Mereka berkongsi, bahawa pernikahan ini rupanya tidaklah seindah yang disangka. Duka. Kecewa bertimpa-timpa. Ada yang merasa sengsara.
Sebenarnya, mungkin dari awal kita telah tersalah memahami erti cinta dalam rumahtangga. Cinta di alam pernikahan bukan lagi sekadar desiran di dada. Bukan sekadar,' ada taman dalam hati'. Tidak hanya, ciuman dan pelukan melepas syahwat yang meronta di jiwa.
Dimulakan dengan keikhlasan menikah untuk mencari redha ALLAH, cinta adalah perjuangan dengan penuh tanggungjawab. Hasil perjuangan dan keazaman, barulah mampu cinta mengairi tasik hati dua insan.
Di alam rumahtangga, perlu *mendalami* apakah ertinya mencintai kerana ALLAH. Kemudian berusaha menjadi kekasih dan teman hidup yang terbaik seperti yang dibimbing pedoman ALLAH dan Rasul SAW.
Mulakan dengan diri sendiri. Membahagiakan pasangan sebanyaknya ♥ Jangan sekadar menunggu dibahagiakan.
Pernahkah mengambil tahu, apakah yang paling menggembirakan pasangan dari diri kita? Pernahkah saling bercakap dari hati yang rendah dan jujur, apakah sikap dan tindakan kita yang menggusarkan lagi menyakitkan hati pasangan?
Kebahagiaan dalam rumahtangga bukan ready-made. Tidak jatuh dari langit. Usaha kuat mendekatkan diri kepada ALLAH, dicampur usaha keras dan bijak membina karakter diri menjadi isteri/suami yang selayaknya dicintai - subhanallah cinta terindah akan berputik dan mekar di sanubari suami ♥ isteri. InsyaALLAH. Dalam monogami atau poligami.
Hargailah pasangan di depan mata dan rumahtangga yang ada, bukan melempar pandangan kesedihan melihat 'keindahan' hidup milik pasangan lain. Kita tidak pernah tahu luka dan getir yang mereka tempuh sekalipun di mata kasar nampak ceria dan bahagia.
Seperti perkara lain yang ALLAH titipkan dalam kehidupan, ujian kegembiraan dan kesulitan pernikahan juga adalah jambatan yang perlu kita lalui dengan redha, syukur dan sabar dalam mendekatkan diri kepada ALLAH.
Seperti yang dikongsi Sister Yasmin Mogahed:
Love Story....The lesson you’re taught is that the story ends at the wedding, and then that’s when Jannah (paradise) begins. That’s when you’ll be saved and completed and everything that was once broken will be fixed. The only problem is, that’s not where the story ends. That’s where it begins. That’s where the building starts: the building of a life, the building of your character, the building of sabr, patience, perseverance, and sacrifice. The building of selflessness. The building of love.
And the building of your path back to Him.
♥♥♥
2 comments:
Bella Ana
Terima kasih saudari Adni,tinta kalam saudari di Blog Cahaya Hati Menuju Ilahi banyak membantu saya.
Perkongsian ilmu kehidupan terutama dalam melayari perkahwinan (terutama poligami)menyedarkan saya banyak perkara.
Saya juga bakal menempuhi alam poligami 2 tahun dari sekarang ( garis masa yang diberikan suami), jadi di kesempatan yang ada saya perlu menguatkan diri, mendalami ilmu yang ada.
Kala ini saya mengambil langkah untuk merajuk dengan bijak, berkomunikasi dengan hikmah dan menyintai suami saya dengan rahmat-Nya.
teruskan lagi menulis, sesungguhnya tinta kalam saudari di blog ini menjadi sumber inspirasi saya.
Terima Kasih.
assalamualaikum.. trima kasih ats perkongsian ilmu dr saudari.
apa pandangan saudari ttg pernikahan di sempadan & merahsiakan dari keluarga.?
saya mengutarakan soalan di atas berikutan kisah yg terjadi di tempat kerja saya.
kisah 2 org teman pjbt yg telah pun bnikah & masing2 tlh mjd isteri kedua. khabarnya mereka telah bernikah di sempadan sana. sya tak mahu komen hal nikah di sempadan ini. pd saya pernikahan itu suatu yg baik..cuma mungkin cara mereka merencanakan pernikahan itu kurang saya setuju kerana tidak diketahui oleh pihak keluarga perempuan. tp perkara pun sudah berlaku..moga mereka menjadi isteri yg solehah..dan memohon maaf pd kedua ibubapa.
dikalangan rakan sekerja berbicara sesama sendiri menyalahkan pihak perempuan kerana sudah pun mgetahui status suami mereka sebelum itu tp masih memilih utk merampas suami org.
saya percaya semua ini ketentuan dan ujian dr Allah SWT.. mungkin jgk mereka cuba tuk mengelak tp jodoh ditentukan Allah. tetapi dikalangan rakan pjbt berkata ini bukan jodoh tetapi sengaja mencari masalah..
saya tak mahu bertikam lidah soal ini dgn rakan2.. kerana Allah Maha Mengetahui.. moga 2 org teman saya itu bahagia hingga ke akhir hayat.
wallahualam..
Post a Comment