Assalammualaikum wa rahmatullah
Saya kongsikan di sini pandangan Xifu Naser tentang kehidupan poligami dan keperluan poligami di saat ini. Xifu Naser mengeluarkan deklarasi ini semasa 12 Disember 2012 yang lepas.
Moga ada manfaat buat pembaca, menambah wawasan dan terbuka untuk setuju atau tidak bersetuju :)
____________
12 DEKLARASI CINTA 12-12-12
1. Menolak semua prejudis-prejudis terhadap institusi poligami dan aktivis-aktivisnya, serta meletakkan Islam sebagai tunggak keluarga.
2. Memberi kesedaran dan kefahaman yang mendalam tentang bahaya fanatisma monogamis, emosi dan pengalaman peribadi, dan kejahilan agama dalam menghukum nilai poligami
3. Mengukuhkan poligami sebagai salah satu institusi sosial dan Sunnah Nabi yang bukan sekadar relevan tetapi juga perlu dimantapkan pada masa kini dan akan datang sebagai penggerak sosial dan pembela kemanusiaan.
4. Membersihkan masalah ‘hati’ yang semakin hanyut dalam arus ombak drama-drama cinta ala Cinderella, Korea dan Bollywood yang mempropagandakan arus anti-poligami secara halus dan tidak langsung (silent protest) atas alasan “Monogami: Kami terima sepenuh hati. Adapun Poligami: kami tidak menentang, tetapi kami tidak juga menerima.”
5. Menegaskan kepentingan menjaga kemurniaan poligami sebagaimana perlunya memelihara kemurniaan monogami dari disalahgunakan oleh pengamal-pengamal monogami atau poligami yang tidak bertanggungjawab.
6. Menegaskan tiada paksaan terhadap individu samada memilih untuk mengamal monogami atau poligami kerana kedua-dua adalah bersumberkan Sunnah Nabi.
7. Memupuk keprihatinan wanita terhadap maslahat wanita lain dengan mengenepikan kepentingan peribadi melalui tajdid pendidikan Ummah sejak dari awal tarbiyah.
8. Memperkasakan lelaki sebagai ‘ar-rijaal qawwaamuna ala-n-Nisaa’’ melalui tajdid pendidikan Ummah sejak dari awal tarbiyah.
9. Mendidik lelaki supaya menjadi LELAKI SEJATI yang dipercayai dan dihormati wanita, isteri dan Ummah
10. Menggagahkan kesejatian lelaki untuk melawan arus LGBT yang semakin berleluasa.
11. Meletakkan status ‘IBU’ bukan sekadar sebagai pilihan yang paling utama tetapi juga adalah HAK dalam diri setiap wanita moden hari ini yang semakin diremehkan oleh para kapitalis atas nama ‘kerjaya’ dan ‘pembangunan’, maka Ummah dan yang berautoriti wajib melaksanakan amanah yang besar dalam memastikan HAK SETIAP WANITA UNTUK MENJADI IBU DIBELA DAN DIREALISASIKAN TANPA PREJUDIS.
12. Memudahkan atau mentaisirkan proses nikah monogami atau poligami tanpa prejudis samada dari segi adat, atau pihak keluarga atau undang-undang buatan manusia demi untuk membela dan merealisasikan HAK setiap wanita untuk menjadi ibu.
Oleh Xifu Naser dan isteri-isterinya.
5 comments:
Naluri sy ingin berkhwin semakin kuat dan insyallah poligami pilihan sy...sdg berusaha agar ibu bapa bersetuju dgn apa yg anak dia pilih..laluan berdoa pd ilahi cara utama yg sya gunakan...doakn utk sye ye nurul
Nur Said, Mcm mn leh dpt keyakinan tu?leh share ngan sy?
Sya byk mintak tolong pdNya..dia yg byk bg petunjuk dan memudahkn segala urusan..bykkn berdoa n berzikir n sabar...
Saya seorg ibu tunggal dan mempunyai anak. Telah dtg seorg lelaki yg sudi mengambil saya sbg isteri. Mulanya niatnya baik tetapi bila dia mahu mengamalkan poligami secara rahsia saya mula menjauhkan diri. Dia sbnrnya tahu isteri pertamanya tidak memberi keizinan dan ingin berpisah jika suaminya mahu menikahi saya. Apa pandangan Nurul dalam hal ini? Adakah patut saya menjauhkan diri darinya?
Kerana nk mnyelamatkan si janda..isteri mjadi janda..carilah suami org yg isteri pertamanya meminang awak sbg madu..insyaAllah awk bisa mrasai manis madu..
Post a Comment