Skip to main content

Tentang Konflik Rumahtangga: Masihkah ada jalan perbaikan..?




  • Saya membaca buku rumahtangga tulisan Dr Najla Sayyid Nail, saya kongsikan di bawah ini salah satu bab kerana tulisannya bagus dan saya sendiri bila mempraktikkan pesanan ini dalam rumahtangga 7 tahun ini, berkesan dengan izin ALLAH. Moga sahabat sahabat juga mendapat manfaat :)
=====================

  • Semua rumahtangga pasti berkonflik/bergaduh, ia sebenarnya bagus dan sihat malah membantu mengenali pasangan dengan lebih baik.. apa kesukaan dan kebenciaannya.

  • Semakin lama dalam rumahtangga insyaALLAh akan makin baik , makin memahami pasangan justeru makin kurang berkonflik. Konflik yang timbul lebih mudah diselesaikan berbanding tika baru bernikah.

  • Tidak ada orang yang selalu buruk saja, dan tidak ada orang yang selalu baik saja. Kita dan pasangan ada baik dan buruk yang perlu diuruskan.

  • Bincangkan konflik dengan hati tenang dan bahasa yang lembut, cari perkara positif pasal pasangan dalam usaha untuk menegur kelemahannya kerana itu melembutkan hati pasangan untuk mendengar nasihat. melihat sudut pandang yang baik akan lebih mendekatkan hati dalam usaha meluruskan konflik.

  • Jangan melibatkan orang ketiga seperti kawan atau ibu bapa, dibimbangi reaksi dan pandangan mereka lebih merumitkan keadaan. Hanya cari orang tengah yang amanah dan berilmu , ketika telah buntu mencari jalan keluar .

  • Jangan menolak untuk berdamai, ketika pasangan mahu berbaik, sambutlah salam kemaafan. Jika menolak dan berkeras hati, ia memburukkan lagi keadaan dan menimbulkan masalah yang lain.

  • Mengakui kesalahan diri - kerana awal kepada kebaikan adalah mengenali dan mengakui kesilapan. dan teruskan pembaikan diri.

  • Positifkan diri bahawa yang sempurna hanya ALLAH swt, pasangan kita dan DIRI KITA BANYAK cacat cela. Konflik adalah peluang meraih pahala bersabar dengan pasangan. Mungkin diri kita ada melakukan kemaksiatan dan dosa pada ALLAH dan pada orang lain hingga konflik suami isteri ini didatangkan untuk menegur dosa kita, maka bertaubat agar ALLAH bagi jalan keluar.

  • Ingatkan diri bahawa dunia adalah tempat ujian, tempat yang penat dan sakit. Bersikaplah dengan sikap yang dapat melayakkan diri untuk syurga yang tiada lagi penat dan duka.

  • Dengan konflik, akan membentuk hati untuk lebih menjaga emosi, bertolak ansur, empati dan latihan untuk kita lebih memahami jiwa pasangan.

  • Suami atau isteri yang bahagia ialah yang berusaha mencari kebaikan pada pasangan dan berusaha memberi kebahagiaan pada pasangan di sebalik episod konflik yang banyak.


Sekian dulu!

Comments

Hikari Hidayah said…
Salam. Akak, can I have your phone number or email? I have something to ask and I need an advice. Really important

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Ali ditegah memadukan Fatimah?

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?