Skip to main content

Mencari pemimpin rumahtangga?


Untuk yang mencari dan memilih jodoh, sebelum kita mengharap muncul calon yang baik menjadi teman hidup, jadikanlah diri kita calon suami/isteri yang baik di mata Allah.

Allah pasti bagi jodoh terbaik untuk kita, setelah kita berusaha jadi insan yang baik baik..

Jodoh yang baik bukan sekadar bermaksud peribadi suami/isteri itu yang baik namun jodoh yang baik itu juga bermaksud akan datang dengan pakej kebaikan dan cabaran yang menghamparkan ruang untuk kita terus memperbaiki nilai diri di sisi Allah.

*Begitu juga tidak boleh hanya sekadar mengharap kepada calon pemimpin atau pemerintah yang baik jika kita tak bersungguh jadi rakyat yang mentaati Allah di segenap urusan kehidupan.

Dalam menyelongkar aib pemimpin, jangan lupa memuhasabah aib sendiri.
 ___________

Membaca dan merenung bait bait tulisan yang mendatangi inbox, tentang soal perasaan, pernikahan, menjadi isteri kedua, menjadi isteri pertama - semuanya membicara soal perasaan.

Saya juga insan yang boleh bercakap tanpa henti berjam-jam soal perasaan.

Namun insafilah wahai diri ini, dan saudara muslimah yang dikasihi - andai perasaan kita hanya berputar pada orbit cinta suami, cinta lelaki - tanpa orientasi cinta tuhan - serabutnya perjalanan perasaan...kan?

Kalau nak kahwin menjadi isteri kedua - asasnya hanya kerana perasaan pada lelaki yang telah menjadi suami orang - rindu sayang, dah rapat, tak boleh berpisah, saling mencintai, saling teringat, kekasih lama - kalau hanya ini - seolah dah boleh baca skrip hidup seterusnya.

Lepas bernikah, skrip jadi isteri kedua - tak bahagia, tiada lagi cinta, madu mengganggu, suami tak memberi bahagia, kami dah tak boleh bersama.. sampai sini saja. Noktah.

Kahwin bukan pil ajaib memudahkan jalan hidup kita dan menyelesaikan keserabutan perasaan kita kalau perasaan kita ini tak pernah rasa tenang dengan merasa kedekatan Tuhan. Sangat serabut jika tak menyedari tujuan kita diciptakan.

Kahwin dengan orang yang kita meluap rasa cinta tak akan bukakan pintu bahagia - malah mungkin buka pintu derita seterusnya - kalau kita tak pernah rasa erti cinta kerana tuhan, memberi kerana tuhan, menahan kerana tuhan, berkongsi kerana tuhan...

MOga ALLAH bantu saya dan kita mengecapi kemanisan iman - ANTARA nya mencintai seseorang hanya kerana ALLAH - yang dengan kemanisan itulah kita mampu merasai kemanisan hidup dalam ujian susah senang yang ALLAH pergilirkan dalam kehidupan.



Comments

Anonymous said…
Tq sis.. setiap kali membaca nukilan sis.. hati jd tenang.. teruskn menulis..
nur said…
setuju sangat2 dgn aritikel ini
Jodoh itu rezeki Allah, seharusnya yang telah dapat jodoh perlu banyak2 bersyukur kepada Allah....sebab ramai lagi yang masih mencari2 dan belum mendapat rezeki tersebut. Bersyukur akan menambah rasa cinta kepada Alah dan pasangan.

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Adab Isteri Dalam Rumahtangga Poligami

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?