Skip to main content

Stress...? Allah kan ada.



Stress juga bila ada orang ingat kita ni selalu bertenang je, padahal Allah yang Maha Tahu diri insan kerdil ini juga ada waktu stress seperti kalian.. :)

Jom kongsi sikit benda yang buat saya stress...

Diri ini sejak dulu sangat allergic dengan kerja-kerja yang berkaitan mathematics, kira-kira, ilmu hisab, nombor-nombor dan yang sewaktu dengannya –tapi amanah yang diberi terpaksa dilaksanakan - menjadi bendahari tak bertauliah pada ‘grup solehah’ kami (ameen..!)

Stressnya bila terpaksa membuat kira-kira perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan untuk program-program dan terpaksa merekod jumlah wang masuk, terpaksa membahagikan mengikut peratus-peratus wang yang diinfaq untuk program… terpaksa… terpaksa… berulang kali cakap 'terpaksa' akhirnya benar-benar terseksa..



hai, tak ikhlas ke...?

Padahal sebenarnya kalau berusaha memandang positif penuh ‘kasih sayang’ pada tugasan yang bermain dengan wang dan nombor itu, pasti tidak terasa benar bebanannya…

Beberapa ketika, rasa stress di depan laptop bertemankan kepingan ringgit hijau merah dan buku bendahari, rasa tertekan, nak mengadu pada kawanku si akauntan, dia tak jawab call.

Nak mengadu pada sahabatku yang ‘kaya', juga tak dapat dihubungi. Sekadar nak mengadu meluah perasaaan dan bertanya – 'kenapa saya kira macam tak betul, atau saya je yang rasa tak betul, padahal dah betul…ish..ish..payah jaga harta nih,...' keluh kesah lagi...

Rasa stress juga timbulkan rasa nak mengadu dengan housemate.. tapi housemate tercinta tiada di sisi, bertambahlah stress. Stress, plus penat minda, penat mungkin sebab memaksa fikiran bekerja dalam keadaan terpaksa.. :(

Setelah berusaha menyiapkan tugasan semampunya, naik tingkat atas, terus baring dan tiba-tiba nangis. [Tulah perempuan, nangis dan nangis… oppss bukan semua perempuan cengeng macam saya kan…??!)

Tiba-tiba rasa, sedih,,, kenapa tak cari DIA dulu…? Kenapa tak sampaikan rasa hati terus pada DIA yang selalu ‘online”…?

Berharap ketenangan dari manusia, manusia kan selalu tiada … manusia kan sama juga lemahnya…??

Waktu zuhur beberapa minit telah berlalu, membangunkan diri berwuduk dan bersiap-siap untuk solat… Ohh.. ALLAH Maha Dekat, hanya diri yang terlupa…

Waktu stress, perkara kecik pun boleh bawak hati rasa serabut :(((
Apapun ini adalah kisah yang berlaku kira-kira dua tahun dua bulan yang lalu.. :) Saya kongsikan di sini untuk teman-teman blogger yang menyayangi saya hee... love you too...




Comments

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Adab Isteri Dalam Rumahtangga Poligami

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?