:: Setiap langkah dan ujian dalam kehidupan, kutiplah ilmu sebanyaknya..moga ia membimbing kita ke arah bahagia di dunia dan di kehidupan akhirat yang selamanya :: |
Kadang rasa tidak adil dengan pandangan negatif masyarakat, di mana:
"Poligami gagal atau kucar kacir, sebab kahwin ikut nafsu."
Sedangkan kalau perkahwinan biasa atau monogami yang berhujung dengan perceraian - tidak pula dikata kan sebagai "haa..itulah akibatnya kahwin ikut nafsu..!!??"
Kalau perkahwinan biasa, pandai pula kita memberi alasan - 'ohh kami bercerai sebab campurtangan mertua', 'dah tak sefahaman', 'isu kewangan yang tak selesai', 'ada orang ketiga',' suami kaki pukul', 'isteri curang', bla..bla..
(Kita tidak biarkan pandangan masyarakat menguasai diri, maka positiflah mengambil pelajaran dari cakap-cakap negatif orang - untuk kita terus muhasabah dan melakukan kebaikan dan perubahan :) )
Sesungguhnya ALLAH lah yang meletakkan nafsu dalam diri manusia dan ALLAH juga menunjuk cara untuk mengendalikannya antaranya melalui pernikahan, poligami atau monogami.
Jadi harmoninya pernikahan sangat bergantung kepada cara kita mengendalikan hawa nafsu dan itu perlukan ilmu agama/ilmu ALLAH.
Poligami atau monogami- ramai yang berakhir perceraian kerana gagal mengawal nafsu dalam bersikap/dalam bertindak, dalam berbelanja atau dalam berbicara dan sebagainya.
Jom kita teruskan mencari ilmu, agar dengannya kita dapat mengawal nafsu, membentuk akhlak indah, membawa diri kita bertanggungjawab kerana takutkan tuhan seterusnya menggapai keharmonian perkahwinan - monogami atau poligami.
Rasulullah saw menganjurkan kita mencari pasangan beragama. Kitalah insan dicari atau dinanti itu. Maka persiapkan diri kita sendiri menjadi insan teguh beragama, menjadi pasangan yang bersedia untuk beramal soleh di ladang rumahtangga, bukan sekadar melihat nilai agama pasangan atau orang lain.
Nothing can prepare you for a successful marriage better than an in-depth knowledge and understanding oF Islam.
4 comments:
Sngt bgus artikel nie.. Tak berapa berkenan dan menjengkelkan ble title 'perosak rmhtngga dan perampas' dkenakan pd sstengah wanita d luar sna.. Muhasabah dan ilmu sbg penjaga hati kita..
alhamdulillah kalau rse down sy akn bkk blog ni byk mmbantu kuatkan smgt sy...
Mencari sesuatu utk menguatkan semangat yg hampir hilang...
dah tentu apabila kita bernikah tuntulah ada nafsu. tapi terpulang pada iman seseorang.. kalau nikah hanya semata kerana nak puas nafsu tetapi hal lain-lain yang dituntut dalam pernikahan tak dilaksanakan... dah tentu niatnya sudah tidak betul...
Post a Comment