Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH jika suami kalian
berakhlak baik, bertanggungjawab, berlemah lembut dan mempunyai sikap yang membuat kalian sayang
kepadanya. Mudah-mudahan kalian mensyukuri kebaikannya, dan seterusnya mampu
menerima hasratnya untuk berpoligami jika disuarakan...what..???!! :P
Namun bagaimana untuk membenarkan suami berkahwin lagi jika
suami tak berakhlak mulia? Alasannya, kita tak mahu suami memberi mudarat pula kepada
isteri yang lain. Kita tak mahu suami masuk neraka kerana tak layak jadi pemimpin kepada dua keluarga. Ini antara persoalan yang banyak dikongsi isteri dalam menghadapi dilema poligami. Sebelum kita mendakwa suami tidak berakhlak mulia - maka dia tak layak berpoligami - pastikan kita dapat membuat dakwaan bahawa kita adalah isteri berakhlak mulia.
Jika kita tak mampu merasa diri berakhlak mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka ketepikan isu suami tak berakhlak mulia, sama-sama kita terus fokus membangunkan akhlak mulia dalam diri dan keluarga, samaada berpoligami atau monogami.
Persoalan pertama, bagaimana kita isteri sedia ada ini mampu
terus hidup dengan suami yang dikatakan ‘tidak berakhlak mulia’ itu? Maka
kongsikan tips bertahan dalam rumahtangga itu dengan bakal isteri seterusnya.
Persoalan kedua, apa yang kita telah lakukan sebagai isteri
untuk membantu suami kita meninggalkan akhlak keji dan menggilap akhlak mulia?
Maka kongsikan usaha mengubah suami itu dengan bakal isteri kedua.
Persoalan seterusnya, kita sebagai isteri ‘yang berakhlak
mulia’, sudikah untuk terus mengaurakan akhlak mulia kita kepada suami? Maka
akhlak mulia kita itu, kita sebarkan juga kepada bakal isteri kedua. Moga bakal
isteri itu bermotivasi untuk terus bersama suami dan isteri sedia ada menjadi hamba ALLAH yang lebih
baik.
Maka ayuh kita sama bermuhasabah, telah berapa banyak usaha kita sebagai ‘isteri
berakhlak mulia’ untuk mendakwah dan mendoakan agar suami dikurniakan akhlak
yang baik sebagai pemimpin? Berapa banyak kita telah memberi contoh teladan yang
baik sebagai isteri yang penyayang dan cemerlang ?
Selama bertahun-tahun kita berkahwin, berapa banyak telah
kita menggalakkan, berterima kasih, memuji, memberi sokongan, memberi respon positif atas
sekecil-kecil kebaikan suami? Pesan juga pada bakal isteri seterusnya agar menjadi isteri yang memotivasi dan menghargai seperti kita.
Adakah sujud yang panjang dan tahajjud di hening malam telah menjadi wasilah
ampuh selama bertahun-tahun ini untuk kita menempa kesabaran menghadapi
kelemahan suami? Adakah ALLAH telah mendengar rayuan dan tangisan kita memohon
hidayah dan panduan agar suami menunaikan kewajipan?
Atau kita hanya ke sana ke mari bercerita keburukan suami kepada orang,
memohon simpati agar orang lain juga menafikan hasrat suami untuk berpoligami.
Atau kita banyak menyebut keburukan suami kepada keluarga sendiri dan keluarga
mertua agar akhirnya suami terhalang untuk bernikah lagi. Tanpa menyedari
bahawa kita adalah isteri yang sangat jarang berdoa pada tuhan, sangat lemah
sandaran dan pergantungan kepada tuhan. Sehingga poligami merentap jantung hati
kita yang paling dalam. Yes, tak kira isteri ke berapa sekalipun, ujian perkahwinan boleh merentap ruang hati yang paling dalam.
Wahai isteri berakhlak mulia, nah jika benar telah kita
lakukan segala usaha dan penyerahan jiwa pada tuhan dalam membawa perubahan
kepada suami, kita masih tak mampu –
ayuh kita mengajak bakal isteri kedua atau ketiga atau keempat itu sama-sama membantu
membangun keperibadian mulia seorang suami.
Dengan hadirnya bukan seorang isteri malah dua atau tiga
isteri berpekerti mulia, mudah-mudahan isteri menjadi teman rapat yang penyayang yang selalu
menjadi kekuatan dan peringatan untuk suami memperbaiki hubungannya dengan
ALLAH dan sesama manusia.
Moga kitalah isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat yang
berakhlak mulia itu.
Ini adalah peringatan penting untuk saya dan kita agar
merenung dan memuliakan akhlak diri sebelum hanya berharap memiliki suami yang
berakhlak mulia. Mudah-mudahan setelah bertahun-tahun kita mencari ilmu dan bermujahadah
mencantikkan akhlak, ALLAH memperkenankan hadirnya seorang suami yang melayan
kita dengan baik kerana keindahan pekerti yang kita miliki.
Di luar sana ada sebahagian isteri yang punya suami sangat
baik meskipun jauh dari sempurna, maka suami mereka itulah yang sebenarnya saya seru untuk
mencantikkan poligami. Mereka para isteri itu telah
kenal dan fahami kelemahan dan kelebihan suami, maka itu lebih memudahkan
membantu suami berkahwin lagi. Dan keperibadian isteri yang baik itu juga insyaALLAH
akan mencantikkan poligami yang terpalit banyak kelemahan.
Namun andai suami kita tak sebaik macam 'suami mereka', tak mengapa...teruskan membantu suami berpoligami, jangan berhenti berusaha dan berdoa. Sedangkan mereka pula fikir, 'suami mereka' tak sebaik 'suami kita'... Macam mana tu :D
Hurm...saya asyik nasihatkan para isteri je? Siapa nak nasihat para suami...? :P
Sebenarnya suami tak perlu dinasihat banyak, isteri yang baik secara senyap memberi pengaruh besar untuk suami berubah. Mungkin hanya perlahan, dan bertahap-tahap. Hargailah. Bersabarlah.
3 comments:
kene saling memperingati dan menegur kan?
pn nurul.. sy share entry ni kat page sy tau.. lupa lak nak mintak izin dulu...
maaf ye
sakit sebenarnya untuk mengakui kesilapan dan menerima teguran...
moga kita melakukannya kerana ALLAh :)
Post a Comment