Mama sedang membelek beberapa barang-barang baby di shopping mall itu..tiba-tiba terlintas di hati..
“ Mama dan papa alhamdulillah mampu sediakan semua keperluan fizikal saya.. mama boleh pilih barang-barang berjenama mahal atau yang biasa-biasa untuk menyambut orang baru ni... namun apa yang mama dah sediakan untuk keperluan fitrah suci saya sebagai anak…?”
Detik hati itu memberhentikan mama dari terus asyik melihat-lihat keperluan-keperluan untuk si comel..
“Panjang shopping list mama untuk newborn baby…., tapi apa list mama untuk keperluan ruhiyyah saya melalui kehidupan di dunia yang mencabar ini..?”
“…Mama excited dengan barang-barang baby yang comel, untuk menyambut kehadiran saya as baby yang comel… namun adakah jiwa insan comel ini akan bahagia dan tenang jika mama tidak excited menjadi ibu yang solehah..?”
“…Mama tak lenguh window shopping untuk saya.. apakah seperti itu juga kaki dan tubuh mama tak jemu beramal soleh untuk keluarga dan ummah..? Seperti itu jugakah kaki dan tubuh kuat untuk bermunajat di sepertiga malam…?”
“Mama.. terima kasih berusaha menyediakan segala keperluan dan kelengkapan saya.. Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAh yang memberi kelapangan rezeki pada mama dan papa hingga boleh meraikan kehadiran saya dengan seadanya… namun mama jangan lupa, anak comel yang mama nantikan ini boleh saja menjadi ujian hebat pada kalian satu hari kelak…”
“..Mama yang dikasihi, ayuh dalam keterujaan membina keluarga, kita terus istiqamah membina iman dan taqwa dalam diri.. Ayuh memuhasabah hubungan kita dengan Pencipta.. Ayuh mendekatkan diri pada tuhan, agar kita tidak tersasar jauh dalam perjalanan ke kediaman sebenar kita di akhirat..”
“..Mama, dunia ini hanya persinggahan untuk saya kan…? Mama bimbinglah saya memanfaatkan dunia yang menjadi jambatan untuk saya meraih syurga.. Mama bimbinglah saya menjadi anak yang mampu meraih syurga dengan bakti saya pada mama dan papa.. Mama didiklah saya mematuhi ajaran ALLAH dan Rasul, agar kelak saya menjadi pewaris meyampaikan keindahan islam, agar kita menjadi khalifah yang benar-benar membantu mengharmonikan bumi ini…
….Ohh anak…di manakah diriku di hadapan tuhan….??
2 comments:
future solahuddin al-ayubi..makja waits u..
terpanggil membaca blog saudari selepas terpandangnya di blog k.ina (nuraslina jusin. bagus entry ni..kebetulan saya pun sedang mengandung anak ke-4.
Post a Comment