Tuesday, April 17, 2012

Pernikahan: Ilmu, Sikap dan Persepsi




Semakin ramai antara kita yang memilih untuk tidak meneruskan alam pernikahan... ya, pernikahan di alaf ini adalah yang paling 'fragile', paling mudah didatangi perceraian - kata para kaunselor perkahwinan. 


Kita mengharap alam perkahwinan yang ideal - memberi kebahagiaan yang diimpi, kegembiraan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.



Kita mampu bahagia dengan usaha keras menjadi suami/isteri terbaik - namun ia bukan memberi rumahtangga yang sempurna segala sisi. 


Malah sebenarnya, kita perlu belajar untuk bahagia dalam rumahtangga yang TAK ideal.

Kejayaan monogam iatau poligami, perkahwinan PJJ, nikah misyar (atau apa saja nama yang kita beri untuk rumahtangga 'tak ideal' di mata kita) - sangat bergantung sejauh mana ILMU, SIKAP dan PERSEPSI kita dalam mengemudi bahtera pernikahan. 

Ayuh kita mendalami ilmu yang luas berkaitan Alam rumahtangga - e.g ilmu dalam melunaskan hak kepada pasangan. Ilmu menjadi pendamping yang baik kepada suami/isteri. Mengetahui ciri ciri yang membawa kepada kegagalan dan kejayaan sesebuah perkahwinan etc.

Ayuh juga kita mengubah sikap - e.g menjadi pasangan yang selalu mencungkil kebaikan, tidak mudah menyalahkan, berlumba- lumba untuk berbuat baik, membiasakan kata maaf dan terima kasih, memberi perhatian dan menjadi pendengar yang baik etc... dan senarai ini sangat panjang untuk kita muhasabah diri.

Yang terakhir, milikilah persepsi yang positif tentang perkahwinan - maka insyaAllah fikiran, perasaan dan perbuatan kita akan cenderung mengikuti persepsi yang berada di minda. Bukan menganggap perkahwinan sebagai satu perjudian, namun ia adalah medan amal soleh yang luas, medan membuktikan kecintaan yang tulus hanya kerana tuhan, malah medan penting untuk mengukir peribadi diri yang lebih baik sebagai seorang manusia.

Semoga Allah membantu saya dan kamu. Teruskan berdoa, dan memperbaiki hubungan dengan tuhan - agar Allah memperbaiki hubungan kita dengan pasangan atas jalan yang kita usahakan ♥ Pada yang telah melalui perceraian, sesungguhnya Allah akan mengganti dengan sesuatu yang lebih baik. Yakinlah.


:: Mohonlah pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat :: Al Baqarah ::





1 comment:

aini90 said...

Assalamualakum..kak adni..saya dah lama jd silent reader blog akak..hehehe..akak, tulisan kali ni kecik..

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...