Sunday, April 21, 2013

Poligami: Berniat dan berbuat yang baik-baik


 Sibuk nak mengundi pun, Beri laluan pada topik poligami ya :) perkongsian semula. Moga bermanfaat.

*****

Saya rasa, memang sebenarnya apabila seorang suami ingin bernikah lagi, sebahagian besar mereka benar-benar ada keinginan dan niat yang baik. Mereka mahu bernikah lagi dan mereka tetap mengasihi isteri yang sedia ada. Mereka tak mahu menyedihkan isteri, mereka sangat sayang kepada teman hidup yang telah lama menemani susah senang kehidupan. Bernikah lagi, bukkan beerti ingin membuang atau tak sayang isteri yang ada. Tidak sama sekali.

Mereka sayang keluarga sedia ada, malah sangat menghargai anak-anak dan ibu kepada anak-anak mereka - kerana kalian isteri dan anak-anak adalah sumber kebahagiaan utama mereka, tidak perkara lain.

Bila mereka mula terdetik dan terasa, memikir dan mempertimbangkan untuk bernikah lagi, mereka ingin lakukan dengan cara terbaik. Ingin tetap menjaga perasaan isteri, ingin memelihara kebahagiaan yang ada, ingin berlaku adil kepada wanita wanita yang mereka nikahi - ingin membahagiakan isteri sedia ada dan bakal wanita yang dinikahi.

Para suami yang baik ini berhati hati ingin bercakap tentang poligami, mereka tahu ia sensitif dan tidak digemari isteri, mengharap respon bertenang dan terbuka dari isteri walau sedikit.

Malah para suami sebenarnya sangat perlu cadangan dan dorongan dari isteri sedia ada agar mereka dapat membangun poligami yang baik untuk para isteri dan anak-anak. Perlu teguran dan kritikan membina bagaimana untuk mengurus dua keluarga.

Suami pun berfikir, ' Bagaimana untuk kita saling bahagia sekalipun monogami bertukar menjadi poligami..bagaimana untuk kita suami isteri dan anak-anak tetap saling hormat saling cinta dan takkan kehilangan ibu ayah sekalipun poligami...?' Inilah jiwa sebenar seorang lelaki bernama suami yang ingin bernikah lagi...

Jika para suami ingin bernikah kerana ada kecendurungan sexual sekalipun, tidakkah itu jalan yang mulia memilih pernikahan untuk menyalurkan keinginan...?

Namun, lantaran isteri memberi respon negatif, isteri menentang dengan pelbagai ugutan, isteri berubah sikap dan layanan menjadi buruk - suami pun tegar memilih untuk kahwin secara sembunyi, dengan alasan tidak mahu menyakiti hati isteri, tidak mahu memporak perandakan keluarga sedia ada - sedangkan itu adalah perhitungan yang salah membawa akibat lebih buruk.

Betul sekali, suami sayang isteri pertama, tidak mahu menyakitinya, namun pada seorang isteri, merupakan pengkhianatan yang lebih besar apabila suami bernikah secara sembunyi...

Bila mula bercakap topik poligami kepada isteri, berilah masa untuk mereka menghadam keinginan suami. Sedih, merajuk, adalah perkara yang dijangka. Jangan disangka isteri akan menyambut dengan ceria dan gembira... Bulan-bulan, setahun dua isteri akan perlahan-lahan mempersiapkan diri.

Doakan isteri diberi kesabaran, suami tetaplah menunjukkan cinta kasih pada isteri, dan terus melaksanakan tanggungjawab dalam menasihati dengan hikmah. Situasi rumahtangga menjadi lain bila suami bersungguh ingin poligami, perasaan wanita rasa bercampur baur ibarat dimasukkan ke dalam mesin pengisar kerana mainan syaitan, begitu juga perasaan suami yang serba salah antara hak, keinginan, keperluan dan respon isteri sedia ada.

Tetaplah berkasih sayang sekalipun ujian poligami mula mendatangi. Dia tetap isterimu, dia tetap suamimu. Satu tika dulu, berjanji menikah kerana ALLAH, kini ujian yang datang juga dari ALLAH. Berbahagialah mereka yang berusaha, bermusyawarah dan kembali kepada ALLAH.


___________________

Love, nurul




7 comments:

Haizyati said...

Assalamualaikum Pn. nurul...

Saya menaip dgn air mata yg bercucuran. Berfikir, berjuang dengan kesedihan dan rasa cemburu yg x terkawal. Sy perlukan teman yg memahami...memberi nasihat dan tauladan kepada sy menghadapi hari2 mendatang. Terima kasih kerana dgn membaca tulisan2 puan... sy cuba menyejukkan hati dan bertawakkal kepada Allah. Mudah2an.. saya diberi ketenangan...

SHAHRONIZAM said...

Salam.... Keep up your good work. I believe many women are reading your writings. Mari kita saling pesan memesan dan ingat mengingati kerana setiap wanita dalam poligami mesti sentiasa tabah dan kembali kepada Allah.

SHAHRONIZAM said...

Salam.... Keep up your good work.

Nurul Adni Adnan said...

Saudaraku Haizyati yang ku temukan di jalan Allah, di medan ilmu ini,, moga Allah selalu di sisimu dalam susah dan senang, setelah dirimu berusaha mencari redha dan kasihNya..

Anonymous said...

Takutnya jd isteri..

Anonymous said...

tuhan ampuni ku kerana membuka aib suami ku...
saya buntu memikirkan persoalan ini.. kerana suami selama ini tidak bekerja,jika bekerja pon tahan setakat sebulan dua.. sekiranya bekerja di luar kawasan an terpaksa berpisah..pasti ada cerita disebaliknya.. mula2 layanan buruk pada saya..bila saya mula mengalah..mohon maaf dan minta hubungan ini kembali tenang dan jernih.. terus dia minta izin berpoligami. soal nafkah..saya ini persis pengemis meminta sedikit wang untuk perbelanjaan keluarga.tak di nafikan gaji saya lebih dari mampu untuk beli semua dan tanggung sekolah anak. namun itu tanggungjawab seorang suami yg perlu saya tuntu dari dia..kami pernah bercerai..namun rujuk semula atas dasar kasih kan anak2 dan sedar mereka perlu kasih seorang ayah..namun..dari awal kami rujuk sampai ke hari ni hanya sebulan kami dapat menikmati hidup berkeluarga yg sempurna..kemudian dia mengambil keputusan utk bekerja di luar..jauh dari kami...sekali lagi perkara lama timbul...kami berselisih faham..dan bila saya mohon agar hubungan kami di pulihkan sekali lagi dia mohon poligami.. adakah saya perlu ikut kehendaknya...sedangkan kami ini terlalu diabaikan..dari segi kasih sayang..nafkah zahir dan batin..sakit hati ini hanya allah yang tahu... akhirnya saya mengambil keputusan minta dilepaskan.biarlah dia pilih calon isterinya..lagipun selama ini anak2 sudah lali dengan ketiadaan ayah. saya pula lali dengan urusan rumahtangga tanpa dia...hanya menanggung beban di jiwa. walaupun dalam hati ada lagi perasaan kasih pada suami..namun..separuh lagi hati sudah kecewa kerana suami tiada sikap tanggungjawab dalam dirinya... betul kah tindakan saya itu?..

Anonymous said...

semua orang ada hak untuk hidup gembira dan bahagia..yang patah tumbuh hilang berganti..lepaskan hidup yang penuh penderitaan kalo memang x sanggup,jgn memendam rasa..anak2 yg akan terkesan sebab mak dah sakit mental sebab ayah buat perangai..yang lelaki,silalah lepaskan isteri jika dipinta sekiranya dy x rela dimadu..jgn diseksa lagi batinnya..jangan ingat kawen banyak ni sedap,silap2 cium neraka drpd syurga..

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...