Diri ini yang berbicara tentang akhlak, sesungguhnya banyak lagi akhlak peribadi yang perlu diperbaiki. Dalam liqo' ku bersama adik-adik yang baru menjejak kaki di IPT, yang di garis permulaan meraih pengalaman menjadi daie kampus, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bersama mencantikkan akhlak dalam membawa mesej dan syariat islam yang teramat cantik. Mana mungkin keindahan islam mampu ditonjolkan jika kita tidak menghias diri dengan keindahan akhlak islami..
Senarai akhlak yang ku tulis di sini hanyalah sebahagian dari akhlak yang sewajarnya dimiliki, agar insan-insan yang berada di sekeliling berasa tenang dan lapang.. Teruskan mengkaji akhlak-akhlak yang dipimpin Rasul SAW, teruskan berdoa meminta kekuatan dari ALLAH agar ditunjukkan kepada kebaikan akhlak, dan dijauhkan dari keburukan akhlak...
Renung-renungkanlah ke dalam diri... Adakah kita memiliki ciri-ciri di bawah....
Tidak ada masa/ tidak biasa untuk mengemas meja studi dan bilik tidur…?
Tidak biasa menjaga kekemasan diri dan kewangian badan…?
Tidak biasa mengukir senyuman ikhlas buat teman-teman …?
Tidak biasa menepati waktu…?
Tidak biasa berlemah lembut dengan ibu ayah jua teman-teman…?
Tidak biasa menyiapkan tugasan pada waktunya…?
Tidak biasa menahan marah…?
Tidak biasa berterima kasih…?
Tidak biasa meminta maaf dan memberi maaf…?
Tidak biasa berbaik sangka…?
Tidak biasa menahan diri dari mengumpat…?
Perhatikanlah akhlakmu.. Berhati-hatilah jika dirimu memiliki banyak akhlak seperti di atas, berusahalah perbaiki.. Kerana seorang pelajar muslim yang mukmin seharusnya…
Menjaga kekemasan dan kebersihan meja studi dan bilik tidur
Menjaga penampilan diri dan memelihara bau badan
Membiasakan bermanis muka tatkala bertemu teman-teman
Bersungguh-sungguh menepati waktu dan memenuhi janji
Menghadapi ibu bapa dan teman-teman dengan hikmah dan berlemah lembut
Ihsan dan itqan dalam menyiapkan tugasan
Mendahulukan kesabaran dari kemarahan
Mudah berterima kasih, kerana selalu menghitung kebaikan dari teman-teman
Mudah memberi memaaf jua mudah meminta maaf
Menghapuskan prasangka buruk, mencari jalan mendapatkan penjelasan
Memelihara lidah dari ucapan yang sia-sia, menjauhi umpatan
Selamat memuhasabah...
No comments:
Post a Comment