Jadilah isteri proaktif, sebagai elemen penting untuk terus menghidupkan suasana rumahtangga yang harmonis.
Be proactive.
Saya mengenali istilah ini di zaman kampus dulu, sewaktu
seorang sahabat baik saya mengajak saya mendalami buku Steven Covey yang
bertajuk 7 Habits Of Highly Effective People. 'Jadilah proaktif' adalah habit pertama yang penting. Saya kemudiannya mendapat pendedahan
seterusnya tentang 7 habits dari islamic approach yang dikupas oleh Ustaz
Hasrizal, saifulislam.com.
Menjadi pemuda pemudi kampus memerlukan kita peka kepada
situasi masyarakat kampus untuk kita membangun potensi diri, malah ingin turut
sama membangun potensi dan kebaikan pada diri orang lain. Orang yang proaktif
tidak mudah menyalahkan keadaan negatif yang berlaku di sekeliling, namun
melihat pada diri sendiri – apa yang kita boleh lakukan untuk mempositifkan
keadaan.
Reaktif adalah lawan kepada proaktif. Orang yang reaktif
mudah menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku. Malah mudah menjadi mangsa
keadaan kerana cara berfikir yang ditentukan oleh faktor luaran.
Contoh popular yang sering diberi tentang proactive ialah
seorang anak tertumpahkan air di pagi hari di meja makan. Si ayah marah-marah
kepada anak. Kemarahan ayah kepada anak menyebabkan anak itu menangis. Si ibu
yang turut berada di situ juga berasa tidak seronok kerana suasana telah
tegang. Kemudian si ayah pergi kerja dengan rasa marah.
Reaksi seorang ayah yang proaktif ialah, menenangkan dirinya
dahulu – bahawa anaknya tidak sengaja tertumpahkan air. Berterima kasih pada si
isteri yang telah segera mengelap air yang tumpah. Dan menasihat anak (dan
semua yang di meja makan agar lebih berhati-hati). Maka si ayah keluar pagi itu
ke tempat kerja dengan tenang.Tindakan proaktif yang dilakukan ayah adalah mengingatkan
anak untuk lebih berhati-hati, di sebalik memilih untuk terus marah-marah. Kalau marah pun, air sudah tertumpah kan? Apakah mahu memburukkan suasana dengan marah-marah?
Menjadi seorang isteri di zaman tanpa wayar, terlalu banyak cabaran berumahtangga
yang mendatangi hinggakan isteri mudah berasa makan hati, sedih, kecewa, atau
yang lebih serius - mungkin berasa murung yang berpanjangan.
Saya juga sama seperti kalian, berada di zaman yang mana
perkahwinan telah menjadi lebih complicated berbanding zaman datuk nenek kita. Waktu
zaman mereka - tak ada shopping mall, tak ada mega sale, tak ada Passat, mereka hanya jalan kaki berkilo-kilometer – jadi tak ada sangat isu duit tak
cukup bila hujung bulan (kurang gaduh, kurang hutang, kurang tekanan). Tak ada tiga almari pakaian, kasut dan handbag macam
kita..
Datuk nenek tak ada PJJ (perhubungan jarak jauh). Kalau adapun, beberapa kerat saja. Kebanyakannya duduk satu kampung. Sekarang, kita terpisah kerana tuntutan studi di kampus atau berbeza negeri tempat kerja. PJJ suami isteri memberi extra konflik kepada hubungan suami isteri yang sememangnya menuntut komitmen tinggi dan kerja keras...
Datuk nenek tak ada PJJ (perhubungan jarak jauh). Kalau adapun, beberapa kerat saja. Kebanyakannya duduk satu kampung. Sekarang, kita terpisah kerana tuntutan studi di kampus atau berbeza negeri tempat kerja. PJJ suami isteri memberi extra konflik kepada hubungan suami isteri yang sememangnya menuntut komitmen tinggi dan kerja keras...
Maka kita juga perlu berjuang menjadi isteri yang proaktif - istilah yang mungkin opah saya dulu tak pernah dengar kerana zaman opah dulu
belum ada Google dan Facebook. Isteri yang proaktif penyelesai masalah, dan melihat positif di sebalik masalah yang menerkam, bukan hanya menyalahkan zaman.
Cabaran masa antara cabaran yang menguji keharmonian
rumahtangga. Hidup kita lebih lama di ofis dan di atas jalan dari di rumah sendiri. Ohh saya juga seperti kalian yang suka ada suami selalu, suka
spend time dengan suami, bangun tidur, nak lelap tidur…. Mahu suami saja.. (Eleh keciknya cabaran saya kan hihi)
Maka sebagai isteri proaktif, kita bukan sekadar salahkan masa yang memang tak pernah
cukup. Namun melihat apa ruang yang ada untuk kita mencipta masa.
Kenalpasti keperluan
sendiri kepada suami dan komunikasikan. Mencari jalan memanfaatkan teknologi sebagai alternatif
mendekatkan diri kepada suami. Mencukupkan diri dan bersyukur dengan masa singkat yang ada dengan
suami. Menguatkan harapan dan motivasi diri untuk hidup bahagia di syurga nanti -
tempat yang mana masanya adalah kekal selamanya tanpa gangguan.
Bila suami tak romantik, apa usaha isteri proaktif untuk membantu
menghidupkan suasana romantik dalam rumahtangga...? Sekarang kita dah jadi
pasangan yang halal - adakah kita memanfaatkan ruang kemesraan, kemanjaan,
keintiman atau kita hanya duduk menunggu suami mendekati kita…?
Komunikasikan bentuk
kemesraan dan perhatian yang diinginkan, dan diri sendiri lah yang memulakan menjadi isteri
romantik... Jadilah isteri yang
seronok didekati dan dimanjai. Belajar juga cara berhikmah untuk membangunkan
semangat romantik dalam hati suami.
Sebab sebenarnya memang setiap lelaki ada jiwa pengasih dan
romantik yang terpendam, jadi adakah kita seorang isteri telah berusaha menjadi pencinta yang
baik hingga suami terdorong untuk berkasih mesra beromantika dengan kita? Tak, suami tak akan ada mood romantik kalau isteri asyik nampak kesalahan suami, asyik komplen suami suka sepah rumah, asyik marah suami main games lama-lama, asyik soal siasat suami kat mana, buat apa... :D (laa abis tu nak buat macam mana kalau dah memang suami macam tu...????)
Apa pula definisi romantik bagi isteri...? Bagi 14 kuntum bunga di Hari Kekasih..? Atau menyanyikan lagu cinta sebelum tidur? Atau apa... :D Jangan bagi pening kepala suami dengan ungkapan, "Abang ni tak romantik lah..." Kerana romantik itu beragam bentuknya, hargai setiap kebaikan dan perhatian yang diberi suami sekalipun hati tak rasa terbuai macam menonton cerita Nora Elena dan Seth..(eh cerita apa tu...???)
Apa pula definisi romantik bagi isteri...? Bagi 14 kuntum bunga di Hari Kekasih..? Atau menyanyikan lagu cinta sebelum tidur? Atau apa... :D Jangan bagi pening kepala suami dengan ungkapan, "Abang ni tak romantik lah..." Kerana romantik itu beragam bentuknya, hargai setiap kebaikan dan perhatian yang diberi suami sekalipun hati tak rasa terbuai macam menonton cerita Nora Elena dan Seth..(eh cerita apa tu...???)
Ujian kewangan - jangan biarkan diri terus tertekan
dengannya. Ayuh menjadi isteri yang proaktif, mencari ruang di mana kita boleh
berjimat atau cut cost. Jika tidak boleh berjimat lagi, memang dah habis jimat,
perlu berusaha mencari pendapatan sampingan. Seperti pesanan teman saya kepada
saya yang kadang terlebih belanja,
samaada kurangkan perbelanjaan atau mencari lebih pendapatan – barulah cukup
wang hati tenang.
Dua-dua keadaan pun susah, jadi inilah kehidupan - tak pernah
berhenti dari ujian :D
Jika suami tak bagi duit cash sebagai nafkah, maka
proaktiflah dengan cara halus mulus meminta suami membelikan keperluan rumah, makan minum atau pakaian.
Usah duduk menunggu dan memendam perasaan. Proaktif memahami kekangan suami yang sememangnya rasa terbeban dengan ujian kewangan.
Isteri yang proaktif memilih dan memutuskan perasaannya
dengan cara yang benar dan wajar. Mendidik hati dan pemikiran untuk melihat
positif di sebalik ujian besar yang melanda. Ya, perasaan itu satu keputusan...
(haa..perasaan itu keputusan???) Keputusan kita untuk merasa bahagia atau derita, tiada siapa yang boleh merosak dan merampas keputusan kita. Hanya ALLAH yang maha berkuasa.
"Saya happy walau suami saya selalu tak ada sebab…"
"Saya happy jaga anak-anak seorang diri tanpa suami sebab…"
"Saya happy tinggal serumah dengan mertua sebab..."
"Saya happy berada di alam poligami sebab..."
"Saya happy suami saya ada isteri-isteri lain sebab..."
"Saya bersyukur setelah bercerai sebab..."
"Saya bersyukur tidak dapat melanjutkan pelajaran di
kampus sebab ALLAH memberi ruang yang
luas belajar di universiti kehidupan, belajar di muka bumi untuk terus
mengangkat potensi diri sebagai hamba dan khalifah."
"Saya happy traffic jam sebab saya boleh habiskan mendengar
kuliah Prof Muhaya dalam kereta..."
"Saya happy hari hujan sebab..."
"Saya happy hari panas sebab..."
Orang yang proaktif mencari alasan untuk merasa gembira dan bahagia di sebalik apa jua cuaca dan suasana :).
Isteri yang proaktif akan mencipta dan mengusahakan
perkahwinan yang bahagia, bukan sekadar menunggu perkahwinan membahagiakan
dirinya. Sama sekali tak akan pernah jadi begitu J
Isteri proaktif berusaha mengenalpasti apa tips-tips penting untuk mempertahankan
perkahwinan, dan seterusnya mencari kekuatan untuk melaksanakannya.
Isteri yang proaktif mengenalpasti apa cara efektif untuk meruntuhkan
rumahtangga atau hubungan suami isteri, dan berusaha sama sekali untuk
menghindarkannya.
Kita bukan sekadar tertanya-tanya dalam kesedihan; kenapa suami menjauhi diri
kita, atau beralih arah dalam cinta dan perhatian – namun merenung diri
sendiri, apa kekurangan dan kesilapan yang telah kita lakukan. Apa pula
ciri-ciri seorang isteri yang seorang suami admire and never want to leave, supaya kita boleh upgrade segenap
penampilan dan perilaku diri.
Dalam kita menangis pada ALLAh merayu jalan keluar untuk
ujian rumahtangga, jangan lupa muhasabah adakah kita telah menjadi isteri yang proaktif mencari redha ALLAH. Hingga ALLAH berkenan mengabulkan permintaan dan
harapan kita. Sudahkan kita benar mentaati dan mencintai ALLAH hingga ALLAH
menjaga dan merahmati segenap kehidupan ini...
Orang yang proaktif bukan mangsa keadaan. Saya tidak mahu
jadi mangsa kepada kejauhan saya dan suami. Saya tidak mahu jadi mangsa kepada alam poligami yang kini makin bercambah di bumi Malaysia :D
Saya tidak mahu menjadi mangsa
kepada zaman yang menghamburkan banyak cabaran pada rumahtangga.
Sekalipun cabaran tak berhenti menduga, orang yang proaktif tak putus asa dengan rahmat Tuhannya. Gembira dan duka silih berganti, orang yang proaktif merasa terbaik dalam semua keadaannya.
Fuhh... mudah je cakap :D
Tak apa, kita sama-sama berusaha ya..Jadikan pesanan Rasulullah SAW dalam hadis ini sebagai motivasi hidup di dunia :
“Sungguh menakjubkan
urusan orang yang beriman, semua urusannya adalah baik belaka. Sikap demikian
tidak siapapun yang memilikinya kecuali orang yang beriman. Sekiranya ia
mendapat kesenangan, lalu ia bersyukur, maka sikap yang demikian itu baik
baginya, dan jika ditimpa kesusahan, lalu ia bersabar, maka sikap yang demikian
itu juga baik baginya. Dan jangan hendaknya mati salah seorang dari kamu
melainkan ia berbaik sangka terhadap Allah”.
[HR Ahmad, Al-Baihaqy dan Imam Ahmad]
Kesimpulannya, orang proaktif lebih banyak
bertanya pada diri sendiri apa yang boleh dia buat, apa pilihan yang dia ada
dan tindakan macam mana yang boleh dilakukannya. Sedangkan orang yang reaktif,
lebih suka menuding jari kesalahan kepada orang lain, bukan dirinya sendiri.
Orang-orang
yang proaktif lebih bertenang dan bijak mengawal emosi. Tidak mudah
melenting mahupun 'meletup'. Berfikir sebelum bertindak. Mengelak
dari sikap suka mengeluh. Yakin sentiasa ada pilihan selagi mana dia
inginkannya. Menganggap masalah sebagai cabaran. Melihat aspek
positif dalam musibah yang melanda. Bertanggungjawab.
Mudah-mudahan sikap ini berusaha kita membinanya dalam diri kita :)
(Kesimpulan dari : http://shueqry.blogspot.com/2008/04/ciri-ciri-orang-proaktif.html)
1 comment:
nak jadi isteri yang proaktiflah :)..
mcm senang.. TAPI.. x sesenang ape yg diungkap.. bile kjite rs baru kite tahu kan?
:) terima kasih.. nukilan yang bermakna buat sy yg baru meniti hidup..
Post a Comment