bersama. Jika kita memilih untuk menjadi isteri dan insan yang membahagiakan, kita akan bahagia. Kita memilih untuk melihat perkara positif di sebalik ujian negatif yang menimpa, maka ALLAH akan lipatgandakan perkara yang positif menjelma di lalun kehidupan...

Ayuh sahabatku, kita terus menyayangi suami, madu-madu dan seluruh ahli keluarga dalam cara yang kita mampu...kerana kita ingin bahagia bersama hingga bertemu Pencipta. InsyaALLAH.

14 comments:

Ummu Akhtar said...

Saya amat kagum dgn ketabahan kamu berdua. Smg Allah mengurniakan kebahagian yg melimpah ruah. Sy dah bertemu dgn suami kalian di Bicara Selebriti Di KB baru2 ini. INSYAALLAH. smg berkekalan hingga ke syurga

Nurul Adni Adnan said...

Terima kasih atas doa dan kata-kata yang baik. Pastinya kami banyak kelemahan untuk diperbaiki namun dengan nasihat dan peringatan semua teman pembaca yang dikasihi, kita akan lebih kuat menempuhi kehidupan...

Diyana Sharifudin said...

Assalamualaikum mama Abdullah, sahabat sejati teman baik saya Aishah M Nasarruddin. Rindu kalian. Terpaksa keluar daripada dunia FB sebentar kerana kekurangan daya tahan untuk tidak terlalu dependant dengan FB untuk segala2nya :). Terima kasih, jazakillahu khairan kathira ukthi atas titipan nasihat dalam hubungan suami dan isteri. Banyaknya mujahadah yang perlu dilakukan demi meraih bahagia dunia dan akhirat. doakan ya :). Sampaikan salam sayang saya pada Aishah :)

Anonymous said...

apa lah yg susahnya bagi anda bermadu....anda tak perlu bekerja pun utk menyara hidup... mempunyai suami yg berpendapatan tinggi, anda hanya bawa diri ke hulu hilir menikmati apa yg suami hadiahkan...

lebih baik bermadu daripada ada suami tapi hidup serba kekurangan dan dlm kemiskinan ....

Anonymous said...

1) adalah BIASA bila isteri bermadu dgn suami yg miskin @ sederhana sentiasa dlm huruhara,berantakan & menderita...

2) adalah BIASA bila isteri bermadu dgn suami kaya hidup dlm kemewahan & nampak dlm kebahagiaan...& cuba menunjuk2 mrk pasangan bahagia...

3) adalah LUARBIASA bila isteri bermadu dgn suami miskin @ sederhana tetapi qanaah, bahagia & membahagiakan serta sanggup berkorban untuk suami, madu2 dan keluarganya yg besar...

jadi anda Nurul Adni, berhentilah menunjuk2 kehebatan anda seolah2 anda org baik sdgkan tiada apa keistimewaan anda sebenarnya...

Nurul Adni Adnan said...

ukhti Diyana... saya menghargai persahabatan ukhti walau sekadar di alam maya.. moga Allah bantu kita jadi hamba hamba Nya yang sabar :)

terima kasih pada komen yang lain, saya hargai perkongsian anda dan belajar darinya...

miskin atau kaya, bermadu atau tidak - adalah pada cara kita merespon kepada keduanya. ujian kesenangan dan ujian kesusahan samaada menjadi kan lebih beriman atau membawa kekufuran, kemaksiatan...

kita semua tidak ada yang mulia, kecuali yang bertaqwa, itulah yang paling istimewa.

terima kasih membaca dan merespon :)


Anonymous said...

Cinta sesama insan adalah urusan Allah tetapi cinta kpd Allah adalah urusan kita jadi carilah cinta Allah maka Allah akan bantu kita dptkn cinta manusia tk kiralah monogami atau poligami, klu kita redha Insaallah Allah akan bantu selesaikn masalah kita. Wallahhualam...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Boleh saya tanya Nurul Adni dan Aishah isteri ke berapa? Just nak tau penulisan ini dari pandangan isteri yang mana.

Anonymous said...

Nurul adni dan aishah isteri ke2 dan ke3. Bila agaknya yg ke4?

Dayana said...

assalamualaikum nurul adni. isteri pertama ada blog tak? nak juga tau pendapat isteri pertama...

Anonymous said...

Saya kenal isteri pertama..kak yati
Pd pendapat saya org yg terlalu berusaha utk menunjukkan dia bahagia sebenarnya org yg masih tidak bahagia

Unknown said...

Sis..hubungan dgn ibu n mak mertua dan keluarga suami mcm mana? Ok x

Anonymous said...

Salam adni. Saya juga isteri kedua dari total dua. Saya juga terfikir lama macam mana adni boleh mewar2kan kebaikan, kebahagian bersama suami dan lain2. Bukan kah kita perlu menjaga perasaan madu2 yang lain? Syukur hubungan adni dan madu2 baik. Tidak bagi saya, kami tidak bergaduh. Masing2 menjaga keluarga masing2, dan hormat privacy sendiri.

Anonymous said...

Honestly,saya rasa nurul adni perlu ikut langkah isteri pertama yg tidak terlalu mendedahkan perasaan & pengalaman dalam poligami. Kalau ikutkan,isteri
pertama yg lebih tinggi tahap kesabaran,pengorbanan dan toleransi utk meredhakan suaminya memperisterikan nurul adni dan aishah. Apapun,cadangan saya ialah nurul adni kena pertimbangkan pandangan dan perasaan isteri pertama juga dalam menghasilkan nukilan/penulisan tentang apa-apa tajuk berkaitan poligami nurul adni ni. Wallahualam..

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...