Ketika masih bujang dulu, hati merasa optimis
dan terbuai-buai dengan hadis Rasulullah SAW ‘seorang isteri boleh masuk
ke mana-mana pintu syurga yang disukai’ jika taat kepada suami, di
samping melakukan solat, puasa Ramadhan, serta menjaga kehormatan diri.
Rasa macam, ‘Wah…senangnya orang perempuan nak masuk syurga’...
Apabila sudah bernikah, barulah tahu bahawa ketaatan kepada suami adalah satu
Apabila sudah bernikah, barulah tahu bahawa ketaatan kepada suami adalah satu
perkara yang sangat besar dan sangat sukar sebenarnya :O
Yelah, masakan syurga yang maha sempurna itu murah saja ‘bayaran masuknya’!
Bulan-bulan pertama pernikahan, terasa satu perjuangan yang hebat untuk menyelaraskan diri dengan nilai ketaatan kepada suami. Apatah lagi kita wanita alaf baru yang kononnya berdikari dan berpendidikan tinggi, untuk mendengar dan menuruti segala kemahuan dan keperluan suami itu sesungguhnya memerlukan ilmu dan mujahadah yang tinggi :D
Yelah, masakan syurga yang maha sempurna itu murah saja ‘bayaran masuknya’!
Bulan-bulan pertama pernikahan, terasa satu perjuangan yang hebat untuk menyelaraskan diri dengan nilai ketaatan kepada suami. Apatah lagi kita wanita alaf baru yang kononnya berdikari dan berpendidikan tinggi, untuk mendengar dan menuruti segala kemahuan dan keperluan suami itu sesungguhnya memerlukan ilmu dan mujahadah yang tinggi :D
Seorang teman yang bujang berkata, " Kalau kita bernikah dengan seorang lelaki yang kita cintai, mestilah kita mampu untuk mentaatinya kan..."
Ohh tidak....!! Bagi saya tidak. Kita mampu mentaati suami bukan kerana kita cinta dirinya, tetapi kita mampu dan HANYA mampu bila kita memilih untuk mengutamakian keimanan dan ketaatan kepada ALLAH. Selepas dua minggu, selepas dua bulan, perasaan cinta kepada lelaki itu tak semestinya masih segar bugar sepertimana ketika awal-awal - jadi cinta manusia amat lemah untuk jadi motivasi kita berbuat baik. Namun bila kita memfokus mencari cinta tuhan, tika itulah cinta manusia mampu menjadi kekuatan.
Taat bukan bermaksud taat membuta tuli atau taat dalam hati yang memberontak. Ketaatan yang baik adalah ketaatan yang disertai rasa hormat dan cinta. Kuncinya adalah komunikasi.
Apa-apa perkara yang diminta atau disukai suami, lakukanlah dengan berbesar hati. Jika sukar untuk melaksanakan, suarakanlah cabaran itu pada suami. Agar suami mampu membuat keputusan dan tindakan yang adil sebagai suami dan pemimpin rumahtangga.
Yang lebih penting, mohonlah pada ALLAH agar diberi kekuatan untuk mentaatiNYA. Tekadkanlah dalam hati, bahawa kita adalah muslimah yang ingin mencintai dan dicintai Rasulullah SAW, maka berusaha untuk mengikut petunjuk baginda dalam segenap kehidupan berumahtangga.
Apabila kita benar mengusahakan mentaati ALLAH, maka usaha mentaati suami menjadi lebih mudah. Kerana sesungguhnya, ketaatan kita pada suami adalah kerana kita mahu mencari redha ALLAH ♥ dan tidaklah ALLAH jadikan suami itu perlu ditaati melainkan terkandung banyak kebaikan di dalamnya :D
Saya tidak mampu memberi contoh spesifik ketaatan yang diminta suami, namun berdasarkan perkongsian beberapa isteri – ketaatan itu kadangkala bukanlah berkaitan hukum agama. Walau selalunya ia berkaitan dengan aspek agama :O Ia mungkin berkaitan hal-hal duniawi yang manusiawi. Suami tidak suka sesuatu dari peribadi isteri. Atau cara isteri berinteraksi dengan sesuatu.
Maka, ayuh taat dan berubah dan kerana ALLAH:D
Suami sedang ingin membina karakter isteri yang dicintainya. MasyaALLAH, pada para isteri yang telah melalui jalan mujahadah sebuah ketaatan kepada manusia yang bernama suami – merekalah insan yang telah mengecapi kemanisan berumahtangga dan cinta yang luhur.
Dengan sebab ketaatan, hati tulus seorang isteri akan mampu merasa dan mensyukuri kasih sayang mendalam dari suami dan kebaikan suami yang tak berbelah bagi kepada isteri sebagai kurniaan besar dari ALLAH – hasil ketaatannya kepada ALLAH – dengan mentaati suami.
Setelah kini usia tiga tahun perkahwinan, ya hati makin optimis. Saya telah melihat indahnya aturan ALLAH dalam urusan ketaatan ini. Manisnya mentaati suami :) sekalipun mencabar segenap potensi diri :P
Inilah hadis motivasi buat isteri:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan MENTAATI SUAMI, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Moga ALLAH membantu suami dan isteri untuk saling memimpin dan dipimpin, saling cinta dan saling menghormati :)