Assalammualaikum wa rahmatullah
Saya teringat sesuatu....dulu masa sekolah rendah dan menengah, kita ada ujian PAFA kan? Penilaian asas fardu ain = PAFA.
Dan antara yang kita boleh jawab dengan yakin adalah - rukun islam pertama = Mengucap dua kalimah syahadah.
Tapi sekarang, setelah liku-liku perjalanan ditempuhi, baru lah saya tahu betapa ceteknya ilmu dan pemahaman kita tentang syahadah. Kita hanya tahu sebut, mengucap 2 kalimah syahadah. Kita hanya tahu maksudnya ialah, tiada tuhan yang disembah selain ALLAH. dan nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.
Itu saja yang kita belajar dan diajar selama bertahun-tahun di sekolah. Tiada intipati sebenar, hanya ucapan di bibir.
Hinggakan bila nak bernikah, calon suami hanya disuruh tok kadi MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH... Yang budak 3 tahun pun boleh ucap..........
Hinggakan bila nak bernikah, calon suami hanya disuruh tok kadi MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH... Yang budak 3 tahun pun boleh ucap..........
Tapi kalau kita ditanya, apa yang kamu faham tentang kalimah syahadah? Apa implementasi syahadah dalam kehidupan? Apa peranan kalimah syahadah? Apa syarat sah syahadah..?
Rupanya selama ini kita tak bahagia kerana kita jahil syahadah. Kita lost dengan ujian susah senang kehidupan sebab syahadah hanya ada di sijil PAFA kita...
Saya dah ada anak-anak kini. Anak-anak yang saya ada ini, apa nilai syahadah yang saya nak ajar kepada mereka? Di mana saya nak mula untuk membantu kefahaman saya dan sahabat pembaca saya semua...untuk kita sampaikan pula pada anak-anak dan generasi seterusnya? Pada insan sekeliling..
Dulu, saya faham maksud tiada tuhan selain ALLAH maknanya ialah kita tak sembah tokong cina tapi kita sembah ALLAH dan sembahyang di tikar sejadah.
Tapi kini saya mula belajar bahawa syahadah adalah segala-galanya dalam hidup saya. Tanpa syahadah, saya gagal. Tanpa syahadah, tiada hidup yang tenang dan bahagia. Fullstop.
ALLAH yang satu, bukan sekadar kita sembah kerana ibadah ritual. Tetapi ALLAH itu adalah...
Tuhan yang sangat-sangat menyayangi kita. Menjaga kita siang dan malam.
Tuhan yang padaNya tujuan hidup kita dan fokus kita.
Tuhan yang mencipta kita dengan bijaksana lagi sempura.
Tuhan yang setiap hari tanpa gagal memberi kita oksigen dan makan minum.
Tuhan yang setiap hari melindungi kita dengan protection luar biasa...tapi kita tak sedar ALLAH jaga kita..
Tuhan yang mengatur sistem kehidupan manusia, memberi syariat agar manusia bahagia di dunia dan akhirat.
Syahadah juga beerti kita meyakini bahawa ALLAH saja yang mampu memberi manfaat dan mudarat pada kita. Hanya ALLAH. Bukan pasangan kita, Bukan anak-anak kita yang memberi suka duka, memberi luka dan kecewa. Bukan madu kita yang ada kuasa mutlak menyakiti jiwa raga kita.
Yang beri kita bahagia adalah ALLAH. Yang memberi kita rasa sakit kecewa juga adalah ALLAH.
Yang beri kita bahagia adalah ALLAH. Yang memberi kita rasa sakit kecewa juga adalah ALLAH.
Hidup kita seluruhnya tertakluk pada ALLAH.
Setiap hari semakin ramai yang berkongsi kesakitan hidup berumahtangga, sama ada suami berkahwin lagi atau tidak..
Jadi saya terfikir tentang syahadah, bahawa hidup kita tidak fokus pada ALLAH Yang Esa. Kita hidup husband-oriented. Bukan ALLAH oriented.
Dan kita wanita, isteri, ibu - tak bersikap dan tak berperilaku seperti apa yang Rasulullah saw ajar..maka tunggang langgang lah hidup kita.. terseksa, jadi mangsa, dizalimi pasangan malah ramai juga antara kita menzalimi suami dan anak-anak kerana kita jahil syahadah. Kita tak kenal ALLAh. Apatah lagi mencintai ALLAH.

Saya tak kata kalian saja, ini juga peringatan untuk saya untuk unlearn dan refresh iman. DI mana syahadah saya??
Sebab itu bila kita tak faham nilai syahadah ini, kita rasa sangat sakit bila pasangan kita dah tak sayang kita. Rasa hancur bila pasangan berkahwin lagi. Rasa sedih teramat dan meratap bila anak-anak, atau orang yang kita sayang dibawa pergi.... Tanpa syahadah, kita takde ubat bila emosi sakit, hingga sebahagian besar kita mungkin telah mati dan bertemu ALLAH dalam jiwa terseksa merana, atau dalam sangka buruk pada ALLAH sedangkan ALLAH maha Agung cinta NYA pada kita semua..
Kemudian dalam syahadah juga kita sebut, nabi Muhammad rasul ALLAH.
Ya, kita tahu nabi Muhammad rasul ALLAH memberi panduan dan bimbingan, tapi kita tak sedar dan tak ikut. Sebab itu hidup kita serabut lagi kelam kabut. Kita hidup separuh sedar, cara hidup hanya ikut emosi kita dan ikut orang sekeliling buat atau kata.
Rasulullah saw datang untuk bimbing kita dengan Quran yang menjadi manual, tapi kita tak hidup dengan manual. Kita jadi rosak lah. Orang lain rosak sebab tak ikut manual. Masyarakat rosak.
Bila kita tak faham syahadah, tak faham erti berTuhankan ALLAh dan mengikut petunjuk Rasulullah saw, bukan sekadar kita yang rosak. Kita akan merosakkan orang lain. Kalau kita ibu yang ada anak-anak, ALlahu akbar , kitalah yang bakal merosakkan mereka dan generasi ini untuk jangka panjang..nauzubillah...!
Bila syahadah kita faham - kita akan jadi tenang, bahagia dan optimis dengan kehidupan ini. Kita jadi hamba positif. jadi hamba Taat sekalipun ALLAH uji ujian suka atau duka. Ujian sakit atau seronok, kita tak lost sebab kita berpegang pada cinta ALLAH.
*bersambung*
*bersambung*
________
"The foundation of Islam is tawheed (Oneness). But tawheed is not just about saying that God is One.
It is so much deeper.
It is about the Oneness of purpose, of fear, of worship, of ultimate love for God. It is the oneness of vision and focus. It is to direct one’s sight on one singular point, allowing everything else to fall into place....
One of the most beautiful traditions of the Prophet ﷺ captures this concept perfectly.
He ﷺ said: “Whoever makes the Hereafter his preoccupation, then Allah places freedom from want in his heart, gathers his affairs, and Dunya (worldly life) comes to him despite being reluctant to do so. And whoever makes Dunya his preoccupation, then Allah places his poverty in front of his eyes, make his affairs scattered, and nothing of the Dunya comes to him except that which has been decreed for him.” [At-Tirmidhi]
...for the ones who focus on Allah, the dunya comes to them, and Allah puts contentment in their hearts. Even if they have less, they feel rich, and are more willing to give from that wealth."

2 comments:
Bagi anak-anak yang lahir automatik sebagai Islam mereka perlu dibawakan pelbagai persoalan mengenai kejadian alam ini dan kehidupan makhluk Allah..matlamat kehidupan yang hakiki untuk mendapat redha Allah. Untuk lebih memahami maksud syahadah, proses pengenalan mestilah diberikan kepada zat2 Allah dan kekuasaanNya yg kita boleh nampak secara zahirnya. Begitu juga sifat2 dan akhlak Rasulullah yg menjadi panduan dan ikutan kita. Jgnlah ianya diterapkan untuk tujuan peperiksaan semata..ada baiknya anak2 sedari kecil ditanamkan keimanan dan tauhid yg betul dan jitu..agar menjadi pegangan hidup dan dpt menangkis segala godaan dan memberi kekuatan spiritual yg kental dlm diri mereka apabila diuji kelak.
Assalamualaikum..
syukran info utk muhasabah diri...
Post a Comment