Petang hari kedua di bumi Perth, asalnya saya hanya mahu membawa Abdullah dan Abdurrahman ke IGA park yang berdekatan dengan rumah Aina..(dalam 20 minit berjalan kaki mendukung anak. )
Tetapi kemudiannya bila melintas di depan bus stop, saya terfikir mahu cuba menaiki bas. Try sekadar ke Perth City dalam 20 minit perjalanan, Aina cakap.
Kami pun terus tunggu bus. Tak sampai 10 minit bus dah sampai. Saya tanya driver bus berapa tambang, dan saya bilang mahu ke Perth CBD. Saya membayar harga tiket untuk kegunaan 2 hala (dalam masa 2 jam).
Namun bila saya banyak bertanya tentang bus, saya bercerita saya baru sampai semalam nya ke Perth etc, pemandu bas cadangkan saya terus ke King's Park, taman hijau dalam bandar yang terbesar di dunia itu..
Saya pun ok. Driver bas pesan, bus terakhir pukul 7.30 tapi rupanya setelah berjalan menjamu mata dengan keindahan King's Park rupanya bus terakhir hari itu adalah pukul 6.43 petang. Saya terlewat dua minit saja melihat bus terakhir pergi.. uuuwaaa saya terpaksa call Aina minta dia jemput sebab saya tak tahu nak ambil bas mana lagi.
Tetapi alhamdulillah pengalaman tertinggal bas itu buatkan saya study jadual bas di tiang bus stop bila-bila saya lalu di bus stop..saya berusaha fahami dan sememangnya jadual bas itu efisyen dan tepat.
Kita b0leh merancang perjalanan dengan baik. Dan saya baca semua brochure pasal public Transport di panggil Transperth yang saya ambil dalam bas.
Ok dah faham..insyaAllah boleh jalan jalan lagi lepas ni dengan tepat dan selamat. :)
No comments:
Post a Comment