Tazkirah untuk diri saya dan sahabat pembaca yang dikasihi,
Kalau pagi ini kita bangun tidur masih rasa gelisah, sedih, hampa, duka yang berpanjangan..ayuh muhasabah, di mana al quran di hatiku..... ♥♥♥
Tertanya tanya nasib kita dalam hubungan yang teruji dengan suami / isteri, ibu ayah, adik beradik, mertua ipar duai, madu, jiran tetangga...bagaimana hubungan kita dengan Al Quran. .
Bagaimana relationship saya dan kita dengan Al Quran..?
Baca Al Quran selalu tak? Faham tak..? For ourselves or for our book shelf?
Jom kawan kawan, kita usahakan setiap hari membaca dan mengambil pelajaran dari Al Quran. Agar hati kita lembut. sejuk... Agar hati tenang dan kenal Allah. Agar kita takut padaNya lalu memelihara syariatNya.
Saya dan kita perlu baca quran, renungi maknanya- agar emosi kita tak lapar dan sengsara. Agar lurus pemikiran dan perilaku kita - kerana Al Quran adalah manual yang perlu kita rujuk selalu dalam membentuk karakter diri.
Kita manusia ini , lelaki dan perempuan adalah complicated. Maka Al Quran memberi jawapan untuk persoalan yang mendatangi kehidupan. Pastikan kita ada Quran terjemahan dan lebih baik tafsir Quran.
Al Quran memandu kita ke arah ketenangan dan kebahagiaan serta kejayaan sebenar di dunia dan akhirat.
Mencari kedamaian dan kegembiraan selain Al Quran, susah ditemukan.
Al Quran BUKAN untuk Perhiasan di dulang hantaran.
Bukan Sekadar penyeri majlis nikah dengan majlis khatam quran.
Bukan Sekadar gantung di dinding rumah, dinding kedai, dashboard kereta.
Bukan untuk letak bawah bantal baby.
Bukan untuk simpan di tempat tinggi dalam almari kaca tanda 'hormat'.
Bukan sekadar untuk dipertandingkan dalam majlis tilawah atau majlis hafazan.
Bukan untuk dibuka dan dibaca orang bila kita mati.
Al Quran untuk kita yang hidup...untuk direnung dan diamalkan.
Moga al Quran yang kita baca dan fahami menyejukkan jiwa jiwa yang kadang resah membara oleh ujian melanda..
"Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." (Yunus: 57)
No comments:
Post a Comment