Saturday, September 21, 2013

Ibu, masa dan ketenangan



Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini kali kedua saya memandu kereta membawa Abdullah dan Abdurrahman ke kedai berhampiran rumah. Saya sedang praktis membawa anak keluar tanpa pembantu, insyaALLAH selepas habis berpantang 40 hari, saya akan kembali berusrah dan ke majlis majlis ilmu di luar - kerana saya dan kita semua adalah penuntut ilmu sepanjang hayat. Juga ke kedai/pasar membeli barang-barang keperluan dan ke playgroup anak-anak. Pembantu saya yang istimewa ini saya tak pasti berapa lama lagi dapat tinggal bersama saya :P

Jika sahabat sahabat saya yang lain boleh melakukannya - memandu sambil membawa 2 atau 3 anak kecil , insyaALLAH saya boleh juga kan. Kepada ALLAH dimohon pertolongan.

Walau keluar ke kedai tadi jaraknya hanya 15 minit biasanya dan hanya membeli satu barang, tapi mengambil masa lebih kurang sejam untuk pergi balik :D kerana saya memandu lebih perlahan dari biasa dan saya berhenti untuk menyusukan baby.

Ya..selepas ini perancangan masa perlu lebih baik untuk semua segi. 

Jika waktu bujang, 10 minit saja ambil masa untuk keluar bersiap. Waktu anak seorang, ambil masa setengah jam. Waktu anak dah bertambah lagi seorang ini, perlu mula bersiap sejam lebih awal. Bersiap dalam erti kata saya ialah - di sebelah pagi misalnya ingin keluar pukul 9, pukul 8 harus meninggalkan kerja -kerja rumah lain yang mahu dibuat dan dicapai - wajib masuk bilik, kejut dan pujuk Abdullah untuk mandi. 

Ohh tapi Abdullah yang berumur 3 tahun ini kena ada 'pillow talk' 5 minit - 10 minit untuk hilangkan mamai dan bad mood pagi hari. Bila Abdullah dah masuk bilik air, kejutkan baby dan mandikan baby. Tapi sebelum tu kalau baby nak menyusu, perlu susukan dulu supaya baby dapat mandi dengan aman dan selesa kemudiannya.

Lepas Abdullah dah mandi, bagi dia makan sekeping roti sapu butter and kaya/ nutella atau secawan milo atau semangkuk honey star dan susu. Abdurrahman si baby pula selepas mandi, perlu menyusu lagi. Selepas  dua hero dah siap dan bertenang, baru mama pula bersiap. 

Bila mama dah siap, mama angkat barang-barang keperluan masuk ke dalam kereta, buang sampah diapers kalau dah penuh bakul sampah, dan setelah semua siap nak bertolak - perlu ada waktu kecemasan kalau -kalau si hero tiba tiba ,"Mama... Abdullah berak.." :O Atau Abdurrahman berak lagi selepas menyusu... Cepat-cepat pergi bersihkan sebelum naik kereta.

Sekelip mata dah habis sejam di pagi hari.. Nampaknya kena mujahadah juga bangun sejam lebih awal setiap hari :O

Panjang betul cerita nak keluar rumah kan.. :D 

Saya menulis ini untuk peringatan diri saya tentang menjaga masa. Sebab saya masih belajar untuk berdisplin dan menepati masa. Begitu juga kalau nak solat di awal waktu, saya ingatkan diri sendiri dan sahabat sekalian agar ada persediaan awal dan rapi termasuk bersedia emosi dan ruhiyyah untuk menghadap ALLAH di dalam solat ^_^

Selain itu, kalau sebelum ini dari rumah saya di Meru, Klang ini mengambil masa setengah jam untuk ke Masjid Shah Alam misalnya, kini saya perlu sediakan masa satu jam - kalau-kalau saya perlu berhenti menyusukan anak. Bila banyak masa senggang - sekurangnya dapat elakkan konflik perasaan, lebih bertenang, dan tak trigger saya untuk marah-marah kalau terlambat - insyaAllah.

Jika giliran suami di rumah saya, kalau suami ada flight petang atau malam itu- saya tak boleh prepare bekal makanannya di pagi hari yang sama. Nanti kelam kabut sebab nak masak lunch juga. Jadi sekarang saya wajib masak bekal itu dua hari atau sehari awal , kemudian freeze. Frozen food adalah alternatif yang kami suami isteri persetujui kalau situasi memerlukan - lebih baik bagi kami dari membeli di luar. Tapi si suami yang baik hati ini sering juga mencadangkan makan di luar kalau muka isteri dah zombie :D tak cukup tidur lah konon..huu

Saya bersyukur juga punya suami yang sangat membantu kerja rumah dan memudahkan isteri- jadi menjimatkan masa dan tenaga untuk beberapa urusan rumahtangga .Alhamdulillah.. 

Ok para isteri, bila perlu- kita minta tolong politely dari suami untuk urusan rumah, secara spesifik dan berterima kasih selepas itu. Kalau kita harap suami faham-faham sendiri untuk tolong kita, takut takut suami tak faham-faham, kita memendam perasaan, lepas tu stress pun datang :O

Saya bersemangat tentang menyusun masa ini sebab saya nak kembalikan momentum 'hidup untuk memberi' pada sahabat-sahabat muslimah yang lain.Ya , kita memberi dan berkhidmat pada suami dan anak-anak, dalam masa yang sama, saya mahu juga ada masa untuk menulis yang bermanfaat dan keluar bersama di majlis ilmu dengan teman muslimah yang dicintai. Jadi hidup perlu tersusun agar dapat seimbangkan semuanya,..

Buat masa ini, saya sangat berterima kasih kepada pembantu/personal assistant saya merangkap adik kesayangan saya yang banyak memberi kekuatan kepada saya iaitu Syafina Adnan, moga ALLAH merahmatinya dan membalas segala kebaikannya kepada saya dan famili beberapa bulan ini khususnya.

Dan saya bermotivasi dengan pesanannya di blognya, /http://officialsyafinaadnan.blogspot.com/

"Kita akan bahagia jika suatu masa
 Islam ada di setiap penjuru dunia 
 Dan kita salah seorang disebaliknya" :) 

ohh lepas ni nak cari dan baca buku Superwoman tulisan ukhti Mardiana Ishak.. moga membantu menjadi better muslimah.

Doakan saya ya..saya sedang belajar menjadi ibu dan isteri yang efisyen lagi diredhai Allah dan suami... 

:)

Bila ibu menyusun masa dengan baik, tenanglah hatinya. InsyaAllah. Bila tenang hatinya, mudah-mudahan dapat pula mengaurakan ketenangan pada suami, anak-anak dan insan-insan di sampingnya. Ameen..



1 comment:

Anonymous said...

Salam,, sy stuju dgn pendapat nurul, bila seorg ibu mnyusun masa dgn baik,tenang hati..secara xlangsung uruskan anak2 pun jd mudah dan lebih sabar.. Saya nk share satu tips, bila kluar dgn anak2 tnpa assisstant, saya suka babywearing,, secara xlangsung keselamatan anak2 pun terjaga,.;)

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...