Zikrul Maut – Ustaz Ahmad Hasyimi bin Che Pa
Kursus Pengurusan jenazah - UIA Gombak [19/5/2010]
Assalammu’alaikum wa rahmatullah
Hari ini mama dan baby menyertai Kursus Pengurusan Jenazah Di UIA Gombak yang dianjurkan oleh INTIS Consultant. Mama tiba di Kuliyyah Economics And Management UIA pada pukul 9.30 pagi, lewat setengah jam dari waktu sepatutnya kursus bermula. Namun setibanya di dewan seminar untuk kursus itu, program masih belum bermula..
Sepanjang perjalanan tadi, mama rasa bersalah kerana tidak menepati masa yang ditetapkan oleh penganjur.. Isyy, menggelar diri seorang daie, meletakkan diri pelajar dan pejuang sunnah, namun tidak serius menjaga waktu…? Mama berjanji akan memperbaiki akhlak menjaga masa ini pada masa akan datang…
Kursus dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Abu Usamah @ Bro Masri, yang memberi tazkirah tentang kepentingan majlis ilmu..hhmm moga mama mengikhlaskan diri hadir ke majis ilmu ini, mudah-mudahan bermanfaat di bila tiba masanya nanti.
Slot pertama kursus dimulakan dengan tazkirah bertajuk Zikrul Maut oleh Ustaz Ahmad Hasyimi bin Che Pa dari Universiti Islam Madinah.
Anakku sayang, tazkirah ZikruL Maut ini tidak lain untuk mengingatkan hadirin tentang hakikat kehidupan yang ALLAH ciptakan. Dirimu kini di alam rahim, alam pertama dalam sejarah kehidupan manusia.. Selepas ini dirimu akan melalui kehidupan dunia insyaALLAH, namun sedarlah anakku, kehidupan yang amat dicintai umat manusia ini sesungguhnya hanyalah persinggahan. Kehidupan sebenar yang kita tuju adalah kehidupan akhirat yang berkekalan.
Mama rasa baby bergerak-gerak sewaktu mama kusyuk mendengar tazkirah sambil mencatat sedikit nota,..hmm anakku, dengarlah perkongsian ustaz hasyimi tentang kehidupan dan kematian..
Sebesar mana pun dunia, ia adalah kecil di sisi ALLAH…
Walau sehebat mana pun dunia, ia adalah hina di sisi ALLAH…
Walau sepanjang mana pun dunia ini kita lalui, hakikatnya ia adalah sebentar...
“Maka perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan dunia, iaitu kematian..”
“Jika dahulu aku (Rasul SAW) melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahlah kerana sesungguhnya ia melembutkan hati.. mengingat kepada kematian..”
Sesungguhnya apa yang ada di sisi manusia itu akan hancur, namun apa yang ada di sisi ALLAH itu kekal selamanya..
Lapangkan dada, tenangkan fikiran.. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati…
Kita tidak punya pilihan, bilakah kematian akan menjemput kita.. Seperti mana kita tidak boleh memilih tarikh kelahiran, begitu juga kita tidak ada kuasa menentukan tarikh dan masa menghadap ALLAH.
Kematian tetap akan datang, namun apakah persediaan kita menuju ke alam akhirat…? Perjalanan ke syurga masih terlalu jauh..Terlalu panjang. Adakah bekalan yang disediakan mencukupi untuk perjalanan yang sebegitu panjang..?
Bersedia menghadapi kematian bukan beerti memutuskan hubungan dengan dunia, kerana dunia adalah jambatan..
Perjalanan Menuju Akhirat..apa yang akan dialami sewaktu di ambang kematian…? Kita tidak pernah mengetahui apa yang di alami oleh orang yang menghadapi kematian, melainkan dengan Al Quran dan Hadith yang disampaikan Rasulullah SAW. Kerana kematian adalah perkara ghaib yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia…
Orang yang lebih beriman, lebih ringan kesakitannya sewaktu menghadapi kematian..
Orang yang kafir, lebih berat kesakitannya menghadapi kematian..
Mudah-mudahan ALLAH menamatkan kehidupan kita dengan amal yang soleh… Moga kita semua terpandu untuk meniti sirotul mustaqeem…
No comments:
Post a Comment