Kita memohon perlindungan ALLAH dari syaitan yang direjam.
Baru-baru ini berlaku insiden yang tidak diingini yang menyebabkan hati-hati insan tersakitkan, terluka dan tercalar. Insiden yang berawal dari perdebatan di sebuah forum maya itu menjadi hangat hingga akhirnya membangkitkan kemarahan dan merenggangkan persaudaraan.
Salah seorang panel telah memprovokasi dengan isu poligami hingga mengutarakan isu-isu peribadi yang sepatutnya dijauhkan dari forum umum seperti itu. Mungkin panel yang tidak berpoligami itu terlupa akan adanya kehadiran isteri-isteri yang berpoligami membaca forum umum itu, termasuk saya sebagai isteri kedua, yang berasa tidak senang dengan hujahnya yang seolah meremehkan dan menghina kedudukan isteri-isteri bernombor.
Tapi saya awal-awal bersangka baik dan sedia memaafkan kerana kita manusia sering saja tidak sensitif dengan keadaan dan cara hidup kebanyakan orang. Seperti mana blog saya yang menceritakan tentang poligami, saya akui saya tidak sensitif dengan semua pembaca, hingga ada para isteri pertama yang terusik tak senang dengan lambakan entri saya yang seolah mendokong poligami secara berleluasa.
Berbalik kepada perdebatan di forum, kemuncaknya adalah apabila seorang lagi panel turut membalas dengan nada yang sama. Dan akhirnya semua itu mengundang konflik yang menyedihkan banyak pihak.
Saat ini saya benar-benar menghayati janji Rasulullah SAW, “..bahawa ada rumah-rumah terbina di pinggir syurga buat mereka yang meninggalkan perdebatan sekalipun di pihak yang benar.”
Apapun, sama-samalah kita meminta maaf. Dan, kalau nak berkonflik hebat itu, tak perlu tunggu bila dah berpoligami :) Di mana-mana saja akan ada ruang dan potensi untuk berkonflik - sesama teman, sesama adik beradik, sesama teman sekerja..
Pada teman-teman yang tak dapat menerima poligami di lakukan oleh suami, atas apa alasan sekalipun, moga ALLAH memberi kekuatan untuk melalui apapun ujian kehidupan dalam keredhaan tuhan.
Pada teman-teman yang akan dan telah terlibat dengan poligami, moga ALLAH jua memberi kekuatan untuk melaluinya dengan kesabaran.
Pada teman-teman yang mengakui menerima poligami, but ‘not my husband’, sebab dia tak layak, ada kupasan panjang untuk isu ini :) Ini antara soalan paling banyak yang diterima tentang isu poligami. Belum mampu diutarakan di sini lagi :)
Di blog ini saya tidak akan menyentuh secara ilmiah hukum-hukum poligami, kerana kebanyakan kita sedia maklum akan kepelbagaian pendapat ulama tentang isu ini. Yang pasti, ia tidak wajib. Dan ia tidak haram.
Saya, dengan kapasiti seorang isteri yang telibat alam poligami, berkongsi tentang alam poligami khususnya, alam pernikahan umumnya - hanyalah sekadar yang dilalui. Saya akur akan sisi-sisi kehidupan yang berbeza yang kita semua tempuh - hingga sukar untuk kita bersetuju atas banyak perkara. Tidak mengapa... Saya sangat hargai respon anda dan perkongsian apa saja.
Pada saya, dengan jumlah poligami yang semakin meningkat di negara ini - yang terang atau sembunyi, adalah lebih wajar setiap suami dan isteri bersedia untuk memikul amanah ini. Mengelak atau mengabaikan persediaan untuk berpoligami hanya akan memburukkan keadaan. Rumahtangga yang bermasalah meruncing – samaada poligami atau tidak – adalah kerana kita tidak bersedia dengan pakej cabaran yang datang bersama perkahwinan.
Dan sebenarnya bagi saya sebagai isteri kedua, tidaklah banyak perkara berkaitan poligami yang berbeza dari rumahtangga biasa, yang ketara bagi saya adalah ujian cemburu untuk para isteri. Yang seterusnya, adalah bagaimana suami dan isteri-isteri bertoleransi dalam giliran hari dan pembahagian masa. Tapi bagi suami, ya – poligami memberi beza yang banyak. Amanah dan tugas makin bertambah. Pada isteri, poligami memberi keringanan kewajipan… (bab perasaan, ya, tidak ada yang ringan..semua suami dan isteri-isteri menempuh cabaran perasaan masing-masing).
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan poligami is distruptive in nature, poligami menyebabkan anak-anak membesar dalam konflik yang buruk, sedangkan antara kita pasti lebih ramai ibu ayah yang tak berpoligami tapi membesar dalam keadaan mengharukan dan tertekan juga. Isteri yang tidak terlibat poligami saja tidak kurang yang mengalami kemurungan berpanjangan.
Hadis-hadis yang menceritakan kecemburuan isteri-isteri Rasulullah bukan menjadi dalil yang menyokong bahawa poligami tidak wajar. Tetapi iktibar bersama untuk para suami - adalah mustahil isteri anda tidak cemburu, maka layani saja kecemburuan isteri semampunya. Untuk para isteri, hadis-hadis kecemburuan isteri ini menjadi teladan agar kita berhati-hati menjaga perasaan dari cemburu berlebihan yang membebankan suami.
Dan setakat pengkajian juga pembacaan saya, mungkin dalam sepuluh atau kurang hadis-hadis tentang konflik cemburu. Yang lainnya, sirah menceritakan kebahagiaan isteri-isteri nabi ini – kerana keperibadian suami yang soleh dan juga kerana isteri-isteri mulia itu turut membina keimanan dan ketaqwaan yang mendalam.
Dalam rumahtangga biasa yang tidak berpoligami, sudah terlalu banyak isu-isu yang perlu diselesaikan dan diadaptasi dengan kehidupan berkeluarga. Janganlah poligami itu dikambinghitamkan. Masalah poligami dan masalah rumahtangga biasa jangan dicampuradukkan.
Adalah hampir pasti dan ‘normal’ setiap pasangan yang berkahwin dan duduk serumah akan berkonflik tentang kewangan, tentang kualiti masa, tentang pembahagian kerja-kerja rumah, tentang anak-anak, tentang kemesraan dan hubungan intim, tentang mertua juga ipar duai, perbezaan karakter dan psikologi lelaki perempuan, perbezaan budaya hidup dan adat resam…
Terlalu panjang isu rumahtangga – kerana perkahwinan adalah antara hubungan yang sangat komplex. Rumit dan mencabar. Namun jika insan menjalani ajaran ALLAH dan petunjuk Rasul, insyaALLAH menjemput sakinah, mawadah dan rahmah ke dalam rumahtangga yang dibina - sekalipun di mata orang kelihatan tidak cukup dan payah.
Perkara seterusnya yang perlu difahami ialah, perkahwinan ini ada fasa-fasa yang akan ditempuh dan berlaku - sama saja di alam monogami atau poligami. Fasa penyesuaian, fasa berseronok, fasa cabaran, fasa keteguhan hubungan dan yang menjadi berita baiknya ialah setiap fasa ini mampu berakhir dan silih berganti seperti yang saya kongsi di sini. Malangnya ramai yang memilih keluar dari pernikahan sewaktu di fasa gelombang ujian menghempas rumahtangga.
Terlalu panjang isu rumahtangga – kerana perkahwinan adalah antara hubungan yang sangat komplex. Rumit dan mencabar. Namun jika insan menjalani ajaran ALLAH dan petunjuk Rasul, insyaALLAH menjemput sakinah, mawadah dan rahmah ke dalam rumahtangga yang dibina - sekalipun di mata orang kelihatan tidak cukup dan payah.
Perkara seterusnya yang perlu difahami ialah, perkahwinan ini ada fasa-fasa yang akan ditempuh dan berlaku - sama saja di alam monogami atau poligami. Fasa penyesuaian, fasa berseronok, fasa cabaran, fasa keteguhan hubungan dan yang menjadi berita baiknya ialah setiap fasa ini mampu berakhir dan silih berganti seperti yang saya kongsi di sini. Malangnya ramai yang memilih keluar dari pernikahan sewaktu di fasa gelombang ujian menghempas rumahtangga.
Pada isteri kedua, kesedihan dan ketidakbahagiaan bukan sebab anda menjadi isteri kedua. Keluar dan dengarlah kesakitan yang dilalui para isteri sekalipun tidak berpoligami.
Apatah lagi pada isteri pertama, yang hebat juga gelodak perasaan namun mungkin sudah lebih masak dengan alam perkahwinan – perkahwinan yang gembira itu adalah hasil kesabaran dan kefahaman yang dibina pada pasangan masing-masing. Lagi banyak cabaran rumahtangga, lagi teguh berpimpin tangan melaluinya, pasti akan lebih bahagia. Poligami, adalah salah satu ujian yang datang semakin bertambah dekatnya perjalanan kita bertemu tuhan.
Namun ketika melalui ribut taufan masalah, seolah-olah itulah pengakhirannya. Seolah-olah kita selamanya tak akan keluar dari masalah itu.
Pada suami, pada isteri-isteri – jika tidak bahagia – jangan poligami disalahkan. Lihatlah ke dalam diri kita masing-masing, apa yang boleh kita sendiri berubah agar keadaan rumahtangga juga berubah.
Ya ALLAH, apakah ENGKAU mendatangkan syariat poligami ini untuk menyakitkan hati isteri pertama dengan kelukaan yang paling dalam? Apakah ENGKAU menghadirkan syariat poligami ini untuk isteri kedua dan ketiga merasa sengsara berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri? Apakah ENGKAU meletakkan syariat poligami untuk menambahserabutkan kehidupan dan perasaan lelaki sebagai pemimpin keluarga?
Maha Suci ENGKAU Ya ALLAH.. Maha Suci ALLAH dari menzalimi hamba-hamba lelaki dan wanita...