Friday, February 10, 2012

Psikologi Suami Isteri... It's not easy

:: Bukan mudah mempelajari dan memahami psikologi pasangan, kerana manusia adalah ciptaan ALLAH yang kompleks buatannya. Namun dengan keikhlasan dan kesungguhan menghidupkan pernikahan, hati dan pemikiran suami isteri akan mampu disatukan ::

InsyaALLAH dalam lembaran kali ini, saya cuba berkongsi pandangan berkaitan poligami seperti ditanya sahabat pembaca sekalian. Isu spesifik yang ditanya itu adalah, "Bagaimana suami boleh bernikah lagi jika suami tak pandai memahami psikologi isteri?"

Ohh ini satu persoalan yang sangat menarik.  Sebelum kita bertanya tentang suami, adakah kita sudah bertanya diri sendiri.. "Adakah saya faham psikologi suami, yang hampir semuanya cenderung kepada poligami?"

Opps saya bukan ahli psikologi, jadi pandangan ini tidak usah diguna pakai jika anda meragui kesahihannya :D

Mungkin saya boleh bagi analogi.

Siapa kat sini isteri yang dah menjadi seorang ibu, angkat tangan?

Bila dapat anak pertama, anak itu menjadi eksperimen segala teori parenting dan tarbiyyah (pendidikan) yang diketahui. Bila dapat anak kedua, seorang ibu tentunya lebih matang dan lebih kreatif mengurus anak-anak. Masuk anak ketiga, keempat, dan seterusnya…para ibu telah semakin masak dengan kerenah anak-anak. Dan insyaALLAh para ibu semakin cekap dan semakin matang sebagai ibu.

Kalau kita rasa suami kita tak faham karakter dan psikologi seorang wanita, boleh tak kita berbesar hati membenarkan suami bernikah lagi supaya suami semakin matang dan semakin senstif dengan keperluan wanita?

Moga semakin cepat suami kita menambah isteri, semakin cepat suami membina ciri-ciri suami idaman. Dengan syarat - para isteri harus membantu suami memahami psikologi wanita dengan berhikmah.

Tak percaya, cuba tanya para suami yang dah berkahwin! Mereka makin romantis dan makin lembut!  (Huh..tak setuju ??!)

Walau bukan semua yang berjaya dengan poligami, mereka pun akhirnya meluahkan… ‘Kalau dah namanya perempuan…’ maknanya, hidup dengan perempuan menjadikan mereka lebih arif dalam bergaul dengan isteri. Kita doakan ya, agar saudara-saudara lelaki kita tak putus asa dalam berdampingan dengan isteri yang kadang amat berselirat jiwa dan perasaan… Perceraian adalah harga mahal yang perlu dibayar jika kita berterusan dalam kejahilan untuk memahami, apakah sebenarnya harapan pasangan yang bernama suami dan isteri.

Bila berbicara tentang psikologi, kita sebagai isteri seboleh mungkin memudahkan suami untuk memahami psikologi kita seorang isteri yang kadang-kadang berbelit-belit. Setiap kita berbeza. Setiap isteri punya lain keinginan dan kesukaan. Sekalipun suami ada ramai isteri, setiap isteri itu berbeza cara dan preference.

Maka terus terang saja. Berterus terang, direct to the point, itulah kunci kemesraan suami isteri di zaman langit terbuka. Jangan sekadar bermonolog di dalam hati, ‘Abang tak puji pun saya pakai baju baru hari ni.’

‘Abang pergi seminar kat Langkawi tak belikan pun saya coklat banyak-banyak, kan coklat murah kat sana’.

‘Abang tak bawak pun saya keluar jalan-jalan’.

'Abang keluar rumah tak peluk cium pun saya’.

'Abang tak bawak pun saya keluar jalan-jalan macam suami orang lain’.

Dan semua ini hanya bergema dalam hati seorang isteri - sedangkan seharusnya semua ini sampai secara jelas kepada suami. Fahamkah kita psikologi seorang suami - bahawa secara umumnya orang lelaki tak pandai  sangat baca riak wajah apatah lagi untuk faham bahasa berkias seorang isteri. Dan tak ada manusia yang suka dibanding-bandingkan, jadi jangan compare dengan lelaki/suami lain.

Hmm tak romantiklah kalau semua keinginan kita nak bagitahu suami…???!! Ya betul sesuatu perkara itu rasa romantik bila ada elemen surprise, tapi kalau dah bertahun duk menunggu suami buat perkara romantis yang kita inginkan, suami still blur - bagitahu terus terang apa yang kita harapkan  :D

Tak payah tunggu bertahun makan hati, tak payah tunggu sampai kita nampak suami orang lain begitu romantis, atau sampai kita melarikan diri kerana suami kaku dan keras.

Selepas dua tiga bulan bernikah – terus saja suarakan secara lembut dan baik apa harapan kita yang tak tertunaikan. Dan jangan lupa, dengar juga suara hati suami – apa pula tingkah dan harapan kita yang dia mahu perubahan atau pembaikan.

Ya mungkin seperti suami saya yang telah lebih sepuluh tahun bernikah, sifat romantis itu memang banyak tapi lain isteri lain karakter dan kegemarannya. Jadi suami harus terus belajar, berkahwin lebih ramai insyaALLAH akan bagi suami ruang praktikal untuk lebih memahami jiwa halus tersembunyi seorang isteri… (oppss jangan marah ya isteri-isteri tersayang……)

Para isteri, jangan bermain psikologi dengan suami. Bagitahu keinginan, kesukaan, kebencian secara spesifik.

“ Abang…saya suka bila abang ______________”

“Abang… saya happy bila abang ____________”

“Abang… saya sedih bila abang ____________”

“Saya tak seronok bila abang…____________”

Pernikahan yang bahagia sesungguhnya lahir dari perkongsian jiwa yang paling dalam, dengan rasa kepercayaan yang tinggi. Jadilah pendengar yang baik, dan meresponlah dengan baik kepada luahan dan perkongsian perasaan.

Sesungguhnya di antara suami isteri, saaaaaaaaaangat banyak perkara yang susah nak terluah. Lebih mencabar, bila kita dah meluah – pasangan pula tak boleh handle mesej yang nak disampaikan. Jadi belajarlah  meluah, dan belajar merespon kepada luahan dengan kata-kata yang baik. Jangan sama sekali menjatuhkan atau membalas dengan kesakitan, sekalipun kita rasa tersinggung dengan luahan suami atau isteri.

Bila luahan berusaha difahami, hati suami isteri semakin dekat. Maka makin faham psikologi suami dan isteri. Sesungguhnya pernikahan ini mengajar kita untuk deal dengan perkara-perkara yang sangat sensitif dan intim. Kalau kita tak mampu berbincang perkara luaran seperti kewangan, aktiviti/leisure, ipar duai dan pembahagian tugas rumahtangga dengan adil dan bertenang, bagaimana untuk bersembang tentang hal-hal hubungan intim dan hasrat seksual yang memerlukan level pendedahan diri dan rasa percaya yang sangat tinggi antara suami dan isteri…

Ayuh saling membantu antara suami dan isteri dalam bab psikologi … Meluah perasaan dengan baik. Merespon dan mendengar dengan baik. Maka suami isteri akan makin cinta dan kasih, kerana telah mampu masuk ke sudut hati suami dan isteri yang paling dalam… Rasa tenang ( sakinah) dan nyaman hidup dalam pernikahan adalah jaminan ALLAH pada suami isteri yang berusaha memberi yang terbaik kepada pasangan.

Jadi insyaALLAH sama-sama kita mengurangkan isu, “ Suami tak faham psikologi wanita, bagaimana mampu bernikah lagi, sedangkan hati dan fikiran seorang isteri saja selalu tak dipeduli…”

Apa kata kita mula dulu memahami psikologi seorang suami, bahawa poligami itu sangat dekat pada jiwa dan pemikiran seorang lelaki, pada fitrah dan ciptaan dirinya. Mudah-mudahan suami akan makin  memahami keinginan dan harapan seorang isteri.

Demikian pandangan seorang isteri yang masih mentah dari pengalaman menjadi isteri selama baru tiga tahun sebulan :D Pasti saja pandangan saya boleh diterima dan ditolak. Tapi yang pasti kita semua punya harapan yang sama kan, ingin pernikahan yang bahagia dan diredhai hingga ke akhirnya................ Kita saling doa dan menasihati ya :)




2 comments:

Anonymous said...

Salam Puan Nurul, merujuk pada ayat puan "Adakah saya faham psikologi suami, yang hampir semuanya cenderung kepada poligami?"

I may beg to differ. Tidak 'hampir semua' suami yg cenderung kepada poligami - atas berbagai alasan:

1- ada yg jenis 'one-person' type. Which means dia adalah jenis yg jika menyayangi seseorg, dia akan menyayangi dgn kasih sayang yg mendalam, sehingga tidak ada lagi ruang untuk wanita lain kerana dia sendiri tidak sanggup melihat wanita yg dicintainya terluka lagi-lagi kerana dia.

2- jika sudah tiada perasaan cinta sekalipun, kerana perasaan belas kasihan kepada isterinya yg bersusah payah mengandungkan anak-anaknya, berkorban segala-gala dalam tempoh perkahwinan yg panjang

3- tidak mampu melayan lebih drpd seorang isteri drpd keperluan batin

4- tidak sanggup membayangkan perkara yg sama berlaku kepada ibu sendiri

p/s di atas adalah antara sebab2 yg saya tahu atas sebab isteri sendiri tidak mampu menerima suaminya berpoligami. Jika isteri tersebut boleh menerima poligami, mungkin suami-suami ada pendangan lain. wallahua'lam

Nurul Adni Adnan said...

terima kasih atas pandangan, saya meraikan perbezaan pandangan :)

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...