Seorang gadis remaja berkongsi, si teman lelaki nya bercadang untuk bernikah awal ketika masih belajar di kampus.
Saya kata, kahwinlah. Buat persediaan.
Belajar bertanggungjawab. Belajar jadi matang. Lobi mak ayah dengan akhlak baik, bangun tidur awal, belajar buat kerja-kerja rumah, studi rerajin bagi result bagus, kenali fokus hidup dan matlamat cinta yang sebenar.
Belajar dari orang lain yang ramai kahwin masa belajar, buka mata melihat realiti kehidupan, belajar jadi isteri yang supportive, tengok di Youtube kupasan Semanis Kurma tentang Kahwin Muda atau Belajar, misalnya...dan kaji lain lain bahan ilmu tentang pernikahan.
Kahwin dan studi- ia boleh berjalan seiring, dengan ilmu, persediaan, dan sokongan ibu bapa terutamanya ♥
Memanglah susah kahwin muda tapi dalam dunia ini mana ada yang senang.. ramai orang hidup tak bahagia kerana menyangka dunia adalah tempat bersenang lenang tanpa lapisan kepayahan . (aishhh..kahwin waktu dah 'dewasa' dan berusia ideal kononnya pun, tak lah mudah ..)
Saya kongsikan sekali lagi di bawah ini coretan dalam salah satu entri saya berapa ketika dulu - skrip hidup yang dilalui kebanyakan kita :O
_________
Dulu masa SPM kita berjuang habis-habisan untuk dapat banyak 'A' supaya
boleh masuk U. Tapi bila masuk U kita merungut dan mengeluh dengan
assignment yang banyak, kita pun selalu tak cukup duit.
Jadi kita rasa tak sabar nak masuk alam bekerja, seronoknya nanti dapat
duit, tak payah nak stress macam zaman belajar. Rupanya bila masuk kerja
lagi dasyhat, lagi stress - keluar 7 pagi hingga 7 malam,
bukan macam di U yang kadang boleh cancel class. Boleh tidur sampai
tengahari. Yang kadang boleh extend assignment. Dah kerja, stress
dengan boss dan client. Sibuk dan stress. Takde life :O
Bosan.Penat. Sunyi.
Ohhh...teringinnyaaaaa nak kahwin. Nanti adalah isteri untuk masakkan yang enak. Bosan makan nasi bungkus kat cafe ofis. Rumah berselerak ini pun adalah orang tolong kemaskan nanti. Ada lah khidmat urut halal dan manjakan. Adalah sang bidadari untuk berkongsi hati, mendengar keluhan dan segala macam stress. Opps ini versi lelaki.
Versi isteri... Ohh teringin nak kahwin. Balik kerja senja-senja rasa sunyi... Rumah senyap suram. Housemate busy dengan hal masing-masing. Kalau ada suami, boleh ajak suami dinner kat luar, jalan-jalan, shopping, semua suami yang belanja :D Nanti penat boleh suami mendengar keluhan dan tekanan.. Suami boleh tolong urutkan badan... Nanti suami jadi imamku dan bagi tazkirah lemah lembut macam Ustaz XXXX kat TV tu...
Maka lelaki dan perempuan pun berjuang untuk bernikah. Cari pasangan. Kumpul duit. Buat loan peribadi puluh ribu. Minta diskaun hantaran. Tangguh nikah. Pujuk mak ayah nak cepat nikah.
Bila dah kahwin..... aaaaaaaaaaaaaa!!!
Selepas habis tunjuk beratus-ratus gambar akad nikah dan majlis resepsi kepada teman-teman - datanglah rutin kehidupan. Muka stress suami jumpa muka stress isteri. Banyak kerja. Sibuk penat. Tak ada masa nak layan kerenah awak, Saya pun letih. Saya pun lama jam kat highway tanpa roti. Gaji saya pun setiap bulan asyik tak cukup. Hutang kita kahwin pun tak habis lagi. Saya bosan dengan rungutan awak. Saya penat dengan leteran dan rajuk awak. Saya sorang jaga anak dan buat kerja rumah. Silih berganti keluhan dan rungutan suami isteri. Dilepaskan atau dipendam di hati.
Dua tahun berikutnya:
Yang isteri, "Prof Muhaya, suami saya kan macam gini. macam gitu...bla...bla... suami saya buat saya stress! Dah dua tahun saya sabar dengan dia!"
Yang suami, " Ohh... gadis kat department sebelah nampak teduh, ayu, sejuk mata memandang, sopan santun, ceria..(dan segala bagai ciri bidadari dunia). Isteri aku kat rumah muka masam, muncung panjang, suka merungut, sibuk dengan anak je" ...
Maka apa kesudahan cerita ini....?? :D
___________

Sesungguhnya kekuatan hati dan iman, jauh lebih hebat dari kekuatan fizikal... berusahalah mencari kebahagiaan kehidupan dunia dan binalah taqwa.
Yang dengan taqwa ini, di dunia
akan selalu mendapat pertolongan dan jalan keluar dariNYA. Diberi rezeki
yang tak disangka berupa harta, makan minum, ilmu, hidayah, akhlak, pasangan yang baik...
Di akhirat, taqwa akan dianugerahkan syurga...
Cinta dan kebahagiaan berumahtangga dijamin ALLAH pada pasangan yang saling menunaikan kewajipan dengan taqwa ♥
^_^
Cinta dan kebahagiaan berumahtangga dijamin ALLAH pada pasangan yang saling menunaikan kewajipan dengan taqwa ♥
^_^
4 comments:
Salam......
Pasangan bermasalah kini byk melibatkan cara menarik hati pasangan. Jika kita ingin bahagia maka cuba bahagiakan pasangan dulu.
Saya tak kahwin lagi. Tapi saya simpan sikit pemikiran yg perkahwinan jgn disangka mcm fairy tale sbb kita kena hidup di alam nyata. saya faham kenapa ramai org yg tak sabar2 nak kahwin. sbb, umpamakan macam ni je, seorang bayi yg dah mula pandai jalan. kita akan tgk dia mcm seronok sgt. tp pada org dewasa, bjalan itu biasa. malah, kdg2 boleh jadi penat. kenapa mcm tu? sbb bayi tak pnh rasa bjalan. bila dapat bjalan, maka seronok lah dia. sama dgn org yg tak pernah kahwin. mereka sangka mereka seronok sentiasa. rupa2nya ada je dugaan. kalau yg target nak kahwin sbb nak baby, kahwin2 tak mengandung lagi, mula la masam muka tak nak cakap dgn org. mana yg sangka lepas kahwin bahagia, tgk2 ada je masalah suami bgitu bgini. saya cakap pun bdasarkan pemerhatian thadap kawan. saya bukan anti kahwin. tapi saya taknak jadi org yg berangan tinggi, angan2 sgt tinggi. kalau boleh suami nak yg mcm dalam novel, dalam filem je. idam2kan sgt. kalau dah nak kawen tu, ayik update jela dlm facebook menghitung hari. pastu bila jatuh, baru tau sedih. pada saya hidup biar sederhana. bukan harta benda je nak sederhana, pemikiran dan impian pun biar sederhana. saya suka meletakkan sesuatu tu jangan terlalu seronok, tapi bersedia. jadi, saya setuju la dengan post puan nurul ini.
minta share ye puan...:)
Makanya NIAT kena betul...kahwin bukn kerana nafsu smata. Kahwin kerna mcari REDHANYA.
Post a Comment