Sesekali membelek majalah hiburan, saya terbaca komen Yusry KRU tika ditanya kehidupannya dengan isteri, Lisa Surihani - betapa dia gembira memiliki isteri yang ceria dan tidak mudah merajuk, katanya.
:)
Bukan semua antara kita cukup wang atau punya kelebihan material untuk memberi hadiah kepada orang lain. Namun bersama diri kita, wajah kita - ada anugerah ALLAH yang boleh kita hadiahkan kepada insan lain iaitu SENYUMAN :) dan wajah yang penuh keceriaan.
Senyuman itu free dan menggembirakan insan yang memandang. Maka senyumlah ♥ lebih lebih lagi kepada insan tersayang bernama suami (atau isteri).

Kalaulah seorang isteri tahu betapa senyum tulusnya menyentuh jiwa maskulin seorang lelaki,....dan wajah yang dingin tanpa senyuman menjadikan suami resah. Tidak gembira.
Dr Fadzilah Kamsah berkongsi bahawa antara keluhan suami ialah isteri mereka sangat jarang tersenyum ( dan keluhan isteri juga bila suami sering tidak menampakkan wajah kemesraan - asyik ketat dan tegang :O )
Sebenarnya perkara kecil yang membuatkan rumahtangga itu segar dan manis adalah senyuman dan kemesraan wajah serta tutur kata bila bertemu di dalam rumah sendiri. Sepertimana senyum isteri memberi efek ketenangan pada suami, begitu juga senyum suami memberi efek kedamaian pada isteri.
Ok, tengok cermin sekarang dan senyumlah... pakailah senyuman itu sebaiknya saat berpapasan dengan pasangan :)
Dan praktis praktikal lain:
Memberi salam dengan senyuman. Menghidang makanan dengan senyuman. Berpisah dengan senyuman. Memberi dan menerima hadiah dengan senyuman. Bercakap dalam telefon dengan suara yang bernada 'senyuman'. Menghantar mesej pesanan ringkas dengan wajah senyuman/smiley :)
Ya betul, banyak isu harian di luar dan konflik rumahtangga yang kadang membuatkan kita tak mampu memberi senyuman pada pasangan... maka bersihkan niat, kuatkan hati - bahawa kita tersenyum untuk meraih redha tuhan, menggembirakan pasangan kerana Allah... ♥

Saya pun dulu sama juga seperti kalian, sewaktu bujang apabila membaca buku tentang ciri-ciri isteri solehah - bertekad dalam hati untuk menjadi isteri yang menceriakan, isteri yang berwajah manis dan berseri-seri :D Namun bahtera rumahtangga kita ini memang secara berkala ALLAH menguji dengan ribut taufan, petir guruh :O hati kalian yang bernama isteri termasuk saya menjadi gusar, bimbang, sedih, takut, kecewa dan pelbagai rasa boleh mendekati hingga senyuman hilang.
Maka saya tidak temukan kekuatan lain melainkan terus mendekat dengan ALLAH... ALLAH yang menjadikan kita ketawa dan menangis. ALLAH yang menjadi sumber kekuatan dan pertolongan. Mintalah pertolongan ALLAH untuk kita menjadikan SENYUM sebagai amal soleh kita dalam rumahtangga.
Bila waktu agak lapang dan sesuai, ribut taufan guruh petir dah reda, bincangkanlah masalah dengan pasagan - cari penyelesaian...kalaupun masalah tak selesai lagi, masih ada semanis senyuman penyembuh hati ♥

Pada yang bujang atau yang telah bernikah, jangan mengimpikan alam pernikahan yang hanya berisi senyuman gurau senda tawa gembira yang sempurna. Ia sama sekali tidak begitu. Akan ada tekanan, kedukaan, kesakitan namun apabila kita makin matang menempuhi rumah tangga, wajah yang sering tersenyum akan mampu hadir di antara suami dan isteri yang bekerjasama menunaikan kemahuan dan keperluan pasangan.
Akan ada sesi merajuk, bermasam muka tak mampu senyum, namun belajarlah merajuk seperti saya kongsikan dalam entri ini. Dan akan ada sesi bergaduh, namun bergaduhlah dengan cara yang baik dan lebik seperti yang saya kongsikan di sini.
Sekian, moga bermanfaat buat semua :)
1 comment:
La haulawala quwwata illa billah.. (tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Zikir yang mampu memberi kekuatan kepada kita melakukan kebaikan, juga memberikan keiklasan membuat kebaikan..InsyaAllah :)
Benar kan..saya merasa paling bahagia saat melihat suami tersenyum dan tertawa.. :D
-Cimas Tc
Post a Comment