Bersembang dengan mak lama lama di kampung kali ini, banyak khabar kematian, perceraian, sakit , pergaduhan, penyambungan silaturahim orang yang dah gaduh lama lama tidak bertegur sapa..
Cerita mak agak menyentap hati saya, kerana ada orang yang saya tak sangka, telah pergi meninggal dunia..
Kita selalu sangka kita hidup lama kan.. macamlah kita dah sign kontrak dengan Allah, yang kita akan hidup setahun lagi..atau sepuluh tahun lagi.. ^_^
Bercerai, bergaduh, bermusuh, berbaik, berkahwin lagi - tiada siapa antara kita dapat meneka episod hidupnya yang bakal tiba.
Di pihak kita - buat yang terbaik, berdoa dan tawakkal kepada Allah.
Firman Allah SWT maksudnya :
"Sesungguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari kiamat, dan Dia yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok.Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal." (Surah Luqman ayat 34)
1 comment:
Thanks kak, manusia memang selalu perlukan peringatan. Yang menariknya, peringatan tu Allah selalu bagi dalam macam-macam cara, orang yg berfikir insyaAllah akan sedar dan perasan :)
Post a Comment