Sunday, March 29, 2015

Kenapa mesti poligami...?



Ujian poligami sememangnya sangat mengharukan jiwa seorang wanita.

Samaada wanita itu dipoligami dengan persiapan, ilmu dan kesedaran, atau dipoligami secara tiba-tiba - ujian suami menikah lagi itu sesungguhnya mengocakkan emosi wanita di sudut hati yang paling dalam. Sekalipun jiwa berkocak atau bergelora dihempas badai perasaan- insan yang tetap kembali kepada ALLAH akan mampu mencari jalan ketenangan di sebalik kesulitan jiwa yang dihadapi.

Kenapa mesti poligami...?

Kenapa mesti hidup dalam cemburu berpanjangan...?

Kenapa awak biarkan suami awak berkahwin lagi...?

Kenapa awak sanggup kahwin dengan suami orang dan buat isteri pertama menderita...?

Kenapa dan kenapa ini biasanya merupakan soalan yang datang dari mereka yang belum diuji poligami..

Kalau sedang dan telah diuji poligami, akan menyoal salah ke saya memilih poligami..? Buruk sangatkah poligami ini..?

Situasi setiap wanita dan perjalanan hidupnya tidak sama. 

Ada wanita yang dari usia muda remaja lagi telah menjadi rebutan ramai lelaki, dia 'mewah' dengan perhatian malah lamaran lelaki hingga dia tak sempat merasa bagaimana lelahnya menanti jodoh yang bujang higgakan poligami menjadi alternatif terbaik buat dirinya.

Ada juga wanita yang saat ini menjadi satu-satunya isteri-  tidak faham kenapa bakal madunya itu saggup 'membina kebahagiaan atas air mata orang lain' (berkahwin dengan suami orang) - sehinggalah kalau kelak ALLAH uji dia juga menjadi ibu tunggal dan ketika itulah baru dia faham alangkah baiknya ALLAH sediakan peluang berpoligami untuk dirinya yang kurang perhatian dan lamaran dari lelaki bujang,..

Mungkin kalau kita muslimah yang dah di usia lewat, baru kita faham kenapa poligami itu ada kebaikan ,.. jika kita masih awal 20an kita biasanya fokus mencari yang satu, fokus mencari suami yang boleh memberi 'kesetiaan' sedangkan jika ALLAH uji belum bertemu jodoh tika usia lepas 30an, itulah waktunya kita mula faham kenapa mesti poligami..

Ada juga pihak suami hari ini yang bilang, Rasulullah saw hanya poligami setelah isteri pertama meninggal dunia. Maka 'saya mahu setia seperti rasulullah saw'...  kelak andai diuji anak gadisnya berulang kali mendapat lamaran dan perhatian dari lelaki baik yang dah beristeri, adakah dia mahu bilang, setialah dengan isteri mu , tunggu isteri mu itu meninggal dulu baru boleh bernikah dengan anak gadisku..

Sesiapapun yang tika ini sangat tidak suka atau memandang sinis pada wanita yang menjadi isteri pertama/ kedua, atau sinis pada suami yang ingin bernikah lagi  - persepsi sinis nya itu pasti akan berubah jika poligami itu kelak menjadi ujian buat dirinya..

Tak mengapa lah.. kita berusaha faham saja perasaan mereka, bahawa selagi mereka tak diuji poligami, pastinya mereka mahu mempertahakan monogami. Sedangkan insyaALLAH kelak andai diuji poligami, mereka akan merasa kebaikan dan mensyukuri peluang poligami yang ALLAH uzinkan dalam islam :)

Sabarlah menanti orang faham bab poligami..

Dia mungkin akan ok dengan poligami bila sudah lama sangat menunggu jodoh..
Dia mungkin akan ok dengan poligami kalau suami nya dibawa pergi bercerai hidup atau mati.
Dia mungkin akan ok dengan poligami kalau anak gadisnya dilamar suami orang berulang kali..

kerana kita hanya berusaha redha dan memahami saat kita benar benar diuji..!










1 comment:

Zahratunnur said...

Kak Adni, betul tu akak.Kadangkala orang sekeliling hanya bijak memperkatakan soal yang negatif berkaitan poligami, namun mereka tidak melihat sisi yang positif di sebaliknya. Andai mereka tidak punyai jodoh sehingga kelewatan usia mereka, mungkin saat itulah mereka akan mengerti hikmah di sebalik poligami tersebut.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...