Wednesday, September 18, 2013

Pertemuan Abadi Hanya Di Syurga



Saya hiba melihat gambar perpisahan teman saya di fb ini. Hiba mendengar cerita perpisahan mereka. Isteri dan anak anak yang terpaksa berjauhan dengan pemimpin keluarga mereka dengan perjuangan masing masing.

Di sana, ada ukhti yang berpisah dengan suami berlainan negara kerana tuntutan kerja dan urusan lain mereka.

Seorang ukhti lain berpisah benua dan lautan dengan suami dan anak kerana tuntutan menuntut ilmu.

Dan..air mata ini juga menitis melihat akhawati yang berpisah dengan suami kerana penjara, kerana perjuangan masing-masing.

Tuhan saja yang tahu gerimis dan sendu di hati mereka. Tuhan saja yang tahu sedih pedih untuk ujian perpisahan dengan insan yang dikasihi. Moga Allah meneguhkan kesabaran dan keimanan mereka.


Dan di luar sana...saya tahu kalian ramai yang yang melalui PJJ dengan suami dan anak. Bertabahlah.

Sekalipun berpisah dengan insan, moga hati kita tak terpisah dengan tuhan. Dengan merasa kebersamaan tuhan, sesungguhnya hati kita sentiasa dekat dan bersama walau jasad kita terpisah oleh masa, negara dan tembok penjara. ♥♥

Janji tuhan yang harus kita renung dan usahakan:

Surah Ar-Ra'd:22-24

"Dan orang yang sabar kerana mengharap redha Tuhannya,...orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, iaitu syurga syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat tempat mereka dari semua pintu;

Sambil mengucapkan, "Selamat sejahtera ke atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu".


Ibrah seterusnya yang boleh direnungi adalah kisah Hajar yang ditinggalkan suaminya (Nabi Ibrahim) di lembah yang tidak berpenghuni - di mana kata kata yang lahir dari keimanan yang mendalam,"Jika begitu, Allah tidak akan mengabaikan kami."

Kisah yang dirakamkan dalam kitab Sahih Bukhari ini menjadi bukti keimanan, keyakinan Hajar yang sangat tinggi kepada Allah Yang Maha Memelihara Lagi Maha Memberi Rezeki - Allah Al Hafiz, Al Razzaq...



Moga lenyap kesedihanmu dengan kalam Allah dan Rasul ini.. :')

Saya percaya antunna srikandi yang kuat..!




1 comment:

Anonymous said...

sekarang ni kes perceraian banyak sangat terjadi dan sangat membimbangkan. adakah dengan sedikit masalah yang timbul, itu jalan penyelesaian yang paling mudah? sebenarnya seboleh mungkin, setiap pasangan kena ada kesabaran yang tinggi untuk menangani setiap masalah. saya pun pernah terfikir untuk ke jalan yang sama, tp pasangan saya sangat bertegas untuk menyelamatkan dan saya fikirkan kepentingan masa depan anak2... :(

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...