Sunday, July 22, 2012

Apa tajuk entri ini? :D

 


Dulu masa SPM kita berjuang habis-habisan untuk dapat banyak 'A' supaya boleh masuk U. Tapi bila masuk U kita merungut dan mengeluh dengan assignment yang banyak, kita pun tak selalu tak cukup duit.
 
 
Jadi kita rasa tak sabar nak masuk alam bekerja, seronoknya nanti dapat duit, tak payah nak stress macam zaman belajar. Rupanya bila masuk kerja lagi dasyhat, lagi stress - keluar 7 pagi hingga 7 mala...m, bukan macam di U yang kadang cancel class. Boleh tidur sampai tengahari. Yang kadang boleh extend assignment. Dah kerja, stress dengan boss dan client. Sibuk dan stress. Takde life :O

Bosan.Penat.

Ohhh...teringin nak kahwin. Nanti adalah isteri untuk masakkan yang enak. Bosan makan nasi bungkus kat cafe ofis. Rumah berselerak ini pun adalah orang tolong kemaskan nanti. Ada lah khidmat urut halal dan manjakan. Adalah sang bidadari untuk berkongsi hati, mendengar keluhan dan segala macam stress. Opps ini versi lelaki.

Versi isteri... Ohh teringin nak kahwin. Balik kerja senja-senja rasa sunyi... Rumah senyap suram. Housemate busy dengan hal masing-masing. Kalau ada suami, boleh ajak suami dinner kat luar, jalan-jalan, shopping, semua suami yang belanja :D Nanti penat boleh suami mendengar keluhan dan tekanan.. Suami boleh tolong urutkan badan... Nanti suami jadi imamku dan bagi tazkirah lemah lembut macam Ustaz XXXX kat TV tu...

Maka lelaki dan perempuan pun berjuang untuk bernikah. Cari pasangan. Kumpul duit. Buat loan. Minta diskaun hantaran. Tangguh nikah. Pujuk mak ayah nak cepat nikah.

Bila dah kahwin..... aaaaaaaaaaaaaa!!!

Selepas habis tunjuk beratus-ratus gambar akad nikah dan resepsi kepada teman-teman - datanglah rutin. Muka stress suami jumpa muka stress isteri. Banyak kerja. Sibuk penat. Tak ada masa nak layan kerenah awak, Saya pun letih. Saya pun lama jam tanpa roti. Gaji saya pun setiap bulan asyik tak cukup. Hutang kita kahwin pun tak habis lagi. Saya bosan dengan rungutan awak. Saya penat dengan leteran dan rajuk awak. Saya sorang jaga anak dan buat kerja rumah. Silih berganti keluhan dan rungutan suami isteri. Dilepaskan atau dipendam di hati.

Dua tahun berikutnya:

Yang isteri, "Prof Muhaya, suami saya kan macam gini. macam gitu...bla...bla... suami saya buat saya stress! Dah dua tahun saya sabar dengan dia!"

Yang suami, " Ohh... gadis kat department sebelah nampak teduh, ayu, sejuk mata memandang, sopan santun, ceria..(dan segala bagai ciri bidadari dunia).isteri aku kat rumah muka masam, muncung panjang, sibuk dengan anak je" ...

Maka apa kesudahan cerita ini....?? :D

Salam Ramadhan semua ♥ walaupun fizikal berlapar, kuatkanlah hati dengan tilawah dan tadabbur, zikrullah dengan lisan dan badan...

Sesungguhnya kekuatan hati dan iman, jauh lebih hebat dari kekuatan fizikal... Puasa untuk membina taqwa. Yang dengan taqwa ini, di dunia akan selalu mendapat pertolongan dan jalan keluar dariNYA. Diberi rezeki yang tak disangka berupa harta, makan minum, ilmu, hidayah, akhlak... Di akhirat, taqwa akan dianugerahkan syurga...

Cinta dan kebahagiaan berumahtangga dijamin ALLAH pada pasangan yang saling menunaikan kewajipan dengan taqwa ♥

^_^

4 comments:

Cimas Tc said...

Oh..must admit those are sooo true...hehehe..bila syaitan dan nafsu menguasai, itulah rasa dalam hati saya dan suami (agaknya ;p)
Perlu mujahadah kembali jernihkan hati, untuk kembali rasa bahagia dalam rumahtangga dan hidup kita..dan Ramadhan adalah sekolah dan waktu terbaik cuci hati kita kan, insyaAllah..
Mohon share ye sahabat.. :)

Nurul Adni Adnan said...

Ya mujahadah dalam rumahtangga, dan dalam semua aspek amanah yang ALLAH berikan kepada kita.


Terima kasih atas respon, jemputlah share, moga bermanfaat :)

Nurul Adni Adnan said...

Setiap orang lain punya ujian yang berbeza-beza. Itu gambaran secara umum tentang expectation yang tak tercapaikan... Maka perlu ada juga review rumahtangga seperti mana kerja/tugasan lain ada review.

Yang lebih penting adalah, review hubungan kita dengan ALLAH ..

Irfa said...

bagus sekali tulisan anda ;)

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...