Suasana di dalam library |
Alhamdulillah minggu pertama tiba di Perth, Aina sahabat saya membawa kami antara lain, ke perpustakaan di sini, di area Rivervale/Belmont. Perpustakaan itu saiznya kecil berbanding Perpustakaan fevret kami di PPAS Shah Alam :) tapi masyaAllah kuantiti dan kualiti buku di library ini mengujakan saya..
Ada ruang buku yang boleh diambil percuma dan ada ruang buku kanak kanak yang dijual semurah 1aud atau 50cent :D apalagi saya borong lah.. harapnya baca ya mama..
Boleh pinjam dvd menarik samaada untuk tontonan dewasa atau kanak kanak. Library ini terasa tenang dengan kesenyapan dan kebersihannya. Juga teratur dan ringkas hiasannya.
Hari ini saya datang ke library buat kali kedua, pulangkan 13 buah buku yang kami pinjam dua minggu lepas..ada satu buku hilang hee takpe masih ada masa nak cari..antara buku saya pinjam ialah buku untuk mengenali australia atau western Australia ini khususnya..
Terima kasih Abdullah dan Abdurrahman temankan mama hari ini.. yang menariknya juga, sebelah library ini ada museum dan playground yang sangat menyeronokkan anak anak..alhamdulillah.. tempat untuk PE Anak anak yang roadschooling ini :D
Ya Allah tambahkanlah ilmu kami..
Ya Allah kuatkanlah dan sihat kanlah tubuh badan kami ..
Epsod baik dan baca buku sebelum episod berebut toys :D |
Di hadapan library |
No comments:
Post a Comment