Seperti yang dikongsi dari Konvensyen SuperParent lepas, isu kewangan dan hubungan seksual antara dua faktor utama kes perceraian.
Kepada pengantin lama dan baru, sama-sama komunikasikan dengan hikmah antara suami isteri. Kewangan dan hubungan seksual adalah isu yang sangat sensitif, belajarlah untuk transperan/telus dan belajar mengkoordinasi.
Isteri akan tertanya-tanya kenapa suami asyik tak ...cukup duit setiap bulan, sedangkan isteri rasa isteri yang lagi banyak spend untuk anak-anak dan belanja rumahtangga. Jadi secara kasar suami boleh berkongsi kalaupun tak boleh cerita detail - supaya isteri tak berprasangka dan ketidakpuasan hati dapat dikurangkan.
Isteri juga, walaupun duit isteri adalah duit isteri, suami juga suka isteri berkongsi ke arah mana duitnya dibelanjakan. Perkongsian tentang kewangan ini antara etika yang sangat membantu rumahtangga harmoni.
Belajar mengkoordinasi kewangan agar seimbang dan menggembirakan hati kedua-dua pihak, ambil tahu suami isteri pefer spend bab apa, banyak mana. Walaupun mungkin tak 100% seperti yang kita harap, bersyukur dan berlapang dadalah dengan kemampuan dan kesukaan masing-masing.
Seterusnya tentang seks, umumnya bagi seorang isteri, proses mengandung dan kelahiran melibatkan perubahan hormon yang hebat dalam badan (betul doktor?) yang mana ia sangat mempengaruh untuk hubungan seks. Samaada menjadi sangat suka atau sangat dingin untuk hubungan intim dengan suami. Bersediakah suami memahami?
Begitu juga suami, ada cabaran fizikal dan psikologi tersendiri hingga hubungan seksual menjadi samaada sesuatu yang dipendam dan terpendam, dijauhkan atau terlebih mahukannya hingga isteri makan hati. Bersediakah isteri memahami?
Maka perlu transperan, perlu koordinasi. Luruskan perasaan dan harapan dengan pasangan berkaitan isu ini. Bagaimana kehendak, keperluan dan kemampuan seks suami isteri. Bagaimana hubungan seks yang diinginkan, beberapa kekerapan, waktu bila, di mana etc..
Isteri akan terbuka untuk hubungan seks bilamana dirinya rasa disayangi, diberi perhatian, dihargai, dilayan dengan lembut dan penuh cinta. Suami begitu juga, ya awal-awal bernikah mungkin suka seks kerana ghairah melihat isteri tapi untuk jangka masa panjang - suami juga perlukan rasa dihargai, rasa dihormati, rasa diperlukan, rasa dilayan dengan penuh cinta untuk dirinya terbuka memesrai isteri.
Awal-awal bernikah sebenarnya adalah sangat normal kalau isu hubungan intim ini menjadi konflik, kerana ia sangat peribadi dan zero pengalaman bagaimana menjadi suami dan isteri yang baik di kamar. Jika ada usaha komunikasi, ia akan menjadi lebih baik dan makin indah. Keserasian dan keseronokan perlu dibina. Namun jika ia dibiar begitu saja, ia menjadi makin hambar malah racun yang lambat laun merenggangkan pasangan suami isteri.
Sebelum berfikir, 'Kalau aku bernikah dengan orang lain mungkin lebih baik bab duit dan seks', belajarlah dulu untuk telus berkongsi rasa dan bijak mengkoordinasi isu-isu sensitif dalam rumahtangga. Jika tidak, dengan siapa pun kita bernikah, kita akan bermasalah...
Moga ALLAH membantu semua pengantin ♥
Ohh isu kewangan dan hubungan seksual hanya dua, dari baaaaaaaaanyak lagi isu rumahtangga yang akan menekan dan menyerabutkan anda.. maka tak payahlah terlalu susah hati untuk majlis nikah dan walimah sehari dua. Tapi risaulah bagaimana untuk bersikap bila pasangan menghilang diri atau mengunci mulut sehari dua bila dah nikah nanti... : O

4 comments:
Bella Ana
Ya..saya sangat bersetuju bahawa duit dan seks adalah antara masalah2 yang boleh meretakkan rumah tangga.
Tetapi jika kita bijak dalam menguruskan kewangan (suami & isteri)- jujur san selalu berbincang, insyaallah semuanya ok.
Hal seks begitu juga, memang kena berkomunikasi dengan hikmah.
Walauapapun, semuanya berbalik kepada ilmu.
Jadi mohh kita pertingkatkan ilmu pengurusan rumahtangga demi mencapai KPI "Taqwa" Ilahi. InsyaAllah.
salam puan :)..
terima kasih atas tipsnya.. stkt ni msh belum ade mslhberkaitan dgn kewangan.. tp agak bimbang untuk lalui hari2 seterusnya..
terima kasih di atas tips ini. jujurnya, sy akan bernikah dlm sebulan lagi, jd tips ini baik utk sy dn pasangan. benar zaman skrg orang lebih risaukan majlis kahwin dr hidup selepas nikah nanti. sy gemar membaca artikel puan. sama-sama kita saling mengingati. biar rumpun saudara seagama kuat.
Terima kasih atas nasihat dan kata-kata yang baik dari kalian :)
Taqwa adalah nasihat yang paling berharga .
Moga ALLAH bantu saya dan kalian menjadi isteri yang diredhaiNYA. Segala kebimbangan atau apa jua perasaan kita sandarkan kepada ALLAH, kerana hati ini milikNYA.
APapun yang terjadi, ya ALLAH tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMU...
Post a Comment