Sunday, December 1, 2013

Pernikahan & Poligami : Penyatuan hati dari ALLAH

 
Saya ingin berkongsi tazkirah dari ukhti Aishah yang dikasihi kerana ALLAH beberapa ketika dulu..
 
__
 
Congratulations abang Hafiz Firdaus Abdullah, perkongsian yg baik dalam forum poligami di Kovensyen Fiqh Wanita, dan terima kasih kak Nurul Adni Adnan membantu Aishah memudahkan banyak urusan.

Tazkirah untuk kita semua: Hakikatnya, penyatuan hati itu adalah salah satu nikmat yang besar dari Allah yang perlu disyukuri dan dijaga sebaik mungkin, kerana nikmat itu boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Kepada Allah kita berdoa supaya tidak ditarik nikmat ini, dikuatkan jiwa, diberi pertolongan serta tenang dalam kemanisan penyatuan hati dan persaudaraan yang berlandaskan iman.
 
Sesungguhnya "Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia.” (Sahih Adabul Mufrad)

 -----------------------------

 Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara" (Ali 'Imran: 103).

"Dia-lah (Allah) yang memperkuat dirimu dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang Mukmin. Dan Dia Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang Mukmin). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka" (al-Anfal: 62-63).
 
 
 

3 comments:

DYatie ABakar said...

Terima kasih atas perkongsian ini. :)

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian ini. Sememangnya saudari dan madu2 saudari adalah insan yg tabah. Saya mengenali kak yati isteri pertama. Semoga saya juga akan berkesempatan utk mengenali saudari dan isteri ketiga.

Unknown said...

Jemput semua shopping handbag online di Kedai Indah yea sis. Thank you

http://kedai-indah.blogspot.com/

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...