Wednesday, April 3, 2013

Poligami dan Tahajud Cinta

 
 
Poligami datang lagi.

Dari pemerhatian saya berdasarkan perkongsian sahabat-sahabat dan teman pembaca bergelar suami dan isteri, ujian poligami datang menerpa tanpa diduga pada tahap usia perkahwinan yang berbeza-beza.

Malah ada yang dari sebelum bernikah, diuji dengan poligami - bakal suami/isteri menyuarakan tentang poligami.

Ada yang suami mahu berkahwin lagi setelah dua tiga tahun bernikah....

Ada yang setelah lima tahun.

Ada yang setelah sepuluh tahun.

Ada yang bergegar rumahtangga kerana salam poligami meyapa rumahtangga setelah lebih 20 tahun hidup bahagia sebagai suami isteri..

Pada pandangan saya, pada semua yang terlibat, suami, isteri dan bakal isteri - ini adalah ujian ALLAH yang datang ke perjalanan hidup kalian. Atas sebab yang berbeza-berbeza.
 
"Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya?" (Hadis Bukhari dan Muslim)


Pada suami, manfaatkan ruang dan cabaran poligami ini untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Banyakkan berdoa kepada ALLAH dan mungkin inilah saatnya untuk kita mengenal ALLAH melalui solat di sepertiga malam.

Pada isteri, mungkin ia sekadar rasa terhiris,mungkin juga ada perasaan yang begitu luka tertusuk dalam, ada isteri yang merasa dihempap batu besar ke atas kepala... manfaatkanlah cabaran ini juga untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Banyakkan berdoa kepada ALLAH dan mungkin inilah ruang untuk ALLAH membawa kita makin dekat pada Tuhan yang maha menguasai kehidupan. Mungkin ini juga permulaan tahajud cinta kita dengan ALLAH. Tidak ada solat yang lebih utama dari solat malam.

Pada gadis yang bakal bermadu, juga tidak ada pilihan lain melainkan mendekatkan diri kepada ALLAH, belajar erti hidup di atas syariat Islam. Bukan bernikah semata kerana rasa cinta menggebu kepada suami orang. Jika jahil mengurus akal dan emosi dalam acuan islam, kita sebenarnya sedang bersiap sedia untuk meruntuhkan rumahtangga sendiri dan menyumbang kepada runtuhnya rumahtangga madu yang telah dibina (mungkin, tak semestinya). 'Ketika cinta bertasbih' dan 'Sejadah cinta' bukan sekadar slogan novel dan drama - namun bersama kita jadikan ia rutin segenap harian..bertasbih dan suka bersujud kepada ALLAH..!
 
"Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya?" (Hadis Bukhari dan Muslim)
 
__________
 
Sekian, moga bermanfaat
 
 
 

6 comments:

Hanani said...

Kadangkala saya terfikir Allah swt menguji saya dengan poligami supaya saya semakin dekat denganNya. Dulu saya selalu solat subuh di akhir waktu. Bila diuji dengan poligami, saya desperate untuk hampir dengan Allah, hajat sgt pada pertolongan dan kasih sayangNya. Teringin untuk solat tahajud tapi sukar nak buat. Maka saya usaha untuk awalkan solat subuh dulu, lama-lama berjaya, dan akhirnya dapat bangun sebelum subuh dan solat tahajud serta bermunajat.
Alhamdulillah, kini konsisten bersolat tahajud 4-5 hari seminggu. MasyaAllah nikmatnya, jiwa jadi tenang dan ringan, rasa dekat dgn Allah, pandangan terhadap hidup berubah jadi positif. Kalau marah boleh cepat reda - pendek kata jiwa jadi lembut. Ujian poligami lebih mampu dihadapi kerana macam ada kekuatan dan ubat penyembuh luka. Benarlah kata setengah org soleh, tiada nikmatnya hidup di dunia melainkan kenikmatan bermunajat kepada Allah di malam hari.
Pada saya, kenikmatan ini tidak akan dapat saya kecapi kalau bukan kerana poligami. What an irony!

Anonymous said...

Salam

Syabas Hanani..

Anonymous said...

sy juga diuji dgn hidup berpoligami, selalunya isteri ke2 mjdi kesayangan tp bkn itu yg sy pinta .ckup la berlaku adil dan saksama.sy hampir jd gila memikirkan tertekan sgt2sehinga kini sy kembali ke jaln allah.DIA saja tempt sy mengadu DIA maha mengetahui.tp sebgai manusia biasa sy tdk mampu untuk bertahan.sy tdk pnah ddd
demand tp ckupla adil didalam hari giliran,sy tdiak merasa beraya dgn suami sehinnga kini.alasan "kena jg hati >>>>>>>>" owh....begitu? hati dan perasaan sy sape pulak yg harus menjaga? sy diam hinnga la ia menjeruk perasaan.hampir gila.setiap hari sedih mengenang kan nasib.kalu kita tahu apa akn terjadi pasti ini bkn pilihan...

Anonymous said...

sy kagum dgn anda tp sy tdk sekuat anda. ,mkin hari mkin tertekan.giliran sy hya 2 hari dan hanya beberapa jam saja. sy tdk minta lbey tetapi mkin diam mkin mnjadi .selalunya isteri ke2 dimanja,disayangi tak semua,bg sy sy tidak pnah dpt hak sperti seorg isteri,sy tdk pinta lbey ckup la sekadar adil dlm hari giliran tp apa yg sy harap hnya la mimpi.setiap kali raya sy tdk pnah merasa beraya dgn suami.sehinggala kini sy merana,kecewa hilang arah...demi anak sy kuatkan dri ini,tp adakalanya sy tdk manpu...

Anonymous said...

maaf bertanya..kenapa bila menjadi madu persoalan giliran yang menjadi soal?...adakah perkahwinan hanya kerana nafsu semata?....

Unknown said...

Tahajud Cinta | Tanyalah Ustazah
Oleh: Ustazah Nourul Iman Niamat

InsyaAllah Bermanfaat

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...