Monday, December 5, 2011

Poligami yang benar berhikmah




Apabila membicarakan tentang isu poligami, sebahagian dari antara kita bersetuju bahawa poligami yang terkandung di dalam Al Quran mempunyai pelbagai hikmah kebaikan yang tersembunyi. Namun pada pandangan saya, setelah melalui proses pernikahan poligami dan melalui alam rumahtangga, sesungguhnya hikmah poligami itu benar-benar murni namun cara kita mengaturnya di dalam masyarakat hari ini agak tidak berhikmah.

Hikmah poligami yang banyak hanya akan dirasai apabila suami dan isteri-isteri telah berada di dalam keluarga poligami. Akan tetapi sebahagian hikmah ini telah dijadikan syarat untuk berpoligami, maka itu menyusahkan dan mampu memberi kesan buruk kepada keluarga.

Undang-undang mahkamah kita dalam hal poligami mempunyai objektif yang baik untuk menjaga maslahat isteri-isteri, namun bagi saya adalah tidak berhikmah bilamana seorang suami perlu mengungkap kekurangan isteri di dalam borang/mahkamah dalam melalui prosedur berpoligami.

Adakah perlu membuat pengakuan dan kenyataan secara terbuka sedangkan hal rumahtangga adalah sesuatu yang sangat rahsia lagi terpelihara di dalam agama.

“Ya, saya ingin berkahwin lagi kerana isteri saya tidak boleh melahirkan anak”

“Saya ingin berkahwin lagi kerana isteri pertama saya sakit, tidak dapat melayan saya dengan baik”

“Saya ingin berkahwin lagi kerana nafsu seks saya tidak mampu dipenuhi oleh isteri”

“Saya ingin berkahwin lagi kerana isteri saya gila”

“Saya ingin berkahwin lagi kerana saya mampu memberi nafkah yang mencukupi untuk para isteri”

Apakah perasaan isteri pertama, atau kedua, atau ketiga setiap kali suami akan berkahwin lagi? Perlu mengungkap segala kekurangan dan keburukan seperti di atas?

Ya, pada yang ingin berpoligami, bersedialah anda untuk mengungkap kelemahan rumahtangga anda, kerana poligami hanya dizinkan bilamana ia dinilai patut dan perlu. Mahkamah akan mempertimbangkan jika isteri anda mempunyai masalah kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.

Cukuplah sebahagian masyarakat melabel isteri pertama macam-macam – bila suami bernikah lagi – tidak perlu lagi perasaan isteri dijatuhkan di perbicaraan mahkamah secara terbuka.

Saya bukan ingin meremeh-remehkan undang-undang mahkamah, namun perlu ada revolusi baru dalam hal ini, apatah lagi dengan jumlah angka yang agak besar telah beratur di sempadan untuk bernikah poligami, seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Prof Dr Wahbah Az Zuhaili di dalam bukunya Fiqih Islam Wa Adillatuhu, berpoligami dengan mendapat keizinan hakim adalah sesuatu yang tertolak atas beberapa sebab, antaranya kerana perkahwinan adalah sesuatu yang amat peribadi. Perkahwinan adalah kesepakatan antara suami dan isteri bersama wali pihak perempuan. Sesungguhnya rahsia rumahtangga tertutup dan hanya diketahui oleh suami dan isteri.

Saya juga bersetuju dengan pandangan beliau bahawa poligami itu sangat baik dari segi prinsipnya, namun perlaksanaan yang tidak betul dari pihak suami menyebabkan hak-hak isteri terabai.

Saya juga ingin menambah, bahawa kita para isteri yang akan atau telah berada di alam poligami juga perlu sama-sama bertanggungjawab dan bekerjasama untuk mencipta keharmonian rumahtangga poligami. Jatuh bangun sebuah rumahtangga tidak hanya terletak di tangan suami.

Yang lebih tepat, adalah pihak yang berkaitan perlu mendidik generasi dengan lebih padu dan terancang berkaitan kekeluargaan – agar mampu membina keluarga yang punya sakinah, rahmah dan mawaddah, samaada poligami dan monogami. Pihak suami dididik untuk memberi nafkah dan bergaul dengan baik, para isteri dididik untuk menjadi pendorong dan pembantu suami dalam keimanan.

Sesungguhnya poligami adalah syariat yang sangat berhikmah untuk menampung kelemahan suami dan isteri-isteri. Apabila mempunyai isteri lebih dari satu, ia membantu lelaki yang beriman untuk menyalurkan fitrah di jalan halal lagi diredhai, kerana fitrah lelaki itu sebahagian besarnya ada pada poligami. Ia juga membantu wanita-wanita yang beriman untuk menyalurkan fitrah di jalan yang halal lagi diredhai.

Seandainya salah seorang isteri sakit, isteri yang lain boleh menjaga suami dan rumahtangga – hal ini memberi kekuatan kepada suami untuk terus membantu dan menjaga kebajikan isteri yang sakit. Seorang isteri yang tidak melahirkan anak, boleh menumpang kasih pada anak dari isteri yang lain. Suami berasa seronok punya anak, isteri pun berasa seronok dengan keluarga besar.

Jadi kebaikan itu terlihat dan lahir apabila poligami telah berlaku, bukan sebaliknya. Poligami memberi kebaikan peribadi kepada suami dan isteri, juga kebaikan kepada umum.

Adalah menjadi fitnah dan tekanan yang besar pada isteri jika diwar-warkan, “suaminya berkahwin kerana mahukan anak”.

“Ohh kesian dia, tak boleh bagi anak pada suami”.

“Dia sakit, patutlah suami kahwin lagi”.

“Anak dah ada ramai, tapi suami kuat seks gamaknya, patut ler menambah isteri”

“Sibuk menjaga anak ramai, patutlah suami cari lain”

“Dia tu macam tak betul sangat, sebab tu suami kahwin lagi”

“Patutlah kahwin lagi, sebab dah jumpa yang muda jelita”

“Sibuk sangat dengan kerja/bisnes, mana suami tak cari lain”

Mudah-mudahan kita bukan di kalangan orang yang mengungkapkan kata-kata negatif lagi tidak berhikmah berkaitan poligami seperti di atas. Usah menilai rumahtangga orang lain, biarlah rahsia mereka tertutup rapi, kecuali dalam keadaan tertentu yang membolehkan bercerita.

Maka, jika ingin bernikah lagi, bernikahlah ketika isteri masih sihat.

Pada yang sudah punya anak-anak, bernikahlah satu lagi untuk maslahat lain. Agar tidak terfitnah mereka yang tidak punya anak.

Pada isteri yang masih cantik dan seksi, benarkanlah suami bernikah lagi, kerana sesungguhnya poligami tidak hanya untuk mencari wanita seksi dan cantik.

Pada isteri yang masih muda, tak salah benarkan suami yang juga masih muda bernikah lagi.

Pada isteri yang belum sibuk dengan bisnes dan kerja, cadangkanlah pada suami untuk berkahwin lagi sebagai persediaan untuk menghadapi hari sibuk.

Wah…lepas ni blog saya kena bakar dengan kerana menyokong suami berpoligami secara besar-besaran :D

Ini hanya perkongsian yang tercetus di minda, saya tidak menggalakkan bernikah semberono.

Pada suami, teruslah menjadi suami dan ayah yang baik, dan suarakan hasrat poligami.

Pada isteri, teruskan menjadi isteri yang hebat, dan permudahkan suami berpoligami. Kita berada dalam suasana yang memanggil semua untuk menjayakan poligami.

Saat ini, samaada suami atau isteri, mungkin ada yang merasa berat, tidak mahu, tidak boleh menerima, tidak sanggup, tidak berhajat, tidak perlu dan sebagainya.

Moga bila tiba saatnya, lima tahun atau sepuluh tahun lagi, kita suami isteri bersedia mencantikkan poligami. Moga poligami tidak lagi menghairankan atau menakutkan.





9 comments:

LadyBird said...

Salam Puan Adni..
lady baru tahu kalau nak berpoligami perlu memberitahu sebab dan aasan..

kalau alasan ini lebih sesuai :

“Saya ingin berkahwin lagi kerana saya mampu memberi nafkah yang mencukupi untuk para isteri”

tak memburukkan mana2 belah pihak..

Isteri Solehah said...

Salam..
Saya juga baru tahu klu suami nak menikah lagi kena nyatakan kelemahan/kekurangan isteri pertama..

Tapi, tak semestinya suami nak menikah lagi sbb isteri pertama ada masalah.Saya rasa pihak mahkamah perlu memurnikan semula prosuder utk berpoligami supaya ia lebih berhikmah dan tidak menyusahkan seterusnya melambatkan proses menikah..

CikSu said...

saya sudah lama mencari seorang yang berfikiran begini. tidak tipikal seperti kebanyakan wanita..

saya kagum dgn idea ustzh Adni..teruslah menyebarkan kebenaran.

Norismaz said...

Alhamdulillah, saya mencari-cari bacaan mengenai poligami dari sudut positif & negatif daripada wanita yang telah mengalaminya.

Kebanyakan wanita yang lain yang melaluinya memperlihatkan poligami sesuatu yang ngeri dan negatif. Saya sendiri tertanya-tanya tentang kemanisan poligami yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.

Teruskan menulis mengenainya. Semoga tulisan Puan boleh membuka minda masyarakat tentang sunnah Rasulullah ini.

Anonymous said...

terlalu sukar mencari perempuan yang benar benar memahami poligami, apatah lagi membenarkan poligami di kalangan mereka walaupun mereka golongan ustazah..tahniah penulis kerana keberanian memaparkan isu yang sentiasa membelenggu kaum hawa..anda begitu memahami naluri dan kehendak kaum adam..

muhammad Saufy said...

saya rasa lebih baik kalau suami yg nak nikah lagi menyatakan kekurangan dirinya.

poligami adalah jalan mulia untuk mencintai wanita-wanita ahli syurga.

ya allah,kurniakan daku kekuatan untuk terus istiqamah mencintaiMu.



Anonymous said...

Ada tulisan baru ni dalam surat khabar.. ana lupa siapa penulisnya... mengupas tentang rasionalnya mengapa mahkamah syariah meletakkan syarat sebelum berpoligami.. ianya adalah untuk kebaikan keluarga itu juga.. klu x ada kelemahan x pyhla tulis kelemahan.. nyatakan saja apa kekuatan untuk membina poligami.. x ada keraguan.. barulah hakim pn x pening2 nk pk layak ke x layak seseorang tu berpoligami... takdir jua yang menentukan akhirnya berpoligami atau masih monogami... :)kerana akhirnya kalau masih tidak ada rezeki untuk poligami, sy rasa masih ramai bujang dan duda soleh yang masih boleh dipertimbagkan... kerana kebanyakan poligami adalah tidak berjaya di Malaysia ini..... dan saya yakin mereka yang telah lepas untuk berpoligami dengan melalui jalan yang lurus, ikut peraturan kat malaysia ni.. mmg bnr2 layak lah tu.. tetapi tidak kurang juga yang lepas dan dibenarkan oleh hakim untuk berpoligami, tetapi.. hancur...! jadi sy rasa masih valid hakim syariah mengenakan syarat2 tersebut... memamg untuk menjaga sesebuah institusi kekeluargaan... ilmu poligami mmg wajib di ketahui oleh semua org... dan sy masih bersetuju mahkmah syariah menetapkan syarat tersebut... rasanya kalau semua line clear hakim pun dengan senag hati benarkan sahaja untuk berpoligami... seperti puan adni kita ni.... dh ada tiga pn.. anak ana x tau dh ada berapa dalam keluarga poligami ni... masyaAllah.. suami puan byk duit puan.. n alhamdulillah Allah memilih puan memilih jalan ini... pastinya bukan kurniaan buat semua...

Anonymous said...

hanya mereka yang meras saja yang memahami segalanya..

wan said...

Sedihnya mndengar alasan suami kawin lain krn isteri sibuk melayan anak..seorg sahabat anak 7 orang.waktu suami bersama isteri muda dia menguruskan semua anak.ke sana ke mari bwk semua anak berderet2..mn perginya ihsan seorg suami sdgkn dia asyik dibuai isteri muda..cam mn la sahabat ni nk uruskan suami lg,anak lg,rumahtangga lg sampaikan dri sndri x terurus..dia relakn suami kawin krn sygkan suami itulah pengorbanan seorg isteri.seorg lg sahabat 5 tahun kawin br mengandung..dah lah byk kali gugur.ms mengandung pulak tiap2 bulan kn pergi jmpa pakar utk kuat rahim..sakit hanya tuhan yg tau.tb2 suami jumpa kwn lama & nk kawin lg..cuba bygkn perasaan sahabat ni.dahlah nk dpt ank ssh.bla dah dpt buat mcm tu pulak kat isteri..ini ke bait muslim yg kt harapkan..

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...