Friday, December 30, 2016

Membantu orang lain dan mengharap balasan hanya dari ALLAH



Moga hari ini saya dan sahabat yang dikasihi semua lebih tenang dan lebih memperbaiki diri <3 span="">Niatkan untuk lebih banyak ingat Allah, lebih sabar, lebihkan senyuman dan kata kata baik, lebihkan membantu orang lain..

Kita belajar dari kesilapan dan kelemahan semalam. Kita jangan putus asa dalam memperelok diri dan terus berusaha mendapat redha Allah. :)

Kita juga pasti akan bahagia bilamana berusaha memperelok hubungan dengan ibu ayah, dengan suami /isteri, dengan madu, dengan anak anak dan ahli keluarga serta teman teman sekeliling..

=====

Hadis di bawah ini motivasi untuk kita membawa kebaikan pada orang lain <3 span="">

”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah ? Dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?”

Rasulullah saw menjawab,”

Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat kepada manusia;

dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan ke dalam diri seorang muslim;

atau engkau menghilangkan sesuatu kesulitan mereka;

atau engkau menyelesaikan hutang mereka;

atau menghilangkan kelaparan mereka..."

(HR. Thabrani) Hadits ini dihasankan oleh Syeikh al Albani didalam kitab “at Targhib wa at Tarhib”.

Wednesday, December 28, 2016

Menjadi surirumah yang mengingati ALLAH



Bila setiap hari dari pagi ke malam mengurus anak dan rumah, kadang rasa serabut dan lupa kenapa diriku memilih kerjaya di dalam rumah ^_^ 

Terima kasih Allah, mendatangkan semula coretan tazkirah buat diri ini melalui memori fb <3 span="">

Beberapa tazkeerah dari sahabat-sahabat SAHM/surirumah, semoga bermanfaat juga untuk semua:

Bagaimana untuk menghidupkan rumah dan keluarga yang hidup dengan spiritual/ ruhiyyah yang tinggi- antaranya;

1. Merutinkan tilawah, tadabbur dan solat sunat agar rumah tidak sunyi sepi/seperti kuburan..

2. Mengingatkan diri sendiri,ahli keluarga, suami dan anak anak bahawa kita ini sentiasa, sentiasa dan sentiasa dalam nikmat Allah yang Maha Agung.

3. Perbaharui niat, bersihkan hati, mantapkan pengurusan - agar rutin mengurus rumahtangga dan anak anak menjadi ladang amal soleh yang bernilai di sisi Allah.

4. Melazimkan zikir pagi dan petang yang ma'thur agar mendapat perlindungan dari syaitan, mendapat pertolongan Allah, memperoleh ketenangan hati dan kejernihan wajah. Sesungguhnya jiwa yang kuat itu lebih hebat dari kekuatan fizikal.

5. Jadikan Al Quran zikir utama, peneguh hati, pelembut jiwa..juga mendalami dan mencintai hadis. Semakin kita banyak ilmu , seharusnya makin takut dan tunduk kepada Allah. Merasa humble dengan manusia, dengan Allah.

6. Yang terakhir dan paling penting, sekali lagi - meluruskan niat menjaga keperluan suami dan anak anak kerana mengharap reda dan rahmat Allah di samping ia membahagiakan anak anak dan suami..

Menjadi insan yang memahami lagi penuh belas kasihan




Alhamdulillah terima kasih Tuhan atas nikmat kehidupan yang Kau berikan satu hari lagi.

Hidup tidak dapat lari dari ujian dan konflik. Konflik akan lebih berat dengan insan yang rapat dalam kehidupan seharian seperti pasangan, anak, ibu ayah, pembantu rumah, perkerja, majikan.. 

2 ciri baik yang boleh disuburkan di jiwa ialah sifat memahami dan belas kasihan - teramat penting di saat berkonflik - agar diri mampu memahami perasaan insan yang sedang kita berkonflik dan dari situ kembali memohon maaf, memberi maaf dan merawat semula rasa sayang dan hormat <3 span="">

Kita manusia.. akan tersalah cakap dan kasar bersikap hingga melukakan hati insan tersayang. Bila situasi bertenang, muhasabah diri dan jadilah hamba Allah yang memahami, memohon maaf dan lembut hati lagi belas kasihan.. insyaAllah Dia akan mempertaut semula hati yang menjauh.

Saya memohon maaf pada semua di antara kalian yang telah saya sakiti tanpa sedar.. moga ALLAH mempertaut hati kita semua..

Moga hati hati kita ini selalu disayangi Allah atas kebaikan yang selalu diusahakan 

Hindari pandangan mata yang jahat



Saya suka post hal hal peribadi seperti anak anak dan suami, maka harus saya ingatkan diri ini untuk berhati hati. Dan saya juga suka post sahabat sahabat saya di fb tentang anak anak, rumahtangga, melancong etc..

Justeru,

Bila kita nampak sahabat fb kita berkongsi tentang mendapat hidayah Allah, mendapat anugerah anak yang comel, diberi pasangan yang baik, murah rezeki melancong , rezeki beli rumah, rezeki jadi kurus dan cantik dll,

Maka kita ucapkanlah,

مَا شَآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إلاَّ بِا للهِ

Ertinya:

“Sungguh atas kehendak Allah lah semua ini terwujud.”

Supaya terhindar sahabat sahabat kita dari penyakit ain (pandangan mata yang jahat)

Dengan maksud lain; ucapkanlah;

'Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah'.

Segala kelebihan / kebahagiaan mereka itu dari Allah, moga Allah menjauhkan hati hati ini dari memandangnya dengan hasad dengki lagi dengan respon memudaratkan.

Pada kita yang berkongsi cerita peribadi di fb juga, moga mampu bersederhana dan tidak berlebihan agar terpelihara dari kesulitan yang datang bersama dunia sosial tanpa sempadan....  












Thursday, May 5, 2016

Krisis Syria dari jiwa kecilku



Bismillah.

Semalam seorang sahabat fb saya mengingatkan saya untuk kembali menulis di blog ini..telah lama saya tinggalkan lantaran semangat yang menghilang untuk menulis di blog. Saya banyak (kadang -kadang?) berkongsi di fb saja :) 

Saya sebenarnya suka menulis dan mahu menulis setiap hari untuk mengasah skil penulisan di samping menulis adalah satu cara untuk saya reflek apa yang berlaku dalam rutin seharian -  muhasabah dan memotivasi diri sendiri untuk tetap mengikuti jalan yang lurus. 

Tetapi saya tidak berdisplin menulis. Saya cuba hari ini insyaALLAH menulis ;)

Dan atas dari semua ini, saya juga mahu ia menjadi amal soleh di sisi ALLAH seandainya ada manfaat yang diperolehi pembaca blog saya.. 

Saya baru berkesempatan membaca berita antarabangsa yang mendukakan buat umat Islam. Kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki dibedil menyebabkan ribuan maut, cedera serta bantuan kemanusiaan tersekat buat mereka yang ratusan ribu orang lantarah bumi itu telah dilanda perang dasyat beberapa minggu ini (walau perang sebenar telah berlaku 5 tahun dulu) :(

.. dan berita lain tidak asing lagi ialah berlaku lagi pertempuran antara tentera Israel dan Hamas. Ketegangan sejak beberapa minggu lalu di wilayah tebing Barat itu akhirnya menyebabkan kem kem Hamas musnah dalam serangan semalam..

Apa peranan saya..?

Apa peranan kita...?

1. Seharusnya saya mendoakan agar ALLAH memberi pertolongan buat mereka.. moga mereka ada harapan untuk hidup dengan bantuan kemanusiaan dan , moga ALLAh memberi kekuatan iman buat saudara saudara ku ini melalui getirnya peperangan atas nama Islam ini.

2. Memberi sumbangan  duit..jangan rasa rm 10 itu kecil nilainya kerana jika 1000 orang menyumbang rm 10 - insyaALLAH ia jumlah yang banyak untuk bekalan makanan dan perubatan anak anak pelarian itu. 

3. Perkara paling penting yang wajib saya buat - jaga iman, gilap iman saya sendiri - kerana;

....dengan kekuatan iman sahaja saya mampu merasa belas kasihan dan empati pada perjuangan saudara saudara muslim saya di Timur Tengah.

kerana kekuatan iman sahaja lah yang akan menjadikan diri ini berdoa bermunajat dengan airmata memohon kesejahteraan buat saudara saudaraku itu - agar mereka hidup mulia atau mati sebagai syuhada..!

Jika iman saya lemah, fizikal saya lemah dan tak produktif.

..dan wawasan hidup sebagai muslimah akan lemah tanpa iman. 

Apa yang berlaku jika iman ini rapuh dan lemah..?

Tatkala saudara-saudara muslimku dilanda perang , dengan iman yang lemah - hati ku di bumi malaysia bergoncang dengan jualan murah /jualan online baju, jubah, tudung, kasut, handbag.. rasa nak memiliki lagi , rasa nak membeli lagi sedangkan dah banyak semua itu tak muat almari :( 

tangisilah jiwa sendiri yang tidak puas.. merayulah pada ALLAH agar nafsu membeli ditukar kepada kemurahan bersedekah,,,merayulah pada ALLAH agar mampu diri ini  menangisi ujian susah saudara ku di medan perang....





Monday, January 25, 2016

Tentang Konflik Rumahtangga: Masihkah ada jalan perbaikan..?




  • Saya membaca buku rumahtangga tulisan Dr Najla Sayyid Nail, saya kongsikan di bawah ini salah satu bab kerana tulisannya bagus dan saya sendiri bila mempraktikkan pesanan ini dalam rumahtangga 7 tahun ini, berkesan dengan izin ALLAH. Moga sahabat sahabat juga mendapat manfaat :)
=====================

  • Semua rumahtangga pasti berkonflik/bergaduh, ia sebenarnya bagus dan sihat malah membantu mengenali pasangan dengan lebih baik.. apa kesukaan dan kebenciaannya.

  • Semakin lama dalam rumahtangga insyaALLAh akan makin baik , makin memahami pasangan justeru makin kurang berkonflik. Konflik yang timbul lebih mudah diselesaikan berbanding tika baru bernikah.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...