Monday, April 30, 2012

Pernikahan: Suamimu sangat menyayangi...



:: When both spouses are working together to help the other feel loved, there is no limit to how close the two can be ::



"Nurul rasa abang tak sayang nurul..."

"Nurul rasa nurul ni tak penting dalam hidup abang..."

Ini adalah ungkapan 'normal' para isteri...termasuk saya :D

Dari awal berkahwin, hingga punya anak, hingga suami berkahwin lagi - ayat ini akan terkeluar dari mulut isteri bilamana isteri sedang sedih down kan.....???? (hihi saya lah tu...siapa lagi yang macam saya???)

So para suami, bersabarlah dengan statement 'tak logik' yang dikeluarkan isteri anda  ya :D

Kami isteri merasa logik, atas kelok-kelok perasaan yang mendatangi.

ALLAH Maha Mengetahu kalianlah suami yang berusaha membina rumahtangga yang utuh dan harmoni, kalian lah insan yang juga bekerja keras untuk menggembirakan isteri (atau isteri-isteri).

Wahai para isteri yang dikasihi, ungkapan-ungkapan sebegitu sebenarnya meletakkan suami dalam situasi serba salah dan payah. Apatah lagi, jika ayat ini digunakan dengan pakej ingin bercerai...

"Kita berpisah je lah... Abang dah tak sayang saya... Saya dah tak penting kat abang...Halalkan segala makan minum dan pemberian abang!" SMS si isteri. Ini bukan dialog drama. Ini dialog realiti isteri-isteri yang berjuang untuk menjadi isteri solehah... :)

Sesungguhnya itu adalah statement maut yang memang akan memisahkan suami isteri jika diamalkan selalu...!

Saya menulis tentang ini berdasarkan perkongsian beberapa isteri (malah suami-suami) terutamanya yang masih sebulan dua atau setahun dua berumahtangga, rumahtangga diuji dengan pernikahan yang tidak seindah yang diharapkan. Atau tidak seindah kisah cinta yang memenangi hati ramai peminat filem Melayu, Korea atau Hindi :D

Sebahagian kita yang bernama isteri mudah terjatuh dalam perasaaan yang membahayakan. Perasaan kita akan terus diperkudakan syaitan jika kita tidak mempunyai komunikasi yang baik dengan suami, jua renggang dengan ALLAH. Suami juga - tanpa ilmu dan iman - akan merespon kepada isteri mengikut perasaan melulu.

Pandanglah jauh ke dalam lubuk hati seorang suami, bahawa dia sangat ingin membahagiakan dirimu. Dia sangat ingin memberi kegembiraan kepada isterinya. 

Walaupun begitu, bukanlah suami yang menjadi sumber utama kebahagiaan dalam hidup. Malah bersusun lelaki boleh datang dan pergi dalam hidup kita, namun tiada seorang pun yang mampu memberi kebahagian dan kegembiraan secara sempurna. Tiada insan yang dapat memenuhkan keperluan emosi dan fizikal seorang insan yang lain dengan secukupnya.

Pasangan yang bahagia ialah pasangan yang banyak bersyukur dan bersabar. Pasangan yang gembira adalah yang menyedari bahawa keindahan dan kesulitan hidup segalanya dari kuasa tuhan, sebagai hambaNYA kita melaksanakan yang terbaik peranan kita sebagai suami dan isteri.

Tidak ada mana-mana lelaki dalam planet ini yang mampu mencukupkan diri seorang wanita, melainkan seorang wanita itulah yang mendidik hati dan pemikirannya untuk menggantungkan seluruh suka dukanya pada Sang Pencipta Yang Amat Penyayang, Lagi Pengasih kepada Para HambaNYA. Hingga dia merasa cukup dengan kurnia ALLAH.

Selagi kita menganggap suami sumber bahagia, kita kecewa. Suami juga akan kecewa. Sebaliknya, manfaatkan jodoh yang diberi ALLAH ini untuk kita mencipta kebahagiaan di dunia sementara. Moga kelak ia bersambung di akhirat yang abadi.

Apa yang perlu dilakukan seorang isteri adalah, menggunakan segala kurniaan dan potensi seorang wanita yang diberi ALLAH, untuk mencintai dan mendekati suami - hingga ALLAH redha dan sayang pada isteri.

Cinta ALLAH pada isteri yang tulus mencintai, insyaALLAH akan mempertaut hubungan suami isteri. Hingga isteri rasa sangat disayangi. Suami akan sangat bahagia menyayngi. 

Ya, ini bukan kerja mudah tapi tak mustahil :D insyaALLAH boleh....!

Sangat salah, kalau kita menjangka pernikahan akan menghapus segala duka lara rindu dendam ! :D

Kerana pernikahan adalah pintu untuk kita mula bergandingan tangan menempuh perjalanan suka duka yang panjang!

Satu perkara penting yang mesti diketahui isteri ialah, suami juga punya perasaan yang kuat untuk meneguhkan dan mempertahankan perkahwinan. Sekalipun dalam masyarakat hari ini, suami dipandang sebagai orang yang sering mengabaikan keluarga. Suami dianggap tidak mementingkan kebahagiaan hidup berumahtangga.

Jauh di sudut hati, semua lelaki ingin menggembirakan isteri. Ingin membina keluarga yang penuh cinta, berkecukupan dan bahagia. Suami ingin memberi komitmen tak berbelah bagi kepada famili monogami dan poligami. Suami ingin menjadi suami yang baik dan terbaik pada isteri......! Siapa suami tak setuju, angakat tangan???!!

Maka kita juga WAJIB berusaha kuat untuk mendokong niat suami. Kita sebagai isteri membantu menyediakan suasana yang meneguhkan komitmen suami. Kita komunikasikan dengan baik - harapan dan keinginan kita pada suami. Dalam masa yang sama, berlapang hati dan menerima sejauh mana kemampuan suami untuk memenuhkan kehendak dan keperluan emosi, fizikal, etc kita sebagai seorang isteri.

Perkara terpenting ialah, dalam kita mengharap suami menjadi wasilah yang membahagiakan kehidupan kita - mulakanlah dengan diri kita. MULAKANLAH DENGAN DIRI KITA MENJADI ISTERI YANG MEMBAHAGIAKAN.

Bila mana kita berusaha memberi komitmen dan perhatian tak berbelah-bagi sebagai isteri, kita sebenarnya sedang menginspirasi suami untuk terus komited dengan rumahtangga yang menjadi tempat kita meraih ketenangan ini.

Kita berusaha memasukkan kegembiraan ke dalam hati suami, kita berusaha menghormati dan mentaati suami, kita berusaha memberi sokongan dan dokongan yang tak berbelah bagi, kita tetap setia menyayangi dan mengasihi di dalam salji atau ribut petir....insyaALLAH suami akan membalas dengan kasih sayang dan perhatian yang melimpa ruah. Suami akan turut menghormati dan berusaha menggembirakan isteri, walau berapa orang sekalipun isteri yang dimiliki :P

"Saya hanya akan sayang isteri saya KALAU dia menghormati saya..."

"Saya hanya akan menghormati suami saya KALAU dia menunjukkan yang dia sayang saya..."

Ohhh jangan KALAU-KALAU, jangan sesekali kita berfikir seperti ini samaada di pihak suami atau isteri, ini adalah circle atau kitaran yang akan lambat laun menyemadikan ikatan suci yang kita semua bina.

Sayangilah pernikahan kita semua...ingatlah orang-orang tersayang! Sayangilah ALLAH, ALLAH akan menitipkan cinta di antara hati suami dan isteri :D Pesanan ini untuk saya dan kita semua!






4 comments:

Cimas Tc said...

Tersenyum-senyum saya baca post ni..TQ nurul :) usia perkahwinan kita sebaya, saya turut rasakan apa yang nurul rasakan, walaupun dalam perkahwinan monogami :) Allah banyak beri saya pelajaran melalui blog ini, alhamdulillah :)

Ummu Thahirah said...

Salam Nurul, kini saya faham hadis nabi ini.. Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!” (al-Bukhari) Patutlah Allah melaknat para isteri yg berkata sedimikian, kerana tidak sedikit kesabaran yg dicurahkan kpd isteri2 tanpa disedari isteri, oleh kerana sifat beremosi isteri dan sifat suami yg praktikal. meredah traffic jam semata2 krn isteri ingin makan disesuatu tempat, isteri tak tahan tgk iklan sale, isteri kepenatan tak larat nak masak, celoteh remeh2 isteri, yg sebnarnya amat perlu pd sabar dr seorg yg berfikiran praktikal. tanpa disedari kita jarang mengingati pengorbanan2 ini di tika kita rasa kurang dihargai. dan lebih teruk skali hingga blh terfikir hanya kita yg membawa kebaikan padanya dan tidak lansung sebaliknya nauzubillah.

Marie said...

Kesabaran nurul adalah sangat banyak berbanding saya. Kagum saya..

Walaupun saya dalam perkahwinan monogami, cabaran yang dihadapi tetap sama. Ujian sentiasa ada..hanya kesabaran diri yang mampu menepis segala dugaan. Allah Maha Mengetahui..ada hikmah atas segala sesuatu yang terjadi. InsyaAllah!~

Take a good care of yourself~ ;) Allah Maha Mengasih lagi Maha Penyayang..

bintun.naml said...

Salam..

Lihatlah sesuatu dengan mata lebah kerana lebah hanya mencari bunga..walaupun di tempat yang penuh kotoran, mata lebah tetap tertancap kepada bunga. Berbanding dengan melihat seperti mata lalat..walau tempat itu dipenuhi bunga..namun mata sang lalat akan tetap target kepada benda yang kotor..pilihan di tangan kita. Kita yang mengemudikan hidup. Semuanya demi sebuah pengabdian diri kepada rabb yang maha tinggi! Ketahuilah Allah maha Besar maka yang lain kecikk belaka insya allah..:)

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...