Allah
Maha Baik, Allah sangat baik dengan kita semua..kita selalu buat salah dan
dosa, Allah tetap bagi peluang taubat pada kita dan tak hentikan nikmat
kurniaNya pada kita. Kalau kita jadi hamba yang baik, lagi dapat banyak
kebaikan khusus dari Allah - anugerah istimewa untuk hambaNya yang
beriman dan bertaqwa.
----
Hari ni saya suka mengingatkan diri saya dan sahabat semua tentang nilai berbuat baik pada pada pasangan bernama suami dan isteri.
Pernikahan yang indah itu terbina atas siri-siri kebaikan yang KITA BERIKAN kepada pasangan. Kerana ALLAH.
Apa contoh kebaikan..?
E.g Setiap hari pasangan suami isteri bekerja akan sibuk bersiap untuk keluar rumah, uruskan anak dan diri sendiri. Atau suami bekerja, tinggalkan isteri mengurus rumah dan anak-anak.
Bangun tidur, sempatkan seminit dua untuk say salaam/Good Morning, tanya khabar pasangan, sayang tidur lena ke, sihat ke, sakit ke disulami pelukan mesra dan sebuah ciuman. Kata kata baik dan sentuhan lembut mesra adalah adalah antara hadiah terbaik dari kita kepada pasangan malah ia kebaikan yang besar dalam menghidupkan semangat dan tanggungjawab dalam rumahtangga.
Buat keputusan untuk berbuat baik kepada pasangan selalu - plan dan target apa kebaikan kita nak beri hari ini kalau kita tak biasa, dan pasangan kita deserve untuk dapat kebaikan kita sekalipun kita rasa 'dia tak buat baik apa pun kat kita..dia buat tak peduli dengan kita..dia bukan fikir perasaan kita pun..etc..etc'
Nasihat kaunselor perkahwinan di luar sana, tetaplah berbuat baik sekalipun pasangan itu macam negatif selalu dengan kita- selama enam bulan - insyaALLAH sikap suami atau isteri akan berubah jadi baik kerana tersentuh dan terpengaruh dengan kebaikan yang kita beri.
Tapi sebenarnya, kaunselor lain menasihati bahawa bila isteri dan suami bersungguh mengikhkaskan hati kerana Allah, memberi dan berbuat baik kerana Allah, paling lama dua minggu saja - suami atau isteri akan berubah interaksi jadi lebih baik dengan kita. Malah tak payah 2 minggu, selepas beberapa hari kita mula bercakap dengan nada hormat, sejuk, penuh kasih, lembut - pasangan akan berubah. Tak percaya? Tanyalah psikologist/ pengarang buku 'Have a New Husband by Friday' :D
Kita kahwin untuk tenang dan bahagia, jangan tunggu kebahagiaan dan kemanisan itu datang dengan pos laju ke rumah kita. Kita kena mula, bina dan nikmati hasilnya insya Allah.
Dulu kita terima dia sebagai suami atau isteri sebab kita rasa dia baik, sekarang bila banyak kelemahannya tertonjol - kita dah rasa dia tak baik, dan kita malas nak buat baik pada dia?
Jangan..! Kita buat baik sebab Allah, bukan sebab dia manusia. Ya, semangat akan lemah dengan interaksi buruk manusia pada kita - tetapi perbaharuilah niat - hidup matiku untuk Allah. Bila bila masa Allah juga boleh perbaharui hubungan suami isteri yang dah cedera parah itu menjadi sihat dan indah.
Syaratnya, kita perlu berusaha. Kita seorang pun usaha, akan ada jalannya. Moga kebaikan dari kita jadi sebab untuk suami/isteri dapat hidayah Allah - menjadi suami penuh cinta, menjadi isteri penuh pesona..
Kita kan dulu bersemangat untuk mencintai dia dengan teori bercinta kerana Allah, di jalan D&T aku menikah, Ku pinang dikau dengan Hamdalah, Mencintai Selalu, Setia Hujung Nyawa etc .. sekarang buktikan.. ^_^
-----
Kebaikan sikap dan kata kata dalam interaksi kita dengan pasangan tak tertukar ganti dengan wang ringgit, rupa paras kacak jelita, atau nilai material lainnya.
Bahagiakan diri kita dan pasangan kita dengan kebaikan yang kita usahakan kerana mengharap redha Allah - moga menjadi amal soleh di sisiNya.
Kindness is contagious. Kindness will guarantee happiness - Ini janji Allah.
"If you are not prepared to be kind to your spouse, you are writing yourself a prescription for a failed relationship.
...Have a sweet life; behave kindly toward your partner."
------
Contoh lain kebaikan:
- Masakkan untuk suami/belikan makanan untuk isteri
- Kalau ada barang misplaced, tolong cari sama-sama - bukan leter dan tolong cari
- Jadi pendengar yang baik waktu suami atau isteri gembira/sedih
- Tolong belikan barang yang diperlukan, dikirim suami/isteri..
- Call isteri sesekali dari ofis bertanya khabar/isteri update suami dengan apa apa yg menyenangkan hati
Lagi..apa yang kalian para suami atau isteri suka pasangan lakukan..little things..?
:)
No comments:
Post a Comment