“...Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara." (Hadis Riwayat Muslim)
Thursday, December 4, 2014
Mengingat Kematian. Memberi erti pada hidup ini.
Kadang kadang kita rasa semangat makin menurun. .dan susah nak push diri. Tapi kena juga push diri untuk Memanfaatkan sisa masa dipinjamkan Allah ini.. ingatilah mati. Esok belum tentu milik kita.
--
Dulu setiap hari raya kami sekeluarga ke kubur, tapi bila saya dah share dengan abah dan mak saya tentang 'tak elok' nya ke kubur pada hari raya - abah mak pun faham dan tak adalah ajak kami adik beradik ke kubur lagi.. jadi bila raya, kita ikut sunnah Rasulullah saw beraya ya.. Bukan pergi tahlil di kubur .
(Mungkin sesetengah orang sukar nak terima isu macam ni, sama juga macam saya..Apatah lagi dari kecil kita membesar dengan nya..tahlil kematian, tahlil di kubur, tahlil dan yasin malam jumaat..Jom kita ubah dengan ilmu, ubah kepada yang Rasulullah saw cinta, bukan biasakan diri dengan amalan semata kerana ikut saja dari kecil. )
---
Tapi selain hari raya, sangat elok pergi kubur, supaya fokus hidup dapat kita luruskan, dan supaya hati perempuan saya ni tak beremosi hanyut lama lama .. (pergi kubur BUKAN waktu raya elok kan?kalau salah, betulkan statement saya ni)
Ini sedikit perkongsian tentang ziarah kubur:
Adab-Adab Ziarah Kubur
[1] Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur.
Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.(Hadis hasan)
Oleh kerana itulah kita turut dibolehkan menziarahi kubur orang bukan Islam kerana yang dikehendaki ialah manfaat bagi penziarah dan bukan yang diziarah.
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ziarah ke kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis. Maka baginda bersabda: “Aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. Aku pernah meminta izin kepada-Nya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian.”(Hadis sahih)
Berdasarkan hadis di atas dapat kita pelajari bahawa:
Dibolehkan ziarah kubur orang bukan Islam.
Dilarang berdoa kepada ahli kubur orang bukan Islam.
Tujuan ziarah ialah mengingatkan penziarah kepada kematian. Sekali lagi, tujuan ziarah ialah supaya memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.
Jika seseorang itu ingin memberi manfaat kepada ahli kubur yang muslim seperti berdoa dan menghadiahkan pahala, dia boleh melakukannya di mana jua. Ini kerana yang akan mengabulkan doa dan memberikan pahala ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah boleh melakukan semua itu tanpa mengira di mana lokasi jenazah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Poligami: Sebelum Bercerai
#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...
No comments:
Post a Comment