Itulah hari yang amat menakutkan. Bila filem kita sendiri dikeluarkan di hari kiamat - filem tentang kisah hidup kita, amal soleh dan amal jahat kita..
Setelah kita mati, ALLAH yang Maha Teliti akan menghitung semua perkara yang kita lakukan, semua perkataan yang kita ucapkan. Semuaya ditulis. Semuanya direkod. Semuanya dirakam.
Teman-temanku yang dikasihi, hidup hanya sekali. HIDUP HANYA SEKALI. Jadikan ia beerti untuk diri kita.
Kadang saya dan kita hanyut dengan perasaan negatif, kadang kita terlalu sibuk dengan hal negatif orang lain, kita asyik memikirkan dan meyalahkan suami, ipar duai, mertua, madu, anak-anak, bos kita, teman sekerja kita - atas kesusahan dan ketidakbahagiaan kita.
Sedangkan kita mampu merubah diri kita untuk mencari bahagia dengan menjadi hamba yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Kita yang perlu muhasabah dan merubah diri kita, sementara kita masih punya peluang hidup di atas dunia.
Benarlah ALLAH dan rasul saw berulangkali mennyebut, kehidupan dunia ini tidak kekal dan hanya jambatan untuk kehidupan abadi kita.
Risaukanlah kejayaan dan kegagalan sebenar.
Kejayaan sebenar adalah tika kaki menginjak ke syurga.
Kegagalan sebenar adalah tika diri terhumban ke neraka yang mengerikan. nauzubillah.
Ayuh kita mencari kejayaan sebenar.. doalah bersungguh-sungguh. Usahalah bersungguh-sungguh. Bantu diri kita, suami kita, anak-anak kita, ibu ayah kita untuk masuk syurga.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali Imran: 185)
_______
Every soul shall have a taste of death: And only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. Only he who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): For the life of this world is but goods and chattels of deception.
________
No comments:
Post a Comment