Skip to main content

Menjadi surirumah yang mengingati ALLAH



Bila setiap hari dari pagi ke malam mengurus anak dan rumah, kadang rasa serabut dan lupa kenapa diriku memilih kerjaya di dalam rumah ^_^ 

Terima kasih Allah, mendatangkan semula coretan tazkirah buat diri ini melalui memori fb <3 span="">

Beberapa tazkeerah dari sahabat-sahabat SAHM/surirumah, semoga bermanfaat juga untuk semua:

Bagaimana untuk menghidupkan rumah dan keluarga yang hidup dengan spiritual/ ruhiyyah yang tinggi- antaranya;

1. Merutinkan tilawah, tadabbur dan solat sunat agar rumah tidak sunyi sepi/seperti kuburan..

2. Mengingatkan diri sendiri,ahli keluarga, suami dan anak anak bahawa kita ini sentiasa, sentiasa dan sentiasa dalam nikmat Allah yang Maha Agung.

3. Perbaharui niat, bersihkan hati, mantapkan pengurusan - agar rutin mengurus rumahtangga dan anak anak menjadi ladang amal soleh yang bernilai di sisi Allah.

4. Melazimkan zikir pagi dan petang yang ma'thur agar mendapat perlindungan dari syaitan, mendapat pertolongan Allah, memperoleh ketenangan hati dan kejernihan wajah. Sesungguhnya jiwa yang kuat itu lebih hebat dari kekuatan fizikal.

5. Jadikan Al Quran zikir utama, peneguh hati, pelembut jiwa..juga mendalami dan mencintai hadis. Semakin kita banyak ilmu , seharusnya makin takut dan tunduk kepada Allah. Merasa humble dengan manusia, dengan Allah.

6. Yang terakhir dan paling penting, sekali lagi - meluruskan niat menjaga keperluan suami dan anak anak kerana mengharap reda dan rahmat Allah di samping ia membahagiakan anak anak dan suami..

Comments

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Adab Isteri Dalam Rumahtangga Poligami