Skip to main content

Doa, Ujian dan Kekuatan Hati




Assalammualaikum wa rahmatullah

Moga semuanya berada dalam kesihatan dan kemanisan iman..

Ada sahabat yang sedang melalui proses taaruf (suaikenal) untuk bernikah. Ada yang sedang dalam proses ke arah keluarga poligami sebagai isteri pertama dan isteri kedua. Ada yang baru beberapa minggu suaminya bernikah lagi...dan bermacam ujian.

Semuanya sedang berada dalam fasa ujian masing masing. Ujian kesenangan dan ujian kesusahan.

Yang saya nak pesan pada diri sendiri dan kalian yang dikasihi, berdoalah sepenuh hati
kepada Allah.

Berdoa sebenarnya bukan tindakan pasif. Berdoa adalah nafas dan harapan untuk terus positif dengan ranjau kehidupan.

Berdoa adalah peneman sejati kepada usaha dan ikhtiar mencari penyelesaian, meraih ketenangan.

Berdoa kepada Allah, satu satunya Tuhan - sebenarnya beerti kita mengaktifkan hati, membangun interaksi dan hubungan peribadi dengan Tuhan - agar makin intim, dekat, ingat kepadaNya jauh lebih hebat dari hati kita terpaut pada cinta manusia, cinta harta, cinta dunia dan seluruh isinya...



Love, nurul



 


Comments

Anonymous said…
saya suka baca apa yang awak tulis
ellysa emran said…
betul tue....jgn dilupa dari mana asal kita....kerana adalah 'pemilik' nya yg kekal...
Anonymous said…
terima kasih atas perkongsian.teruskan menulis dan berkongsi dengan kami semua...:')
Anonymous said…
saya cadangkan supaya kita sama2 lihat ceramah tanylah ustaz di tv 9. ulangan di youtube. berkaitan "madu 3". sangat menarik dan moga bermanfaat untuk semua..

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

Poligami: Bersedia Hadapi Ombak Perasaan