Wednesday, June 6, 2012

Pentingkah POLIGAMI dalam Islam...?




"Sejauhmanakah 'KEPENTINGAN' poligami dalam islam dan dalam baitul muslim untuk membantu perkembangan dakwah sesuatu jemaah?"

Begitulah bunyinya antara soalan yang tiba ke inbox saya.

Sekadar kefahaman saya, sejauhmana kepentingan poligami di dalam islam ialah sejauhmana kefahaman individu yang menikah tentang misi dan visi rumahtangganya. Bernikah, antara lain ialah untuk melahirkan zuriat - dan kita mahu melahirkan generasi yang membina peradaban di atas landasan islam.

Pernikahan- poligami atau monogami - juga adalah wasilah atau alat pengabdian diri kepada ALLAH. Wasilah yang dikurnia sejajar fitrah dalam membina generasi muslim yang menyebarkan risalah ALLAH dan Rasul SAW.

Maka secara umumnya, pada pandangan saya, samaada poligami akan membawa kebaikan kepada agama atau tidak, sangat bergantung kepada KITA – individu muslim - bagaimana memanfaatkan monogami atau poligami.

Jom bertanya pada diri sendiri, adakah kita bernikah untuk membina keluarga yang beriman, hingga unit-unit keluarga ini akhirnya melahirkan rakyat dan pemimpin yang soleh? Yang angkat mengangkat syiar agama ALLAH?

"Adakah ia (poligami) membantu perkembangan dakwah sesuatu jemaah?”

‘Jemaah’ antara lain adalah medan untuk kita bersinergi dalam mengajak manusia kepada ALLAH. Untuk kita berkumpul bersama menyusun dan meluruskan orientasi dakwah dan tarbiyyah. Di dalam jemaah, adalah insan-insan yang sefahaman hala tuju dan peranan yang perlu dimainkan untuk menyebarkan agama yang suci ini. Maka perkahwinan juga menjadi agenda jemaah, menikahkan pasangan yang sama fikrah ini untuk menambahlancarkan misi dan visi yang ditetapkan.

Dari sedikit yang saya tahu, dimaklumi bahawa jumlah muslimat yang mencari pasangan melalui Baitul Muslim jemaah masing masing adalah jauh lebih tinggi dari jumlah lelaki yang didapati mengambil langkah yang sama.

Kita mungkin muslimat yang telah selamat bernikah, mempunyai suami sang pendamping peneguh hati, mempunyai anak-anak yang menjadi penyejuk jiwa – maka apa pula yang dilalui oleh saudara muslimat yang menanti kehadiran suami?

Ya, saudara muslimat yang bujang kebanyakannya tidak mahu ‘mengganggu’ rumahtangga kita bersama suami yang baik, dan sesungguhnya amat besar cabaran untuk kita menukar rumahtangga monogami kepada poligami.

Namun jika ingin teman jemaah kita bernikah dengan lelaki yang sefikrah dan telah memahami kepentingan dakwah dan tarbiyyah, maka sudikah kita berkongsi suami, berkongsi rumahtangga yang telah kita bina di atas nama dakwah ♥

Persiapkan diri kita, bantu suami mempersiapkan diri dan moga usaha kalian menjadi titik tolak untuk teman-teman jemaah yang lain mengikutinya. Sepertimana proses taaruf kalian dilaksanakan dengan baik, dimusyawarahkan hingga akhirnya menggapai pernikahan – moga begitu juga permulaan rumahtangga poligami yang dibina.

Moga keikhlasan dan kesungguhan teman-teman muslimin dan muslimat untuk membina monogami dan poligami membawa hasil yang manis untuk keluarga dan masyarakat islam seluruhnya.

Demikianlah sedikit pandangan dari insan yang masih bertatih menongkah arus kehidupan.

9 comments:

UmmuKhadijah said...

Assalamualaikum kak adni..sudah lama sy jadi silent reader blog akak..baru kali ini tergerak hati ingin mencoret..sungguh catatan akak kali ni mencuit hati saya..
Bukan tidak pernah terfikir kebaikan poligami untuk jemaah..namun nafsu selalu menang bila bertelagah dengan akal dan iman..
Bukan sekali berdiskusi hal ini bersama teman2 namun ego menjadikan diskusi berlalu sia2 tanpa resolusi..
sungguh ia amat berat..doakan saya mampu menempuhimya juga..

Anonymous said...

Assalam..
Bagaimana dengan penulis? Sudikah berkongsi suami?

Bloody Rosie said...

Salam. Sy dipertemukn dgn blog puan ketika saya serabut mencari jawapan mengapa dan bagaimana poligami dibenarkn dlm Islam. Tulisan puan terkesan dihati terutama bila puan nyatakan jangan biar perasaan dan emosi mengawal fikiran; kembali kpd alQuran dan sunnah. Sy kini dpt terima kehadiran bakal madu dgn tenang dan redha, terima kasih puan. Teruskan mendidik saudari2 muslimat ttg kebaikan dan kelebihan berpoligami

Bloody Rosie said...

Salam. Think you should the rest of her entries. She is curently in a polygamy marriage.

Anonymous said...

Alangkah indahnya andai ramai wanita berfikiran begini... Sy x pnah termimpi utk menjadi perosak rumahtangga saudara2 sy sendiri namun ditakdirkan sy bertemu dgn seorg lelaki yg telah beristeri.. 3 bulan slps perkenalan kami, dia melahirkan rasa suka dan ingin menjalinkan hubungan kami secara halal.. walaupun hakikatnya kami tidak pnah bersua muka.. permintaan sy di awl hubungan kami - perlu minta izin dan restu drpd isterinya kerana sy bukan shj perlu terima dia malahan seluruh ahli keluarganya.. tp disebbkan pendirian isterinya yg keras menghalang dan minta dia memilih antara 1.. akhirnya kami akur dan perasaan cinta kami simpan didalam hati..semoga 1 hari nnti Allah makbulkan impian dan niat suci kami..

Anonymous said...

Poligami adalah satu simpang di jln lurus...bkn mudah nk memasuki simpang itu semudah susunan ayat..poligami perlu dilihat dr semua sudut..perlu dikaji rasional penolakan dan penerimaan. la dharar wa la dhirar adalah kaedah yg blh kita halusi.jika mudharat lbh byk mengapa perlu tempuh.sb tu islam sgt tidak setuju dgn phububgan cinta sblm kawin krn byk mudharatnya..matlamat tidak mghalalkn cara.niat ingin bina rumahtangga dan berjemaah ttp bhubung mggunakan kata syg dan cinta pd yg tidak halal..bckp dgn yg bkn muhrim dgn suara lembut ditgh mlm..kmudian mndakwa itu niat suci..sdgkn igtlah ada hadis melaknat perempuan yg mnjdi perampas suami org..kalau kaedahnya syarie,kmmpuan diakui,keadilan ditunjuki sy yakin ramai muslimat akn tampil menawarkan suami..

Unknown said...

Berkongsi suami adlh satu kemanisan sebenarnya
Sy sendiri bermadu dan baik dgn semua madu2
Rindu menanti kepulangan suami membuatkn rasa cinta pd suami tak pernah pudar, begitula sebaliknya

Unknown said...

Bermadu adlg suatu kemanisan

Unknown said...

really agree...manusia yang misalnya batuk, akan tahu menilai PENTINGnya ubat batuk itu bagi dirinya. akan tetapi, janganlah pula kita yang tidak batuk ini mengambil ubat batuk, dan jangan pula membuangnya kerana kita tidak batuk. mana lah tau, suatu hari nanti kita pula yang batuk.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...