Sunday, August 21, 2011

Pernikahan: Bila Cemburu Datang...



"Kak, kak cemburu tak kalau suami kak tengok perempuan lain…?" tanya seorang isteri.

"Saya tak boleh lah kak, saya cemburu sangat..." sambungnya.

Kita memang wajib cemburu kerana agama - kita cemburu kerana suami menikmati kecantikan wanita selain isteri, kita memang wajar cemburu jika suami melihat aurat wanita lain..

"Akak ada rasa cemburu tak?" tanyanya lagi.

Hmm awak tanya kat akak, awak salah orang kot.. hee.. Kak ni hidup dalam alam poligami, cemburu tu adalah ‘teman’ yang wajib muncul..

Soalan yang sesuai untuk saya, mungkin ialah, banyak mana cemburu yang saya rasa?

Tapi memang benar, cemburu bukan hanya untuk isteri-isteri yang di alam poligami, kalian satu-satunya isteri pun kadang-kadang diserang virus cemburu kan..

"Kalau ada gambar perempuan kat akhbar atau majalah ke, dia mesti tengok lama-lama.. Kalau tengok tv, dia tengok cerita yang ada perempuan cantik-cantik.. mestilah cemburu kak.." teman itu menyambung luahan.

Saya tersenyum simpul mendengar luahannya.

Saya mula membayangkan situasi tempat kerja suami saya yang dikelilingi para pramugari -wanita-wanita cantik yang real, bukan sekadar gambar atau dalam kaca tv (well, cantik itu subjektif)... Dengan tigh fitting dress, belahan kain menampakkan betis gebu dan kadang-kadang sebahagian paha, apakah hati seorang isteri tenang dan senang dengan situasi itu? (hee kita sangka baik ya, suami kita menjaga pandangan...)

Saya teringat sewaktu saya berjumpa seorang teman yang bekerja sebagai pramugari, saya yang perempuan ini pun terpegun tidak berkelip menatap wajah cantiknya.

Bagaimana pula hati seorang lelaki yang acapkali terbang bersama wanita-wanita jelita sepertinya, yang selalu tesenyum ceria dan bergaya..?

(Ohh saya dah rasa cemburu, jadi tak perlu kita bayangkan orang lain, lebih baik kita bayangkan bagaimana kita boleh jadi menarik di mata suami.. Dan berusaha ke arahnya).

Kalian pun mesti ‘ter’ cemburu kan, di ofis suami, saban hari suami berhadapan dengan para gadis dan para isteri orang yang berpenampilan cantik kemas, bau wangi semerbak yang bertebaran apatah lagi bila naik lif sama-sama di pagi hari…

(hurm maybe tak sempat cemburu sebab kalian juga isteri yang sibuk, cemburu susah nak menggoda insan yang sibuk dan menyibukkan diri)…

Adakah kita mampu mengawal semua itu…? Kita tak mampu mengawal suasana kerja suami, atau mengawal gadis-gadis yang berhias di luar sana, kita hanya mampu mengawal dan mengubah diri kita..

Hehe... jadi wahai isteri-isteri (ya, sayalah tu) .. apalagi, sahutlah cabaran Rasul SAW agar para isteri berusaha menjaga deria penglihatan suami - menyenangkan suami yang memandang dengan jaga penampilan, kesihatan, jangan makan ikut perasaan – berusaha jaga badan, bersenam jaga kecergasan...

Senyuman, pertuturan yang menenangkan, belaian dan sentuhan lembut kepada suami – moga ia bukan kita paksakan ke atas diri – namun kita usahakan ikhlas dan lapang hati dalam menjadi isteri yang dicintai suami dan tuhan insyaALLAH..

Moga usaha kita mencantikan akhlak dan penampilan – dapat membantu suami menundukkan pandangan… Dan bila kita sibuk mencantikkan tingkahlaku, kita tak sempat nak cemburukan orang lain. Bila kita sibuk mencantikkan hati dan pemikiran dengan ilmu dan iman, kita tak sempat cemburu..

Ya suami kita bukan malaikat, manusia biasa yang berhadapan dengan lambakan perempuan yang jadi mangsa fesyen tak terkawal . (Fesyen terkawal ialah berfesyen yang menyenangkan suami, fesyen tak terkawal adalah berfesyen untuk semua lelaki di luar... hurm boleh ke guna istilah macam ni..)

Cemburu saya telah lama meredam, sejak saya menginjak kaki di alam poligami. Tapi ia bukan meredam terus, ia tetap ada – tenggelam timbul.

Apa pilihan yang kita ada untuk berhadapan dengan ujian cemburu yang kadang sedikit mencuit-cuit, kadang ia menggebu-gebu dalam perasaan…?

Dalam poligami, cemburu adalah pasti. Hmm cemburu macam mana ya yang saya rasa sebagai isteri kedua…?

Secara umumnya, kadang-kadang kita terasa suami lebih sayang isteri terawal kerana isteri terawal lebih memahami diri suami, lebih mantap dalam menjaga dan melayan suami.. Kita sebagai isteri terkemudian, mungkin juga rasa suami lebih terikat hatinya dengan isteri terawal..

(huhu faham ke istilah isteri terawal dan isteri terkemudian? isteri terawal = isteri pertama, kedua atau ketiga. Isteri terkemudian = isteri kedua, ketiga dan keempat.)

Hee banyak lagi isu-isu cemburu ni, tak perlulah cerita detail ya, apapun supaya kalian semua tahu bahawa perasaan cemburu itu adalah normal, maka kita uruskan dan luruskan rasa itu ke arah tindakan yang ALLAH redha – samaada kita di alam poligami atau tidak..

Ishh ada masanya memang sukar perasaan cemburu ini…, namun sekurang-kurangnya setakat ini saya bersyukur dengan kemudahan dan bantuan ALLAH pada suami dan kami isteri-isterinya untuk ujian ini..

Nanti insyaALLAH seterusnya saya kongsikan, cara-cara untuk kita mengawal cemburu yang hinggap di hati...

Moga bermanfaat :)





3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. Blog ini menyejukkan hati saya :)
Sememangnya saya berdepan dgn perasaan cemburu apabila melibatkan perempuan cantik disamping tunang saya.

Nurul Adni Adnan said...

Alhamdulillah kita mampu merasa cemburu, halakan ia kepada cemburu yang positif ya, insyaALLAH akan memberi hasil dan tindakan yang positif... :)

Anonymous said...

sy dah penah hdup bmadu,setahun 3 bln lbh kurang..,hampir sthun scara rahsia slbihnya baru suami bterus terang..sy menerima seadanya dan redha dgn hakikat itu wpun sukar sgt tp jodoh mrk x panjang,keluarga isteri kedua menentang lalu mrk bpisah..suami kecewa dan sy turut tseksa mlihat kekecewaan itu..stlh bbrp bln blalu,suami tlh sembuh smuladan mula mcr yg baru..fasa ini lbh mengecewakan bl suami x berenggang dgn hphone..semua wanita ingin dikenali..sakit lg hati rasanya..blh tak bg jln supaya sy dpt cr jodoh lain utk suami?supaya suami kahwin dgn pengetahuan sy dan sgala ttg hub suami dgn pmpuan lain bmula dgn sy?puas dah menangis yp suami tak hilang lgsung keinginan utk kawin lg..jd ini mgkin cr tbaik utk berbakti pd suami wpun sukar sgt..

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...