Skip to main content

Raya, Kematian dan Salam Aidilfitri

 
 


Malam tadi dalam perjalanan pulang dari iftar di Masjid Wilayah, ALLAH nampakkan saya mangsa kemalangan yang telah bertutup plastik hitam... Ohh, tahukah dirinya yang dia terpilih untuk terbujur kaku di atas jalanraya pada malam 28 Ramadhan :'(
 
Mungkinkah sepanjang ramadhan ini si mati telah berjuang membersihkan diri di hadapan ALLAH lantas ALLAH mencabut nyawanya yang suci seperti bayi...

Tahukah kita kalau hari ini, atau esok atau Syawal ini kita pula akan dipilih untuk terbujur kaku menghadap ALLAH :'(

Teman-temanku yang baik semua... Jika kita tahu masa kita di dunia ini singkat, apa agaknya perkara sebenar yang kita nak kejar dan lakukan?

Siapa agaknya yang kita mahu jadi, mahu temui dan mahu sayangi .... ♥

Saya minta maaf ya semua... Sesungguhnya kalau kejap lagi saya mati, bukankah yang saya mahu hanyalah ibu ayah meredhai saya. Suami meredhai saya. Madu-madu meredhai salah silap saya. Anak-anak meredhai. Teman-teman dan ahli keluarga sanak saudara tidak ada yang menyimpan dendam. Hutang dan kemarahan segalanya diselesaikan.

Hanya mahu ALLAH redha...Hanya mahu ALLAH terima, di kubur dan akhirat tanpa seksa... :(

Ampunkan kami Ya ALLAH.
 
Salam Aidilfitri buat semua pembaca yang mengingati, yang dikasihi.... Sekali lagi meminta maaf kepada pembaca yang berkongsi masalah namun masih tidak merespon...^_^ Terima kasih banyak-banyak atas komen yang ditinggalkan, atas link pada blog, atas doa dan ingatan...Mana mungkin saya tidak sayang dengan kalian insan-insan yang bersama kesakitan dan kegembiraan dengan diri ini mencari redha ALLAH :))
 
Saya ingin memesan diri saya apabila pulang ke kampung untuk Aidilfitri kali ini, manfaatkan masa untuk menjadi muslimah terbaik. Menjaga solat wajib,  memelihara aurat sendiri dan adik-adik perempuan, membantu mak dengan ceria, bersabar dengan Abdullah, memelihara lidah dari bergosip, hanya bercakap yang positif dan baik, membaca Quran dengan penghayatan, menjaga adab-adab sebagai tetamu dan tuan rumah. Yang paling penting, menjaga perut dari makan keterlaluan :O
 
 Moga pesanan ini kalian usahakan juga ya...ameen. bantulah kami Ya ALLAH.



Comments

Accan said…
Assalamualaikum! nk bertanya kan sesuatu Tp xtahu mana mahu mulakan
cun09 said…
salam sahabat ^_^

Taqabballahu minna wa minkum...salam aidilfitri...

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

Poligami: Bersedia Hadapi Ombak Perasaan

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik