Bismillah.
Semalam seorang sahabat fb saya mengingatkan saya untuk kembali menulis di blog ini..telah lama saya tinggalkan lantaran semangat yang menghilang untuk menulis di blog. Saya banyak (kadang -kadang?) berkongsi di fb saja :)
Saya sebenarnya suka menulis dan mahu menulis setiap hari untuk mengasah skil penulisan di samping menulis adalah satu cara untuk saya reflek apa yang berlaku dalam rutin seharian - muhasabah dan memotivasi diri sendiri untuk tetap mengikuti jalan yang lurus.
Tetapi saya tidak berdisplin menulis. Saya cuba hari ini insyaALLAH menulis ;)
Dan atas dari semua ini, saya juga mahu ia menjadi amal soleh di sisi ALLAH seandainya ada manfaat yang diperolehi pembaca blog saya..
Saya baru berkesempatan membaca berita antarabangsa yang mendukakan buat umat Islam. Kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki dibedil menyebabkan ribuan maut, cedera serta bantuan kemanusiaan tersekat buat mereka yang ratusan ribu orang lantarah bumi itu telah dilanda perang dasyat beberapa minggu ini (walau perang sebenar telah berlaku 5 tahun dulu) :(
.. dan berita lain tidak asing lagi ialah berlaku lagi pertempuran antara tentera Israel dan Hamas. Ketegangan sejak beberapa minggu lalu di wilayah tebing Barat itu akhirnya menyebabkan kem kem Hamas musnah dalam serangan semalam..
Apa peranan saya..?
Apa peranan kita...?
1. Seharusnya saya mendoakan agar ALLAH memberi pertolongan buat mereka.. moga mereka ada harapan untuk hidup dengan bantuan kemanusiaan dan , moga ALLAh memberi kekuatan iman buat saudara saudara ku ini melalui getirnya peperangan atas nama Islam ini.
2. Memberi sumbangan duit..jangan rasa rm 10 itu kecil nilainya kerana jika 1000 orang menyumbang rm 10 - insyaALLAH ia jumlah yang banyak untuk bekalan makanan dan perubatan anak anak pelarian itu.
3. Perkara paling penting yang wajib saya buat - jaga iman, gilap iman saya sendiri - kerana;
....dengan kekuatan iman sahaja saya mampu merasa belas kasihan dan empati pada perjuangan saudara saudara muslim saya di Timur Tengah.
kerana kekuatan iman sahaja lah yang akan menjadikan diri ini berdoa bermunajat dengan airmata memohon kesejahteraan buat saudara saudaraku itu - agar mereka hidup mulia atau mati sebagai syuhada..!
Jika iman saya lemah, fizikal saya lemah dan tak produktif.
..dan wawasan hidup sebagai muslimah akan lemah tanpa iman.
Apa yang berlaku jika iman ini rapuh dan lemah..?
Tatkala saudara-saudara muslimku dilanda perang , dengan iman yang lemah - hati ku di bumi malaysia bergoncang dengan jualan murah /jualan online baju, jubah, tudung, kasut, handbag.. rasa nak memiliki lagi , rasa nak membeli lagi sedangkan dah banyak semua itu tak muat almari :(
tangisilah jiwa sendiri yang tidak puas.. merayulah pada ALLAH agar nafsu membeli ditukar kepada kemurahan bersedekah,,,merayulah pada ALLAH agar mampu diri ini menangisi ujian susah saudara ku di medan perang....
No comments:
Post a Comment