Hanya kerana saya telah menulis nasihat dan perkongsian berkaitan dunia perkahwinan, maka beberapa teman pembaca yang saya kasihi menyangka saya adalah isteri yang baik, dan rumahtangga saya adalah rumahtangga yang bebas masalah dan cabaran :D
Bahagia forever ya?
Tentulah tidak, saya juga adalah seorang isteri yang masih belajar dan berusaha memperbaiki diri. Saya juga melalui tempoh mujahadah yang tak pernah sudah. Malu untuk saya merasa diri ini dianggap baik. Jadi andai ada perkongsian yang bagus di blog ini, moga sama-sama dapat kita terjemahkan ke realiti kehidupan. Andai penulisan itu tidak bagus, maafkanlah tulisan saya yang bernada ‘perasan bagus’ :P
Tentang bahagia, bahagia itu bukanlah dari perkara luaran yang kita nampak – bukan pada majlis perkahwinan yang hebat, kereta yang mahal bergaya, pakaian yang latest fashion dengan fabrik berkualiti, rumah besar berlandskap indah, makan minum di tempat-tempat famous di dalam dan luar kota, bukan pada gambar kaku posing sakan dengan suami dan anak-anak memakai baju sedondon…
Bahagia sebenarnya-benarnya di hati. Hanya di hati. Hati yang bukan sebarangan – namun bahagia milik hati yang erat berpaut pada tuhan di segenap penjuru kehidupan. Dalam sedih dan tawa. Dalam berjaya dan kecewa. Perkahwinan, harta, anak-anak etc adalah wasilah menuju bahagia bagi hati yang memahami hakikat kehidupan sementara.
Yang paling penting, tiada bahagia hakiki di dunia. Bahagia di dunia boleh datang dan pergi, silih berganti... namun bahagia sebenar yang kekal selamanya hanya di syurga.
Dan bahagia tidak datang dengan mudah, bahagia adalah milik orang yang berjuang. Jika menyelak lembaran kehidupan insan yang kelihatan bahagia, pasti ditemui siri-siri perjalanan yang payah dan menyakitkan. Hingga menghantarnya ke kemuncak bahagia yang dilihat kita.
Begitu juga dengan bahagia di alam perkahwinan. Tidak datang dengan mudah dan segera.
Ambil contoh belajar bidang perubatan. Form 4 dan Form Five belajar Biologi. Dengan segala subjek sains tulen yang lain, yang sangat mencabar. Kemudian ke Matrikulasi. Atau Kolej Persediaan. Kemudian 6 tahun untuk mendapat Ijazah Perubatan. Kemudian tahun-tahun housemanship yang merentap jiwa.… betul ke?
Angkat tangan, mana doktor yang cakap ia mudah untuk melalui semua ini…? Untuk melalui perjalanan bergelar doktor saja terasa susah, apatah lagi bila benar-benar bergelar doktor (dan bersuamikan/beristerikan doktor juga amat mencabar). Kelihatan berjaya dan kaya.
Namun orang kebanyakan tidak nampak kesusahan itu, mereka hanya bilang, “Wah bagusnya anak Pak Mat, dah kerja doktor ya….!”
Namun orang kebanyakan tidak nampak kesusahan itu, mereka hanya bilang, “Wah bagusnya anak Pak Mat, dah kerja doktor ya….!”
Mereka tidak nampak beberapa kali anak Pak Mat itu nak quit medical course. Mereka tidak nampak anak Pak Mat berendam air mata dan air peluh untuk catch up dengan ribuan topik medical yang menekan minda secara halus. Tanpa ketabahan dan jiwa kerdil yang tak jemu berdoa, kecundang di tengah jalan.
Bolehkah kita kaitkan dengan rumahtangga? Bahawa untuk menjadi seorang isteri dan suami yang bahagia, juga panjang lagi sukar perjalanannya… Bahagia perkahwinan tidak datang segera walau kita hidup di zaman mee segera. Restoran makanan segera. Tudung segera (instant). Ketupat segera. Pau segera. Masuk microwave, tekan butang – siap.
Menjadi seorang isteri sangat-sangat tidak mudah. Pilih suami soleh, confirm bahagia – tak. Perkahwinan bahagia terbina oleh suami dan isteri (isteri-isteri) yang selalu berusaha mensolehkan diri. Hingga mati mendatangi.
Apatah lagi dengan peringatan-peringatan dari Rasul SAW akan betapa besarnya hak seorang suami yang ditaklifkan ALLAH ke atas kita sebagai isteri.
Seorang isteri harus mempunyai ilmu tentang topik-topik besar ini:
Belajar untuk taat (bukan asyik membangkang, bukan pula taat semberono/ blind obedience).
Belajar untuk menghiburkan dan menenangkan (bukan sekadar menunggu dihiburkan).
Belajar untuk menjaga keharmonian rumahtangga.
Belajar mengurus perasaan.
Belajar berkonflik dan berkrisis.
Belajar berhias dan menghias.
Belajar berhias dan menghias.
Menjaga kehormatan diri dan suami.
Menjaga harta benda suami.
Membantu mengurus ekonomi rumahtangga.
Menjadikan orang asing sebagai keluarga sendiri ( keluarga mertua dan ipar duai).
Belajar mengasuh anak-anak.
Belajar mendidik anak-anak.
Belajar bahawa hanya taqwa yang mampu menghadirkan bahagia dalam jiwa dan rumahtangga.
Di sebalik sebahagian topik besar yang disebutkan, ada banyak lagi subtopik di bawahnya yang perlu didalami.
Ia bukan sekadar sukar, malah tempoh pengajian bukan sekejap seperti setahun di kolej matrikulasi. Bukan seperti mengambil diploma selama tiga tahun. Bukan seperti mengambil ijazah perubatan selama enam tahun, tetapi pengajian bermula ketika akil baligh dan berlanjutan sepanjang alam rumahtangga itu berlangsung. Mengaku kalah beerti meletak noktah pada perjalanan rumahtangga. (Namun tidak salah meletak noktah, jika usaha mencari redha tuhan melalui perkahwinan menemui jalan buntu).
Willing to learn. Willing to change.
Itulah dua perkara yang saya seronok menulisnya di resume, kononnya itulah karakteristik saya. Tapi bila saya diangkat ALLAH menjadi seorang isteri, jawatan yang mempunyai kunci untuk masuk syurga – fuhhhh….baru tahu langit tinggi rendah. Jawatan isteri ini, perlu rendahkan ego serendahnya kerana ALLAH. Perlu meninggikan akhlak mulia setingginya, kerana itulah yang ditunjukkan Rasulullah SAW untuk mengukir bahagia di dunia dan di syurga.
Dulu antara impian perkahwinan, ‘saya mahukan suami yang dapat menerima diri ini seadanya’… Terima seadanya? Tak mungkin. Jangan mimpi lagi sebegitu.
Hidup ini adalah perjuangan untuk menjadi lebih baik. Dengan bersedia untuk belajar. Bersedia untuk berubah. Selagi ada nyawa. Andai selesa dengan sikap dan cara berfikir yang lama, hidup kita tidak akan pernah berubah. Rumahtangga juga akan hilang arah.
Merenung kembali sewaktu saya mula menyimpan hasrat untuk bernikah. Saya kononnya banyak menelaah bahan-bahan tentang pernikahan, artikel, buku, majalah etc sampai rasa mual :P Mendengar video berkaitan pernikahan berbahasa melayu dan inggeris di youtube malah video ustaz ustazah indonesia, untuk meluaskan wawasan tentang pernikahan…dengan cita-cita yang tinggi untuk jadi isteri terbaik, untuk bina famili terbaik…
Tapi rupanya bab selesaikan perasaan sendiri pun tak sudah-sudah :D terkial-kial lagi saya ni mencipta diri menjadi isteri yang suami sayangi … belum bab menjadi ibu mithali.
Teruknya saya… Jangan jadi macam saya ya isteri-isteri yang dikasihi semua.. Jadilah isteri seperti mana yang diidamkan suami kalian. Tak apa mengalah mengikut semua keinginan dan harapan suami, kerana hasilnya sangat best! Berusaha menyesuaikan diri dengan karakter suami selagi dalam lingkungan syariat, anda akan dibayar..! Berusaha memateri pada diri akhlak seorangisteri yang dicintai Rasulullah, anda akan dapat pulangan yang indah! Bayaran yang bukan calang-calang…
Kesimpulannya, perjalanan pernikahan setakat tiga tahun ini masih mampu diteruskan kerana saya masih mahu menuntut ilmu, masih studi, terlebih lagi suami yang memang berusaha sentiasa menambah ilmu. Inilah kunci teratas keluarga bahagia. ILMU. Moga ALLAH menambah ilmu kita semua dan memberi manfaat dengannya.
Pada yang telah berlaku perceraian, itu bukan noktah. Banyak hikmah kebaikan untuk diselam. Terus menggillap ilmu, moga ilmu itu membawa kebaikan dan kebahagiaan dalam keluarga baru suatu hari kelak, ameen. InsyaALLAH.
Pada yang telah berlaku perceraian, itu bukan noktah. Banyak hikmah kebaikan untuk diselam. Terus menggillap ilmu, moga ilmu itu membawa kebaikan dan kebahagiaan dalam keluarga baru suatu hari kelak, ameen. InsyaALLAH.
Ok, saya nak teruskan studi.. Studi memasak,.. Studi cara nak mengemas lebih efektif.. Study time management supaya dapat respon pada perkongsian tulus kalian di sebalik sibuk menguruskan rumahtangga…
Studi macam mana nak jadi isteri cerdik yang solehah... Study macam mana nak tabah dalam alam poligami. Study macam mana nak jadi lebih serasi dengan suami, lebih cekap serba serbi, macam mana nak balance perhatian pada suami, pada anak, pada insan lain yang memerlukan… penatnya… penat kan??
Studi macam mana nak jadi isteri cerdik yang solehah... Study macam mana nak tabah dalam alam poligami. Study macam mana nak jadi lebih serasi dengan suami, lebih cekap serba serbi, macam mana nak balance perhatian pada suami, pada anak, pada insan lain yang memerlukan… penatnya… penat kan??
Nak quit???
Tak nak!
Bantulah kami Ya ALLAH.........
Bantulah kami Ya ALLAH.........
7 comments:
tentang bahagia itu menarik sekali~~
hadirnya ble kita ikhlas kerana Dia..Insya-Allah...
>>>bab selesaikan perasaan sendiri pun tak sudah-sudah<<<
suka dengan ayat nih.. seperti terkena batang hidung sendiri.. masih dalam usaha untuk menjaga PERASAAN sendiri agar lebih cerdik.
PerKONGSIan yang sangat menarik dan berguna...
subhanallah.. terkesan dengan ayat ini :
"Tapi bila saya diangkat ALLAH menjadi seorang isteri, jawatan yang mempunyai kunci untuk masuk syurga – fuhhhh….baru tahu langit tinggi rendah. Jawatan isteri ini, perlu rendahkan ego serendahnya kerana ALLAH. Perlu meninggikan akhlak mulia setingginya, kerana itulah yang ditunjukkan Rasulullah SAW untuk mengukir bahagia di dunia dan di syurga."
nak quit... x nak.. so cute ayat ni :)
saya suka baca artikel yg sdri tulis.menyunyik semangat saya.benar mungkin kita seorang perempuan solehah dan suami kita seorang lelaki soleh tapi dalam urusan perkahwinan bahagia itu tidak mudah digapai.terlalu banyak kesakitan dan ujian untuk menggapainya.selari dengan itu juga barulah kita mengenali pasangan kita.walau apapun proses belajar itu seumur hidup dan selagi ditetapkan jodoh
mohon nak share artikel ni dlm fb saya boleh?... banyak sangat nasihat berguna di dalamnya...
as salam.. saya baru sahaja mengikuti penulisan2 saudari di blog ini.. trima kasih Allah kerna kite ditemukan.. byk ilmu yg boleh dimanfaatkn dr penulisan saudari.. teruskn agar byk lg perkongsian ilmu demi kebaikan bersama.. in shaa Allah..
Post a Comment