Friday, August 10, 2012

Poligami dan Perceraian

:: ALLAH tidak menguji kita semua dengan kesulitan dan kesakitan ujian, melainkan untuk kita kembali mencari nilai keimanan dalam kehidupan ::


Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit hati, marah, dendam, kecewa, cemburu, sedih, terluka - apabila suami menikah lagi...terlebih luka dan rasa dikhianati bila suami bernikah secara sembunyi.

Ya memang suami merancang dan berkeinginan untuk menikah lagi namun ALLAH yang membuat keputusan dan menentukan. Tanpa kuasa dan izin ALLAH, tak akan terjadi, tak kira sehebat manapun perancangan dan keinginan suami.

Perceraian tidaklah penyelesaian mee segera - yang mudah dan sedap. Akan pastikah lebih gembira jika bercerai? Atau semakin sakit hati kerana isteri kedua bebas memiliki suami? Akan bersediakah menjadi ibu tunggal atau mengisi borang mencari jodoh? Atau kemudian bernikah dengan suami orang sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat? Apa perasaan anak-anak menerima ayah baru jika ada? Atau mahu menjalani kehidupan sendiri tanpa suami?

Tidak ada yang ingin bercerai. Tidak juga ia mudah untuk dipilih oleh isteri yang dimadukan suami. Namun terasa berat, sukar dan sakit untuk menerima hakikat berpoligami. Saya akur perceraian adalah salah satu alternatif yang ada di dalam islam, maka kita usahakan agar perceraian di alam poligami dipilih kerana dizalimi suami tanpa henti - tiada tanda positif keadaan menjadi baik. Sebelum bercerai, gunakan segala cara yang ada untuk menyuburkan kasih sayang suami isteri yang telah terbina dengan nama ALLAH satu tika dulu....

Apa yang isteri perlu untuk meneruskan langkah kehidupan dengan tenang dan positif? Untuk merawat hati?

Ya, hati mampu sembuh dan 'menerima' poligami jika kita bersungguh untuk merawatnya. Perlu iman. Perlu ilmu. Perlu doa. Perlu lingkungan sahabat-sahabat yang baik. Perlu bahan bacaaan yang ilmiah dan bermotivasi. Perlu jelas dengan tujuan hidup. Perlu perbaharui hubungan dengan ALLAH.

Fasa yang berat dan sangat menyakitkan akan beransur bertukar kepada fasa ringan dan mula menerima poligami. Berapa lama tempoh itu? Bergantung pada kesungguhan bermujahadah dan kesungguhan merawat diri dari perasaan dan fikiran yang negatif. Kerana poligami adalah perkara baru dalam masyarakat di bumi Malaysia ini, jadi mungkin ia lebih mengambil masa kerana kita kurang support group dari kalangan isteri yang juga berada di alam poligami.

Fokuskan hati kepada ALLAH, bukan kepada suami, bukan kepada isteri barunya. Kita hidup untuk mencari redha Allah - frasa ini senang diungkap tapi tidak mudah dilalui. Hidup ini adalah ujian. ALLAH ingin menguji adakah kita sabar dan redha dengan keputusannya.

Poligami sesungguhnya adalah wake up call untuk kita.
Sabar, redha dan ikhlas akan berulang kali kita mencari maknanya dalam menerima hakikat suami telah berkahwin lagi.

Sikap dan perasaan kita kepada suami dan madu di alam poligami, akan mencerminkan benarkah kita bertuhankan ALLAH atau sebenarnya bertuhankan nafsu sendiri. Ayuh sahabat-sahabat, perjuangan rupanya semakin sukar dan masih panjang untuk menjadi hamba soleh solehah di mata Tuhan...

Kita – saya dan kalian – sangat saling perlu menasihatkan, saling mendoakan. Mendoakan suami dan para isteri yang ALLAH beri ujian hidup di alam poligami. Berilah persepsi dan kata-kata yang baik agar tidak ada yang kecundang kerana tersalah memaknakan cinta dan nilai diri.

Hentikan menuding jari, “Suami kahwin ikut nafsu!” Kerana wanita juga punya nafsu. Para isteri juga tidak suka dituduh mengikut nafsu, “ Isteri kedua ikut nafsu sangat sampai sanggup meruntuhkan rumahtangga orang”. “Isteri pertama mencintai suami kerana nafsu sebab itu tidak mampu menerima poligami yang dihalalkan tuhan”.

Kita tidak sekadar menyalahkan wanita yang tidak menerima syariat Tuhan, namun kita bantu mereka mengurus emosi melalui semua ini. Kita tidak sekadar menyalahkan suami tidak bertanggungjawab namun kita berusaha mendorong suami menjadi pemimpin yang adil.

Para isteri berasa sakit dan sukar melalui fasa-fasa selepas menerima madu, suami juga berat dan sakit sebenarnya mengurus dua isteri ....haa itulah siapa suruh g**** nak kahwin lagi, ujar sebilangan. Tidak, jangan dilabel sedemikian, sekalipun berkahwin lagi adalah pilihan suami –tetapi bukankah ia juga adalah jalan murni untuk wanita isteri kedua mempunyai teman hidup. Bukankah wanita itu juga saudara kita yang perlu pendamping untuk berkasih sayang, pelindung dan memberinya zuriat memenuhi fitrah perempuan dan keibuan.

Jangan lalui ujian poligami seorang diri. Jangan biarkan saudara lelaki dan perempuan kita seorang diri digoda syaitan dan nafsu buruk. Berdampinglah dengan meraka, ingatkan mereka tentang ALLAH, Rasul dan Islam.

Ada para isteri pertama yang mulanya tidak dapat menerima isteri kedua, akhirnya bersikap lembut dan baik semampunya. Duka dan kecewa beransur hilang, hati makin bahagia. Ketenangan isteri teraura pada suami. Para suami juga dulunya berat dan tertekan tidak mampu mengawal perasaan isteri-isteri, tapi kini merasa bahagia kerana para isteri telah saling meredhai satu sama lain. Ujian poligami juga seharusnya menjadi wasilah untuk suami mendekatkan diri kepada Tuhan dalam memelihara amanahnya, tidak hanya kerana wanita adalah keseronokan dunia.

Poligami adalah ujian ALLAH untuk membentuk hati insan agar kembali kepada ALLAH. Ia menguji hambaNYA agar tetap memilih sabar dan ikhlas jika ingin bahagia sehingga bertemu Tuhan. Berkongsi suami, berkongsi kasih sayang, bahagia itu milik bersama andai hati suami dan isteri berusaha diluruskan dengan iman yang mendalam.

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Al-Maidah:2)

"Ya Allah,aku memohon kepadaMU petunjuk, ketaqwaan, budi yang luhur dan kekayaan".(Hadis Muslim)

"Ya Allah,perbaikilah agamaku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat aku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku. Jadikanlah kematian itu sebagai istirehatku dari segala kejahatan".(Hadis Muslim)

22 comments:

LadyBird said...

ya Alalh, semoga mereka bahagia semuanya.. ameeennn..

ana yang daif said...

Bagi org lelaki...rasanya hanya bila melepasi umur 40 tahun brulah telah cukup kematangan untuk menghadapi ujian agama dari segi poligami dan bagaimana untuk mengendalikan isteri2...kerana itulah Nabi saw menerima tanggungjawab kenabian dan berpoligami selepas usia tersebut...kepada yang belum matang dan tiada sifat sabar...jangan dicuba kelak perceraianlah jawabnya....

Anonymous said...

Assalamualaikum akak, mohon pandangan pada saat ini saya masih mengharapkan sebuah ikatan yang halal dari perkenalan dengan seorang insan yang sudah bergelar suami..15 tahun jarak umur kami. Kami tidak pernah bertemu sesekali bertanya khabar melalui pesanan ringkas itupun atas hal-hal yang tertentu. Setahun perkenalan kami, terasa terlalu dekat wpun tanpa pertemuan. Dia telah memperkenalkan dengan saudara perempuannya untuk megeratkan lagi silaturahim antara kami.Sudah terbit sebuah kasih sayang dalam diri ini untuk perkenalan ini semuanya dari Allah begitu besar anugerah kasih sayang yang di kurniakan dari-Nya buat hamba-Nya dirasakan. Kami terlalu rapat. Namun ada yang menganggu hati ini pada saat mendapat pesanan dari isteri seakan tidak mahu perkenalan ini berterusan. perlukah saya mengundurkan diri Kak.demi untuk kebahagian keluarga nya. Sudah saya anggap mereka seperti keluarga.Dalam doa tidak pernah putus saya panjatkan agar keluarganya senantiasa dalam lindungan rahmatnya, saya tidak dpt bohong pada rasa yang hadir ini. Jika ini ujian buat saya dan tiada pertemuan buat kami saya belajar untuk redho dan sabar InsyaAllah. ..Dalam soal poligami InsyaAllah saya bole bermujahadah. Jika sudah takdir-Nya....moga Allah mempermudahkan segalanya buat kami Aaminnn Allah. Mohon pencerahan Akak atas masalah ini dan doanya...Terima Kasih, Wassalam.

maryamsiddiqah said...

Adik anonymous, akak nak beri pendapat. Bertanyalah kepada isteri beliau adakah beliau sanggup utk berpoligami. Tidak semua wanita sama, ada yg berbeza tahap cemburunya. Ada yg tidak boleh berpoligami langsung, dan ada yg sangat mudah menerima poligami. Jika isteri beliau mudah menerima, tiada masalah, tetapi jika isterinya menentang sekeras2nya walau sudah diberi ruang penjelasan, ketahuilah bahawa wanita2 di dunia ini tidak semuanya sama seperti penulis ini, dan tidak ada yg sama seperti kakak isteri pertama penulis ini.

Bacalah hadith2 sahih tentang poligami dan pernikahan dan dari situ adik akan nampak cantiknya Islam meraikan pelbagai jenis perasaan dan perihal hati khususnya para muslimat.

Utk adik Adni, akak suka baca blog adik wpun akak bukanlah org yg sefahaman dgn adik, kerana masing2 tahu kemampuan, kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Salam ukhuwwah.

Anonymous said...

Salam,

Your blog has been a personal favourite of mine ever since I learnt about the existence of another woman in my husband's life.
To cut the long story short, I've accepted her and we've become close friends since. I always share with her any new posts on your blog cause I think they help to stay focus on being rationale, thus maintains and improves my relation with Allah at all times.
From your blog and some other articles with regard to polygany I learnt that the ultimate love is Allah's love for it is eternal and ever lasting.
A job well done, Ms Adni!
~bloody_mawar~

Nurul Adni Adnan said...

Ms Bloody Mawar :)

Terima kasih atas respon membina, moga Allah selalu menunjuki dan membimbing saya dan awak sepanjang kehidupan ini.

Sesungguhnya para pembaca saya adalAH HADIAH SENYAP YANG aLLaH KURNIAKAN KEPada saya untuk membantu saya jadi kuat, positif dan menambah ilmu...

i love all of you!

Unknown said...

salam...sy bakal menerima isteri baru suami...sejak ramadhan br2 ni sy tahu ttg wanita tersebut..smmgnya sejak 2 thn yg lps
sy mengizinkn suami sy berkhwin lg..tp sy tak tahu apa yg harus sy lakukn..sy tak tau apa yg sy rs skrg...sy bkn mrh, bkn kecewa, bkn benci, bukan suka...sy cuma x tahu...bntu lah sy...

Anonymous said...

Akak Maryamsiddiqah syukran atas pencerahan tu...saya belajar atas segala yang berlaku ini sebagai sebuah ujian dari-Nya kadang ada peritnya juga...banyak skali tentangan yang dtg.
untuk Kak Adni, moga diberi ketabahan dan kesabaran oleh-Nya. banyak manfaat yang saya dapat hasil daripada pembacaan tulisan yg lahir dari blog ini...Rasa indah pada khidupan yang di bawah naungan Kasih sayang-Nya, saya merasakan dengan membaca bloog ini.....

Anonymous said...

Salam....

Saya sangat bersyukur kerana menemui blog ini di mana ia banyak membantu saya lebih memahami makna poligami di saat suami saya berkahwin lagi.... Tipulah saya katakan bahawa tiada langsung rasa kecewa dalam hati saya kerana saya bukan jenis yang mudah untuk menerima poligami.. Namun, alhamdulillah.. saya semakin memahami setelah saya membaca buku2 ilmiah, saya mencari erti sebenar kehidupan ini. Bagaimanapun, cabaran setelah 4 bulan saya dimadukan, bukan calang-calang. Terutamanya saya tidak mempunyai rupa yang cntik dan menarik seperti madu saya. Rasa rendah diri di dalam hati terlalu tinggi.. Hanya kepadaNya saya selalu menyerah diri. Namun, sekali sekala saya kalah dalam mujahadah diri bila saya tenggelam dalam emosi... Saya mengaku saya mempunyai tahap cemburu yang tinggi... Seboleh daya saya mengawalnya namun kadang-kadang saya tidak mampu untuk mengawalnya.... saya tidak mahu menyakiti hati suami saya dengan sikap saya.. namun,perasaan ini benar-benar menyesakkan hati saya.. Bagaimana saudari atau 'kakak' saudari mengawal rasa cemburu itu ye?

Anonymous said...

akak, saya ini sedang diuji oleh Allah..saya x pasti saya kuat atau tidak untuk menghadapinya. Airmata adalah peneman setia sejak suami memberitahu yang dia ada orang lain. Saya merayu agar dia melupakan namun dia tidak mahu berganjak. Bakal madu saya seorang yang sangat hebat berbanding saya...dia muda, cantik, kaya, berpelajaran dan saya adalah jauh sebaliknya. Saya tak tahu apa yg perlu saya buat? meneruskan perkahwinan ini dan menderita atau menarik diri dari perkahwinan ini. Saya sayangkan suami saya tapi saya dapat rasakan suami sudah tidak mencintai saya....kami sudah menjadi seperti dua individu yang tidak pernah kenal walaupun tinggal serumah...sanagt menderita...suami saya menggunakan kekurangan saya sebagai senjata sedangkan dia memang tidak mampu sebenarnya.

Anonymous said...

Assalam...hebat betul dugaan yang dtempuh tapi syukur ada yg memahami...saya telah brkawin selama 16 tahun..alhamdulillah tiada yg sempurna tapi sbnarnya suami saya mmg suami dan ayah penyayang masaalahnya ramai yg brminat pd dia..skg ada sorg janda umo 47th berminat dan snggup brjumpa saya untuk saya terima dia sbagai madu...dengan ego dia berkata suami bukan hak saya spnuhnya dan saya kna cermin diri knapa suami beralih kasih pada yg lain dan mereka berkata mmg merancang untuk menikah dlm wktu terdekat walaupun tanpa keizinan saya...hati saya skg xtau la nk ckp sedih,kecewa,marah smuanya bercmpur

Anonymous said...

Saya istri kedua dr seorang lelaki yg berusia 40th...n mempunyai 3org anak.. Kerana Allah kami menikah. Jangan selalu berfikir negatif dg istri kedua...apalagi sampai mengata perampas suami orang....sepatutnya istri pertama sedar n introspeksi diri knp sang suami berpaling pd wanita lain??!!.... Kebutuhan suami bukan hanya pelayanan dlm seks saja... Tp seorang suami menginginkan sang istri yg mengerti n memahami dg segala apa yg ada pd suaminya seikhlas hati. Tak ada wanita yg ingin merusak rumah tangga org lain apatah lagi merampas suami orang... Tapi laki2 yg t merasakan cinta n kasih sayang dr istrinya...t bisa dipungkiri utk dia mencari sosok wanita yg lebih bisa memahami tentang dirinya...
Ya Allah....jaga rumah tangga kami.. Jadikanlah rumah tangga kami selalu sakinah,mawaddah dan warohmah...Aamiin.....
I love u my hubby....

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Ingin berkongsi pengalaman ttg apa yang saya alami...saya berkahwin dgn seorg duda ank 3 sudah 5 tahun usia perkahwinan.hasil perkahwinan saya dgn suami tiada ank..baru2 ini saya dapat tahu yang suami saya berkahwin dgn perempuan filipina berumur 20thn di Manila..suami berusia 34thn..saya berumur 31thn...bertapa luluhnya hati saya bila segala yang saya berikan dan pengorbanan saya selama ni dari segi masa,kewangan dan saat tinggal berjauhan dia tipu saya dibelakang saya...akhirnya sebulan saya memendam perasaan..akhirnya saya terima madu saya utk berkongsi kasih dgn suami saya..madu seorg muallaf.memikirkan jika betul suami ingin membimbing saya terima ketentuan Illahi.tapi bila saya sudah terima dia,madu menyuruh saya pergi dari hidup suami saya, dia inginkan suami saya seorg...tapi suami x bole patah balik sbb risiko memasukkan dia islam.dan saya faham tanggungjawab suami saya..dan saya di semenanjung,suami dan madu dilabuan...dari segi masa dan wang mmg suami x mampu...tapi dia dah terpanggil utk lakukan ini...Hanya sebulan sekali je suami akan balik berjumpa saya...hanya saya pinta semoga Allah lindungi saya dan berdoa saya tabah melaluiNya inshaAllah..Aamiin..

Anonymous said...

Poligami akan nampak keindahannya dan bahagia apabila same2 memahami erti poligami yang sebenar...Berterus terang adalah lebih baik kiranya berhasrat...Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang, Mengetahui dan Maha Segalanya...berlapang dada dalam menerima Qadaq dan Qadar Illahi kiranye hidup ditakdirkan bermadu/poligami

Nur hanna said...

Poligami..saya dinikahi tanpa saya mengetahui suami saya yg statusnya sah duda rupanya masih suami org kerana bernikah lbh awal dgn isterinya di sempadan. Setahun berkahwin baru sy dpt th kedudukan sebenar...mmg hancur hati...hakikatnya sy x dapat lagi menerima yg saya bermadu dan berkongsi kasih...sy mahu tenang..bimbinglah sy menghilangkan resah dan perasaan yg huru hara di dalam diri sy..amat sukar utk redha dgn apa yg blaku..

Anonymous said...

Dah nak tegeliat jari taip kata kunci nak cari blog
nie ... awk ... rasanya seo awak kena baiki... blog awak memang best ..
tapi susah nak cari kat google.

Also visit my weblog; Jubah Fesyen

Unknown said...

Suami yg cintanya lebih besar kpada tuhannya bukan kpada perhiasan dunia, maka dialah yg di anggap mampu poligami. Dan istri yg mencintai Allah lebih dari sgalanya, dia yg mudah menerima poligami',

Unknown said...

Sy sebagai lelaki terasa sejuk dan mendapat maksud poligami bukan hanya sekadar Nafsu. bagi saya apa yang termaktub dalam ALQURAN adalah jalan penyelesaian kepada Manusia. Allah Maha TAHU dari KITA semua. Blog ini telah memberikan saya lebih memahami sifat wanita. mungkin segelintir wanita menerima Ujian Poligami dari ALLAH dan menerimanya dengan Redha. Allah Tahu apa yang Baik untuk Manusia. Ya Allah berilah Balasan yang Baik kepada Wanita yang menerima ujian Poligami ini. Amin

Anonymous said...

Saya adalah salah seorang wanita yg mungkin akan melaui alam poligami.Bakal suami saya adalah seorang suami yg sgt penyayang kpd keluarganya n mereka tlh brkahwin selama 30 th.Saya amat mengenali mrk sekeluarga. Allah yg maha penyayang telah merencanakan segalanya.Saya amat trkejut bila dia mmemberitahu tlh lama jatuh hati kpd saya.mulanya sy brsungguh2 menolak krn tidak mahu merosakkan rmah tangga kaum sejenis sy. Namun kesungguhannya yg menyintai saya krn Allah menybbkan skhirnya saya cair.Masalahnya skrg isterinya tlh bertemu sy n menolak sekeras2nya utk brpoligami.Sy blh terima dia krn sy tahu dia seorg yg kuat pegangan agama. skrg dia sntiasa tazkirah isterinya tntang takdir, jodoh prtemuan, redha dll.tp isterinya tetap menolak.Haruskah saya mengundur diri.Mohon pandangan ukhti semua.

Unknown said...

Ya Allah..bagi kami kekuatan dan tarbiyah dr Mu utk kami hdup bhgia d alam poligami ini....

Anonymous said...

Sy gdis yg akn dmadukn.bkal suami sy tlah bkahwin 11 thun dan tidak mmpunyai zuriat dgn isteri ptamenye..sy cube mnolak prasaan sy thadpnyer tp dy jgk yg sy rindu..isteri ptame mnolak keras untuk bpoligami dan cube untuk mgambil ank angkat tuk merapatkn hbgn mereka..sy kliru skg .adakah sy prlu mgundur diri

Unknown said...

Saya adlh seorg istri kedua, dr perkawinan istri pertmanya thun 2008 lalu n sya menikah thun 2011 dgn suami sya, entah apa yg terlintas dr fkiran sya knp sya bz menjdi istri kedua, awalnya kami hanya kenal biasa n menjalin hububgan biasa, tiba pda waktunya suamiku melamar sya, awalnya pun sya menolak, tapi suami sya trus meminta agar sya menjdi istrinya, sya tahu betul mengapa dy mw menikah lgi, n masyarakt pun tau kehidupn suamiku dgn iatri prtmna, bnyk hal negatif tntng pernikahanna dgn iatri petmnya, awalnya sy sngt kasihan dgnna lantran sikp istri pertmna kpd drinya yg tak bsa memenuhi hak suaminya, drsitulah timbulahh cinta dlm hati sya, cinta yg tidak semestinya sya mencintai seorg lelaki yg beristri, wktu itu umurku bru 18 thn n blm tau ap2, skrng usia pernikahan kami bru 2 thun, sngt pahit rasanya aq menjalaninya, bnyk alternatif kucari demivketengan hati ini, tp itu sgt sulit, sulit menerima suamiku yg blm mampu berlaku adil kpdaku, dr awal mniikah dlm hari pertma pernikahan kami pun, tak ad bermlm bersma, stlh melewati mlm pertma tngh mlm n hri itu jg dy pulng k istri pertmnya, ya memng istri pertma tdk tau smuanya, tp sgt sakit rsanya hatiku, bru menikah n bru seranjng sdh d tingl pergi, n masi bnyk skp yg smpai saat ini masi aq ingt n mnyayat hati ini, ingin rsa aq perg jauh, tp entah mngapa persaan ini semakin kuat, aq pun tak tau skenario apa yg allah berikan kepadaku melalui pernikahanku, pernikahan kami resmi n memiliki buku nikah, tp anehnya aq tdk bz mengugatnya krn tdk mendpt tanda tgan istri pertma, ceritaku tdk smpai dsnii, bnyk hal yg tak bz kuterima, tp aq hnya dpt berdiam diri tak mampu berkata2 lg, hnya sabar yg aq qu pnya

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...