Hari hari yang baik di bumi Madinah. Hanya saja, hidungku yang bocor (selsema) menyebabkan tidak boleh berlama lama di bawah langit terbuka sepertimana pengunjung Masjid Nabawi yang menikmati rehat dan ibadah di perkarangan masjid. Udara terasa amat sejuk menusuk hidung.
Kadang terasa tidak percaya ALLAH izinkan sampai di sini. Alhamdulillah. Teramat syukur perjalanan datang ke Madinah ini dipelihara ALLAH seperti dalam entri pertama musafir umrah.
Berada di rumah ibadah ini membuatkan hati terasa ingin terus di sini selamanya - jauh dari fitnah dunia. Hanya solat, baca quran, zikir lisan, berhenti makan dan minum air zam zam...
Namun sedar bahawa kita ini bukan sekadar hamba yang perlu rukuk dan sujud. Kita juga punya tanggungjawab sebagai khalifah - mengajak kepada kebaikan, melarang dari keburukan. Perlu menyumbang untuk membangun kehidupan dunia yang harmoni.
Maka, masa di dalam masjid dan di luar masjid perlu diseimbangkan agar kita benar benar memanfaatkan semua potensi seorang insan yang dianugerahkan tuhan.
Kami berkesempatan berziarah sekitar Kota Madinah. Ke Masjid Quba. Ke Pasar Kurma. Ke Jabal Uhud.
Perjalanan panjang KL - Jeddah - Madinah terasa melelahkan apatah lagi dengan kesihatan saya yang kurang baik. Hanya berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk saya melakukan ibadah wajib dan sunat.
Selepas solat fardu, kadang kami berjalan window shopping. Wah... ujian berat untuk jemaah umrah dan haji kerana memang terlalu banyak pasar, bazar dan shopping mall di sekeliling masjid -yang mana kita maklum kaum wanita menjadi target group :O
Apatah lagi memang mudah berkomunikasi untuk urusan jual beli, orang Madinah dan Makkah bisa ngomong bahasa Melayu :D
Jika tidak berhati hati, dalam masa beberapa hari boleh habis ratusan ringgit malah ribuan...
Tempat shopping pertama saya dan Aishah ialah kedai bukuuuuu... Alhamdulillah kami bawa duit cukup cukup, jadi perbelanjaan agak terkawal :]
Selain itu, satu perkara yang begitu saya hargai ialah perjalanan umrah ini menemukan saya dan kita semua dengan saudara Muslim dari seluruh pelosok dunia.
Pelbagai background jemaah memenuhi luar dan dalam masjid terutama menjelang waktu solat. Muda, tua, kulit putih, kulit Hitam, pelbagai bahasa dituturkan, pelbagai jenis pakaian dan penampilan... bahagianya merasakan bahawa Islam ini sesungguhnya adalah agama untuk semua.
Makcik makcik dari Turki adalah antara yang paling peramah dan berwajah manis... Pemurah pula memberi makanan ringan pada anak-anak kecil yang ditemui...

:: Anakanda Abdullah seronok berjalan-jalan di perkarangan Masjid Nabawi :: |
:: Di sekitar Jabal Uhud :: |
posted from Bloggeroid
2 comments:
seronok dengar cerita mereka yg berada kat sana. mak & suami liya pun ada kat madinah skrng ni. bila baca entry akk ni buatkan liya rs nak pergi sana je sekarang ni. moga segala urusan di sana dpermudahkan .. ^_^
semoga Allah mengurniakan nurul umrah mabrur.. amin
Post a Comment