:: Dato Siti Nurhaliza ketika bersama turun padang dengan sukarelawan membantu mangsa banjir :: |
Perhatian..! Kepada yang sedang tertekan atau depression, sedangkan anda masih ada duit, setiap hari masih ada makan minum, tetapi rasa stress, tak bahagia.., saya nak cadangkan satu terapi, iaitu:
MENJADI SUKARELAWAN.
Apa keperluan jadi sukarelawan?...
1 ) Kemahuan. Ia wajib.
2) Keperluan sampingan adalah masa, tenaga, duit, pengalaman etc. Sebab kalau ada Kemahuan, benda lain akan datang sendiri. InsyaAllah.
Minggu lepas saya menonton di kaca tv tentang mahasiswa yang melakukan kerja kerja sukarelawan di bumi Vietnam. Volunteers. MasyaAllah mereka membantu membina rumah dan jalan raya.
Pagi ini pula, terinspirasi dengan grup Peuehaba Aceh 6 yang menggerakkan program aqiqah dan korban untuk sekelompok masyarakat muslim di Aceh, yang tidak seberuntung kita di Malaysia.
Volunteering atau menjadi sukarelawan..bagaimana boleh menghilangkan kesedihan, stress atau kemurungan kita?
Sebahagian kita di sini, pemuda pemudi terutamanya kadang hanyut dengan perasaan "merah muda" (baca:mencari cinta), rasa kesunyian, rasa sedih tak tahu kenapa, rasa hidup kurang bermakna, rasa tak diperlukan, yang bujang terasa kosong, yang dah kahwin pun berganda jiwa kosong.. bila kita pergi tengok orang lain dibunuh kejam atau yang fakir miskin dan tiada makanan setiap hari - kita akan rasa ditampar - eh apa masalah aku sebenarnya..??
Jom tolong diri kita, dengan menolong orang lain.
Tak payah berdrama nak perhatian suami, isteri, boyfriend, girlfriend... Bukan saya cakap, tapi Kajian menunjukkan menjadi sukarelawan yang sibuk dan 'menyibuk' dengan cara betul boleh menghindarkan depression. Kerana sukarelawan mendapat perhatian dan kasih sayang secara sihat.
Social isolation/mengasingkan diri adalah salah satu benda yang buat kita stress..jadi bila kita volunteer pergi ke luar tengok masalah orang lain, bergaul dengan volunteers lain dan bersembang dengan orang susah.. dan bantu mereka - kita sebenarnya membantu diri sendiri untuk mantap kan skil kehidupan seperti komunikasi, pengurusan, kepimpinan- yang paling penting ia terapi untuk emosi dan minda kita.

Menjadi sukarelawan bagus untuk emosi yang sihat dan minda yang aktif. Minda aktif sebab Fikir macam mana kita boleh kurangkan penderitaan orang lain, yang lebih penting-' penderitaan' kita kadang boleh selesai hanya dengan lihat mereka yang jauh lebih kekurangan.
Satu lagi, kalau kita ada masalah bergaduh anak beranak, bergaduh dengan mak ayah, bergaduh suami isteri, bergaduh dengan kawan kawan - Kadang kalau kita dah sibuk tolong orang , automatic kita tak nak panjangkan pergaduhan sebab kita tahu kita ada banyak benda besar nak buat dari bergaduh. Kalau orang tu hanya fikir diri dia sendiri, tak pandai empati, hati keras - Jom kita berbaik dengan dia dan ajak dia rawat hati dengan volunteering.

Pilihlah bidang sukarelawan yang kita 'suka', Aman Palestin ke.. Syria Care ke.. nak bersama rumah anak anak yatim ke.. menolong ibu tunggal atau fakir miskin ke.. nak buat tuisyen percuma ajar subject yang kita pandai ke..ajar alif ba ta ke..nak sukarelawan kat rumah orang tua, nak bersih kan masjid dan kubur..nak join Soup Kitchen.. nak bagi makan kat warga gelandangan.. nak bantu minoriti Muslim Rohingya, Vietnam, Kemboja..atau orang malaysia yang susah di pedalaman..
Keluar dan bantu orang lain.. kalau kita bagi bantuan dan perhatian pada orang yang lebih susah dan lebih memerlukan, kita akan terasa diri kita lebih berguna dari pokok kelapa, kita akan dapat perhatian dan kasih sayang secara sihat..
Siapa tak sayang dengan orang buat baik macam volunteers/sukarelawan. .?? ALLAH sayang sangat, lalu Allah jadikan makhluk Allah lain sayang kita.. insyaAllah.
Kalau seorang isteri sibuk mengurus rumahtangga dan mencari ruang pula untuk menyumbang pada masyarakat- dia takkan merengek rengek blame suami sibuk sebab dia juga ada life dan contribution sendiri yang menjadi semangat hidup nya. (Isteri dan ibu ada ruang volunteer dari rumah juga)
Gadis gadis muslimah takkan hanyut dengan drama Korea drama cinta lainnya dan hanyut cinta awang-awangan kalau dia sibuk bagi perhatian pada anak- anak atau golongan tak bernasib baik..
Yang pemuda lelaki takkan lemah jati diri kerana ummah di luar sana sangat banyak yang perlu dibantu. Manfaatkan tenaga dan usia muda untuk membanting tulang membantu orang bukan sekadar bergaduh mengulas macam macam isu di Facebook...macam bagus.. Macam mana kita ini di alam realiti..produktif kah?
'Tapi saya pemalu and saya tak tahu nak buat apa..?' InsyaAllah menjadi sukarelawan akan sikit sikit kikis rasa malu dan memberi keyakinan diri berhadapan orang ramai. Dan Akan ajar kita membangun potensi diri yang amat banyak Allah bagi..
Atau kalau yang ada kekangan untuk keluar rumah, ada banyak cara untuk menyertai program sukarelawan...google please..
Setakat ini dulu..moga bermanfaat.

:)
1 comment:
alhamdulillah..perkongsian yg baik..membuka mata saya..idea yg boleh dipertimbangkan..
Post a Comment