“...Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara." (Hadis Riwayat Muslim)
Friday, November 8, 2013
Belajar. Dan terus belajar.
Setiap hari, kita semua perlu belajar. Atau belajar semula. BELAJAR DAN BELAJAR SEMULA.
“The capacity to learn is a gift; the ability to learn is a skill; the willingness to learn is a choice.”
__________
BELAJAR bermaksud kita mencari ilmu tentang apa yang kita tak tahu. BELAJAR SEMULA bermaksud, kita mencari ilmu baru tentang sesuatu yag kita faham suatu ketika dulu, dan mungkin kita ada kesilapan.
Apapun, ini hanya tafsiran sendiri (nanti saya explain lagi), tidak diluluskan oleh mana-mana kamus Dewan ok :D
Belajar dan belajar semula ini, seperti tazkirah yang dikongsi Aisyah madu saya hari tu, sangat-sangat perlu sebagai salah satu cara untuk merawat stress dan depression.
Bila kita stress atau tertekan dengan sesuatu perkara, selain kita berdoa dan bersabar - kita perlu belajar memperbaiki keadaan. Kita tidak boleh duduk diam saja melayan perasaan sedih, kecewa serta duka lara - dan mengharap masalah berlalu begitu saja. Tidak, kita perlu berbuat sesuatu :)
Mungkin saya boleh bagi contoh yang saya sendiri alami.. contoh stress saya :D
Contohnya gaduh dengan anak waktu makan, mandi dan tidur. Dulu saya stress asyik gaduh dan marah-marah bila Si Abdullah anak bujang saya 3 tahun itu tak nak makan walau badan kurus kering. Mama yang asyik makan dan habiskan makanan dia. Manalah saya tahu yang sebenarnya budak-budak sebahagiannya memang susah nak makan..bukan semua kanak-kanak. Beruntunglah kalian yang anak-anak makan berselera, mesti mama dia masak sedap dan pandai masak hee alhamdulillah :D (ni pun saya stress sebab tak pandai masak )
Ok jadi saya pun belajar lah macam mana nak bagi anak makan tanpa berperang..banyaklah tips saya baca kat google. Yang paling berkesan ialah............................. dia akan makan bila dia saaaaaaangat lapar..!!!! tak payah gaduh...!!! Simpan je makanan untuk dia, nanti dia lapar, dia minta makanan dan makan sungguh-sungguh... tapi antara tips lain ialah, mama kena kreatif mengenal dan menyediakan makanan yang anak-anak suka.. ni pun mama kena belajar :p
Waktu mandi atau apa-apa agenda untuk anak-anak, perlu komunikasikan dengan mereka. Saya belajar - kena ada rutin, sebelah pagi dan petang lepas asar misalnya. Kena komunikasi kan dengan anak-anak yang lepas sarapan -perlu mandi dan gosok gigi sebelum tengok kartun/main/mewarna etc. Waktu mandi jangan paksa anak-anak, sebaliknya ajak anak mandi elok-elok, pujuk atau buat macam mandi is fun. Tak adalah lagi gaduh-gaduh..saya bagi dia bawa toys yang sesuai ke bilik air asalkan dapat mandi wangi-wangi dan bersih tanpa adegan jerit-jerit huhu
Nak tidur pun kena set atmosphere yang sesuai, peluk-peluk, sembang baik -baik..etc kena bagitahu anak jangka masa nak tidur supaya minda dan tubuh aktif dia dapat bertukar. Dan kita boleh minta bantuan suami pujuk anak untuk tidur juga.. Saya belajar yang anak-anak seusia ini sangat banyak energy terpendam sebab tu boleh berlari, melompat, menjerit tak ingat dunia..kita kena belajar macam mana nak tackle. Belajar dan belajar.
Semua kebanyakannya saya belajar di google, yang penting B.E.L.A.J.A. R.
Benda remeh kot pasal makan, mandi, tidur anak. Tapi kalau tak tahu macam saya, pergilah belajar dari google, parenting class atau tanya mak ayah lain yang berpengalaman :D jangan gaduh-gaduh, stress dan marah-marah..
semua orang ada ilmu, kelebihan dan kekurangan masing-masing kan ..? ;)
___________
Bab menjadi isteri, laaaaaaagi banyak saya kena belajar. perlu belajar untuk sabar dan bahagia di alam pernikahan. perlu belajar untuk harmoni di alam poligami. Teori sangat tak sama dengan realiti. Contohnya, antara teori isteri solehah kita tahu- sentiasa berwajah manis dengan suami. Fuh.. sangat susah rupanya.. kalau emosi dan fikiran kita terganggu berkaitan relationship dengan suami atau anak-anak, mana boleh nak senyum. Habis tu, takkan nak masam muka pula,...?
Jadi, belajar lah untuk share perasaan dan fikiran kita dengan suami. dan suami bukan macam kawan perempuan kita yang boleh sembang dengan kita non-stop 3-4 jam... ;D Maka untuk isteri rasa lega, happy dan bersemangat semula - perlu belajar untuk meluah perasaan pada suami, seorang lelaki, dengan bahasa, nada, ayat, intonasi yang tepat dalam tempoh paling lama 15 minit, pada masa yang sesuai dan bertenang, supaya kita isteri boleh senyum dan ceria semula menghadap suami.... :D :D :D
Haaa???
-----------------
Macam tu juga untuk hidup tenang tanpa stress dalam kehidupan sehari-hari, dalam interaksi di tempat kerja atau di rumah , boleh baca dan belajar e.g what the happiest people do at work, belajar psikologi orang tua dan orang muda, belajar cara connect dengan anak-anak, belajar masak, belajar kemas rumah etc..
Perlu belajar untuk kehidupan lebih tenang dan bahagia :) Belajar ke hujung nyawa..!!
“Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.”
"Man has free will in the things he has knowledge about, but is pushed forward by other forces in the things he has no knowledge about. In other words, his freedom increases whenever his knowledge increases."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Poligami: Sebelum Bercerai
#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...
2 comments:
Saya tersenyum sendiri bila Nurul ingatkan kita kena belajar cara berkomunikasi dengan suami. Betul tu...saya pun sebenarnya belajar dari kesilapan sendiri...iaitu kurang ilmu. Memang berkomunikasi dengan suami ada caranya...hanya kita isterinya yg lebih tahu...sbb kita yg lebih mengenali karektor suami kita. Suami kita pun banyak perkara yg penting untuk difikir dan diuruskan...tak boleh nak romantik memanjang ;-) Merajuk pun selalunya tak berkesan..sudahnya kita yg pujuk diri sendiri :'( Kadang2 saya masih bayangkan kemanisan hidup di awal perkahwinan..cara komunikasi telah berbeza bila tanggungjawab bertambah. Itulah lumrahnya. Apa yg penting masih boleh mengecap kebahagiaan dengan suami dan anak2..saling bahagia membahagiakan bersama hingga ke akhirnya..syukur kehadratNya.
belajar sangat penting bagi kelangsungan hidup manusia untuk mendapatkan wawasan dan ilmu pengetahuan...
Post a Comment