* Di atas adalah sebahagian dari tujuan yang ingin dicapai dari proses pentarbiyyahan yang konsisten. Namun SEGELINTIR mereka yang tidak memahami akan melihat aktiviti agama sebagai ancaman yang membimbangkan. Namun, sebelum menyalahkan mereka yang tidak faham, adakah kita telah faham ke arah mana kita menuju....?*
Di suatu ketika beberapa minggu yang lalu...
“You buat kesalahan..masuk sembunyi-sembunyi ke kawasan kampus..”
“You bawak fahaman yang salah.. you bawak ajaran yang memecahbelahkan pelajar…”
“You ikut kumpulan XXX..kan…?”
“You ajar tak payah baca yasin malam jumaat, tak doa lepas solat, tak tahlil,bla..bla..bla…”
“You melanggar akta…tak boleh berkumpul melebihi 3 orang”
“Apa kelulusan you, you ada kelulusan agama ke..?
“Dah lama I cari you, baru hari ni jumpa…”
“You dalam pemerhatian pihak keselamatan…”
“You salah, makan-makan dalam surau…”
Suatu petang yang cerah dan damai, beberapa minggu lalu, kehadiran saya di sebuah kolej kediaman pelajar di salah sebuah IPT dipertikai oleh seorang pegawai yang juga menghuni di kolej yang sama. Ketika itu, saya baru sahaja ingin memulakan usrah bersama beberapa orang adik-adik di kolej tersebut, namun saya terlihat isyarat tangan pegawai itu meminta saya keluar. Dan di atas adalah sebahagian dialog yang diucap.
Saya agak kesal dengan ucapan dan pertanyaan-pertanyaan beliau yang bernada provokasi, namun harus saya akui ada kesilapan-kesilapan saya yang harus diperbetul.
Mudah sekali memberi label negatif pada orang lain, mudah sekali menggolongkan orang lain dalam kelompok yang salah..
Saya lantas memohon maaf kerana makan-makan di dalam surau. Dan memohon maaf seandainya benar tindakan saya berada di kolej adalah salah.
Dan saya sebenarnya tidak merasa bersalah [walau saya ada juga salah], kerana saya berada di situ pada masa melawat, saya masuk secara terang-terangan di pos pengawal, meninggalkan IC, memberitahu saya ke surau..hmm.. Saya juga menerangkan serba sedikit 'ajaran' yang saya bawa, dan cuba memberi jawapan atas soalan-soalan yang ditimbulkan... Alhamdulillah akhirnya pegawai itu kelihatan menerima penjelasan saya..
Dan saya sebenarnya tidak merasa bersalah [walau saya ada juga salah], kerana saya berada di situ pada masa melawat, saya masuk secara terang-terangan di pos pengawal, meninggalkan IC, memberitahu saya ke surau..hmm.. Saya juga menerangkan serba sedikit 'ajaran' yang saya bawa, dan cuba memberi jawapan atas soalan-soalan yang ditimbulkan... Alhamdulillah akhirnya pegawai itu kelihatan menerima penjelasan saya..
Saya sempat berpesan pada diri, tidak usah beremosi celaru dan melulu dalam hal sebegini. Jika benar diriku dan kalian mengusung panji dakwah dan tarbiyyah, bertindaklah dengan matang dan hikmah.
Pegawai itu hanya menjalankan tugasnya memantau segala aktiviti pelajar, dan beliau bertanggungjawab mengambil solusi dalam memastikan keharmonian terjaga bilamana ‘fahaman agama yang salah’ yang makin tersebar meletakkan para pelajar dalam kekeliruan.
Jadi untuk kalian yang meletakkan diri di barisan mereka yang bergelar student daie...
…adakah kalian menyampaikan kebenaran yang diturunkan ALLAH dan mengikut petunjuk Rasul SAW…, atau kalian menyampaikan hanya apa yang kalian dapati dari grup, jemaah, aliran dan fahaman yang kalian ikuti, tanpa kalian jelas dengan sumber dan rujukannya?
…adakah kalian menyampaikan kebenaran dengan ilmu, kematangan dan perancangan atau kalian meniti jalan dakwah dan tarbiyyah hanya dengan semangat beragama yang mengikut emosi melulu…?
Inilah antara persoalan penting yang harus dileraikan suapaya keberadaan kita dengan niat suci untuk menyumbang pada pembinaan ummah, malangnya membawa fitnah kerana kematangan yang rendah dan kefahaman yang sangat rendah tentang perjalanan dakwah dan tarbiyyah..
Wah…adakah ini bermakna saya tidak melakukan kesalahan, seolah-olah saya tersangat arif lagi luas pengalaman tentang dakwah dan tarbiyyah..?
Tidak sama sekali. Saya masih merangkak memahami nilai hidup yang saya pilih – kualiti dan destinasi hidup adalah pada jalan dakwah dan tarbiyyah. Saya juga sedang bersakit-sakit untuk istiqamah menegakkan islam sepenuhnya dalam diri dan pada orang lain. Ini adalah perkongsian muhasabah untuk diri saya dan kepada kalian, harap ada manfaatnya. Kita sama-sama belajar untuk jalan dakwah yang sulit dan panjang. Kita akan banyak tersilap, kita masih banyak perlu mendalami ilmu, kita masih jauh perlu berjalan dan merasa sakit menempuh arus dakwah untuk lebih matang dan hikmah meghadapi realiti yang mengelilingi ummah.
Ayuh teman-teman, perbaikilah dirimu dalam mencari redha ALLAH, dan serulah diriku dan orang lain untuk memperbaiki diri dalam perjalanan bertemuNYA.
No comments:
Post a Comment