Saturday, September 14, 2013

Poligami dan Hati


Pada saya, poligami salah satunya adalah adalah proses mencantikkan hati. Saya suka dengan kata-kata ini:

Beauty is the goal. Beauty of the heart. Judge every experience in life as either good or bad, not based on how much pleasure or pain it brought, but based on how beautiful or ugly it made your heart.

_____________

Saya kongsikan contoh poligami yang diusahakan dengan baik oleh kak Noraslina Jusin, suami serta madunya Aisyah Humaira. Tidakkah kebaikan dan kebahagiaan itu dimiliki oleh hati-hati yang baik...?

_____________

kak Noraslina:


Alhamdulillah, hari ini genap sebulan saya, suami Zaharuddin Abd Rahman dan adik Nur A'isyah Humaira Ismail bersinergi dalam menjayakan rumahtangga poligami. 

Ia bukan sesuatu yang mudah, namun tidak juga sukar jika pergantungan yang sebenar diletakkan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala sebagai Yang Maha Berkuasa Memilih kehidupan untuk kami ( dan kita semua jalani ) selama nafas dihela di dunia ini. 

Poligami di'pilih' ALLAH ke atas kami sebagai TAQDIR UJIAN, dan saya sebagai salah seorang yang berada di dalamnya tidak ragu-ragu untuk menelusuri jalan ini kerana yakin, bahawa ALLAH, TUHAN Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menyediakan panduan buat keberhasilan 'jalan pilihan' ini di dunia dan akhirat saya, suami dan madu yang disayangi. 

Usaha dan ikhtiar ( sama ada ia menuju taqwa atau menjulang nafsu semata ) adalah 'pilihan TADBIR' ke atas kami yang telah ditunjukkan bentuk dan ciri-cirinya oleh ALLAH dan Rasul-NYA menerusi Al Quran dan hadis.

InsyaALLAH, dengan peringatan demi peringatan berterusan antara kami semua, berimamkan suami yang dicintai, ke hadrat Ar Rahman saya pulangkan segala agar mahligai unik ini dikurniakan 'inayah, ri'ayah dan hidayah-NYA sehingga nafas cinta ini kembali kepada PEMILIK yang hakiki beriring ikhtiar penuh khauf dan raja' atas limpahan rahmat-NYA.

Jazakallah khairal jaza' abang kerana terus memberi yang terbaik buat As dan anak-anak kita dan jazakillah khairan kathira buat adik 'mama' Aisyah kerana sentiasa bersama dalam meneladeni keperluan kak ina, anak-anak dan suami yang kita kasihi :)) 

Untuk itu semua :

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Alhamdulillah...thumma Alhamdulillah...



_________________

Ustaz Zaharudin:

Unsur keberkatan adalah key dalam mencapai bahagia. Keberkatan datang apabila dikemudi menurut cara yang betul. Isteri yang hebat lagi solehah adalah hasil usaha dirinya dan tarbiyah jelas lagi berterusan dan 'makanan' emosi serta kasih sayang dari sang suami. Instead of seorang isteri solehah, saya sedang berusaha mencipta dua yang solehah.. Insha Allah.. Allahumma ameen. Doakan kami.


____________________

Aisyah:


Tiada kata untukku gambarkan rasa ini, jazakillah khairan kathira k.Ina Noraslina Jusin kerana menerima diri ini apa adanya dan sentiasa bersama-sama ketika saat suka duka. Lautan kesyukuran kepada Ilahi atas kurniaan untuk berada dekat dengan sumber inspirasi, yang sentiasa tak lekang menghulurkan kasih sayangnya setiap ketika. Dialah serikandi, dialah kakak, dialah teman sejati...



Juga pastinya terima kasih buat imam yang mengemudi, abang Zaharuddin Abd Rahmankerana sentiasa berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.

Semoga ada nilaiannya di sisi Allah untuk dipersembahkan di sana nanti. Allahumma ameen.

_____________


:)

2 comments:

Anonymous said...

agak terkejut dengan bacaan artikel ini kerana saya mengenali Dr. Zaharuddin (wpun hanya melalui bacaan buku beliau). Tak sangka beliau juga berpoligami.. saya percaya isteri pertamanya sangat tabah dengan ketentuan ini.

Anonymous said...

Indahnya bila sama sama berkongsi. Isteri2 bersahabat dan saling memerlukan.... Seksanya bila huluran persahabatan di pandang dingin... Moga Allah beri kekuatan dan ketabahan....

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...